Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, Mei 28, 2010

Untuk perhatian En Nazrul dan En Ayub

















Maaf kerana PC utama saya ada masalah. gambar ini tidak dapat
diedit dengan netbook saya













 







Khamis, Mei 27, 2010

Teras gemungal pulau dan batu tok wali (hitam)



Teras Gemunggal Pulau - RM 80 + RM 10 (kos pos laju)
 
Permata Tok Wali besar RM 65 termasuk pos
 
Permata Tok Wali kecil RM 50 termasuk pos
 


Rabu, Mei 26, 2010

Penatnya mereka bertukang

"Memang tak menang tangan. Kadang-kadang terpaksa menolak lamaran (tempahan) dari kedai....."
Itulah diantara luahan salah seorang tukang saya dengan wajah yang agak berkerut (bahasa kelantan). Tambah lagi katanya ramai tukang yang lari meninggalkan kerjaya ini.
Sebenarnya kerjaya pertukangan tangan khususnya cincin perlu mengambil masa yang panjang untuk betul-betul mahir. Mengikut ketua tukang saya, sekurang-kurangnya perlukan tiga tahun bertukang barulah mula mahir dalam bidang ini. Itulah menyebabkan ramai tukang muda tak dapat bersabar dan cabut lari.
Pendapatan sesaorang tukang akan mulai mencanak biasanya selepas mencapai kemahiran tersebut, kerana ramai penempah termasuk tempahan dari tauke kedai emas. Mereka yang buat duit dalam bidang ini kerap kali  terpaksa menjadi "burung hantu" berjaga malam kerana memenuhi tempoh tempahan yang terpaksa dipenuhi...Kesian.
Saya berpendapat sudah sampai masanya penghargaan diberikan kepada mereka yang menceburi bidang ini sebelum kita ketandusan tenaga mahir. Tauke-tauke amat bergantung kepada mereka untuk terus maju, apalah salahnya bagi sedikit bonus di atas kreaviti mereka. Duit yang pergi kerana berbudi akan bertambah-tambah lagi diganti..Fikir-fikirkanlah!.

Selasa, Mei 25, 2010

Blue Topaz asli



1/2 jam upload..
Kedua-duanya dah dibooking,
Jodoh hasil interaksi berkesan agaknya, serta
"serious buyer" dari Kedah, En Rosli

SOLD OUT-26/5/10








RM 100 / pc

Saiz batu
- kiri 12 x 10 x 7 mm
- kanan 12 x 10 x 8 mm
Di antara stok yang belum sempat ditambah

Sabtu, Mei 22, 2010

Permata dari bukit Tursina, Mesir - Asli






































































Harga
Kecil  RM 70
Besar RM 100
(termasuk poslaju)

Jumaat, Mei 21, 2010

Bismillahhirahmanirrahim.

Katogeri: Renung

Bangsaku....

Kerana zaman kita dan takdir kita
Hidup pada hari ini dan di sini
Bukan di sana sebagaimana mereka

Kita ditakdirkan tidak bersama Baginda

Tidak bersengketa di dalam keluarga sebagaimana mereka
Tidak menghunus senjata sebagaimana mereka
Tidak berkorban harta ataupun nyawa sebagaimana mereka
Tidak dan tidak, sebagaimana mereka


Mereka
Ada yang bersengketa di dalam keluarga
Ramai yang terpaksa mengorban dan terkorban nyawa
Sanggup menghunus senjata
Sanggup segala-gala

Demi Allah dan Rasulnya
Demi akidah yang akan dibawa

Bangsaku

Cukupkah dengan apa yang ada
Terbinakah sudah akidah kita
Terbinakah sudah keislaman kita
Bagaimanakah rupanya
Jika hanya sekadar dari keturunan dan baka

Mereka dan akidahnya
Telah terbina dari bimbingan, dari tangan seorang manusia yang paling sempurna
Tiga belas tahun mereka membina
Panjangnya masa mereka berusaha
Mantapnya mereka

Bangsaku malunya kita
Bangsaku tundukkanlah kepala buat seketika
Ingat dan renungilah keluhan bangga Baginda
"aku amat kagum akan keimanan umatku di akhir zaman"
Bermakna....
Harapan kita diharap masih boleh berjaya
Sebagaimana meraka
Amin Yarabbala'lamin

Khamis, Mei 20, 2010

Bangsaku...Bersembahyanglah

Katogeri : Lalui

Masih teringat lagi dengan adengan ganas bagaimana bapa saya menyepak, menerajang atau memukul saya jika malas atau lambat bangun sembahyang subuh. Itu suatu ketika dulu...sekitar usia saya12 dan13 tahun. Bapa selalu juga membawa saya ke masjid pada hari Jumaat. Rupanya kini barulah saya semakin sedar betapa pentingnya solat kepada kehidupan. Terima kasih bapaku!.

Bersyukurlah kerana bersolat adalah merupakan doa yang paling mustajab. Makanan paling penting kepada roh kita, serta melambangkan pengucapan syukur dan berterima kasih kepada Tuhan di atas kurniaan roh, kehidupan dan  nyawa yang setiap ketika kita rasai di hidung kita, sehinggalah kita kembali kepadaNya. 

Solat merupakan sains dan teknologi  milik Tuhan Seru Sekelian Alam untuk kepentingan hamba ciptaannya....Lambang kasih sayang Pencipta Agung kepada kita. Jika kita tidak menghargai kasih sayang serta rahmat Tuhan, pastilah kita akan menghargai persekongkolan  syaitan....

Jika hari ini bangsa kita perlekehkan solat, amat tidak hairan jika pelajar menjadi kurang ajar, anak luar nikah dibuang, dan bermacam-macam kerenah lambang persekongkolan syaitan yang keseronokannya sangat bersifat sementara. 

Bermulalah dengan mengambil air sembahyang dengan betul...dan bersolatlah dengan betul juga.
Rujukan:

http://www.scribd.com/doc/4654705/Mencontohi-Wuduk-Rasulullah-Cara-Ambil-Air-Sembahyang

http://www.scribd.com/doc/4654750/Panduan-Solat-Sembahyang-Rasulullah-Lengkap-dengan-Dalil

Selasa, Mei 18, 2010

Salam dari kejauhan...Assalamua'laikum.

Saya sedar blog ini tidaklah secanggih blog-blog jualan barang fizikal yang lain. Tapi diharap kepercayaan dan kejujuran bagi kedua-dua pihak akan menambahkan lagi keeratan dan tali persaudaraan sesama kita. Jika ada apa-apa ketidakpuasan hati dipihak pelanggan saya, janganlah segan silu mengajukan sms, email atau talipon terus kepada saya untuk perbincangan lanjut. Semoga semuanya mendapat keberkatan dari Ilahi. Amin ya Rabbala'lamin.

Pastikan dengan tepat saiz jari tuan-puan sebelum membuat tempahan...

Apabila cincin sudah siap, tiba-tiba ...alamak!!!..nak ubah saiz..berapa banyak nak dikecilkan..atau nak dibesarkan?...Jika sikit berubah boleh tahan. Jika banyak beza,...Ayoyo! Amma!, tukang bisa pening kepala..silap-silap terherot sana-sini. nak kena kikir lagi supaya simetri rupa paras cincinku yang jelita dan rupawan...silap-silap akan jadi hilanglah "hand some" bila memakainya..
Tok Kadir tak bersalah...sumpah tapi harap tak kena maki...

Isnin, Mei 17, 2010

Setelah poslaju dan smskan tracking number barulah rasa lega....

















Milik Puan Juliana dan Suami tersayang..."Selamat Hari Jadi".
Apa-apa hal kita bincang lagi selepas ini

Ahad, Mei 16, 2010

SELAMAT HARI BERGURU

Bagaimana mencintai Allah

Katogeri; Lalui
Haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak putus-putus berzikir mengingati Allah, dan dengan kaedah masing-masing yang tidak dapat difahami oleh manusia biasa. Tanpa link zikir yang tidak putus-putus itu pastilah makhluk ini akan mati. Sebagai manusia  zikir kita pula adalah mengikut kadar masing-masing, namun yang nyata untuk manusia menyintai Allah adalah dengan mengikut sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. Persoalan yang tinggal ialah sejauh mana kita memiliki ilmu mengenai hadith dan sunnah untuk diamalkan. Terserah kepada kadar masing-masing juga. Diharap kita masih ada peluang meneruskan kesinambungan ini. Amin Ya Rabbala'lamin.

Sabtu, Mei 15, 2010

cincin kecubung, pendants blue topaz dan opal siap...Alhamdulillah..sudah poskan

















Diharap dua anak dara Puan Irni "senyum semewek" bila memakai pendant ini.
Tok Kadir senang hati bila lihat budak senyum gembira dan rasa dihargai.

Jumaat, Mei 14, 2010

Lihatlah dulu gajah di depan mata

Katogeri : monolog pagi
Kesilapan dan kelalaian kita sering membuatkan kita mudah nampak segala kesalahan orang lain. Apa yang orang lain buat kita rasa serba tak kena. Maka kitalah hero yang lantang bersuara membesar-besarkan kadang-kadang dalam hal yang remeh temeh. Sebaiknya kita semaklah diri kita dan baikilah kelemahan sendiri. Jika bukan kita siapa lagi.

Tok Kadir ada mendengar kata-kata seorang pakar motivasi...Orang yang selalu memperlekehkan orang lain sebenarnya dialah yang tiada motivasi, cuma terasa diri dah hebat.

Keris Kayu Kemuning Hitam...tinggal 5 bilah sahaja

Katogeri : Banyak kelebihannya



Gambar atas merupakan suatu kandungan sebuah kitab perubatan melayu yang menjelaskan kesimpulan mengenai kelebihan kayu kemuning hitam.

Gambar bawah pula adalah stok keris kayu Kemuning Hitam.
Harga keris kecil(5"-6") RM 20 setiap satu, sementara yang lebih besar(7"-8") adalah RM 30 setiap satu. Paling bawah sebelah kiri dan kanan - 8.75" dan 8.125" bentuk bersarung RM 40 setiap satu)


Stok yang masih ada:
Kiri: no 1 dan 2 dari bawah
Kanan : no 1, 2 dan no 4 dari bawah

Selasa, Mei 11, 2010

kaya

Katogeri : Intai
Mereka kaya bukan kerana harta bertimbun-timbun, tetapi kerana yang mereka kecapi dan rasa...Semoga kita juga diberi kecapan dan rasa seperti mana mereka yang berjaya mendapat jalan lurus dari Tuhannya. Amin ya Rabbala'lamin

terkeliru dan malas

Katogeri : Lalui
Jika kita terkeliru dalam perjalanan, intailah sahabat seperjuangan atau orang yang kita rasakan memang arif, bertanyalah atau berbincanglah dengannya. Jangan tunggu lama-lama nanti syaitan ambil peluang.
Jika kita malas beribadat kerana malas, bermakna tiada kemanisan dalam beribadat. carilah puncanya. mungkin ada kaitan dengan gaya pemikiran kita. tanpa ibadat pasti kita rasa kekurangan dan kekosongan, jika beribadat pula akan membuatkan kita rasa diri berperisai.
beribadat atau tidak, yang pasti masa akan terus menerus meninggalkan kita ...tidak akan berulang lagi. ruginya masa kita yang telah berlalu

Ahad, Mei 09, 2010

Tolong jangan minta perkara ini, saya tak reti..maaf

Salam sejahtera untuk peminat blog cincinrings. Juga salam kemaafaan dari kejauhan terutamanya kepada beberapa orang rakan yang meminta saya memasukkan isi ke dalam batu. Dimohon ampun dan maaf, saya bersedia menyusun jari sepuluh...nak bagitahu yang sebenarnya saya tak tahu nak masukkan isi ke dalam batu. dulu cuba belajar juga, tapi dah tak ingat. Sekali lagi harap maaf.

Tok Kadir teringat pesanan seorang sobat...Lebih afdal berusaha menambahkan iman ke dada.

Jumaat, Mei 07, 2010

kekejaman atau keperluan

Katogeri : Banyak kelebihannya
Kadang-kadang kita melihat pembunuhan terdadap binatang merupakan suatu kekejaman. Memang benar jika tujuan mematikan haiwan itu atas dasar sekadar suka-suka nak membunuh. Bagaimanapun orang yang rasional biasanya akan mematikan haiwan kerana untuk menggunakan haiwan itu. Contohnya dagingnya boleh dimakan, ubatan tertentu, dan paruhnya untuk ubat-ubatan termasuk mengubati penyakit yang disebabkan oleh ilmu hitam.

Apabila pelajar dah naik tocang

Katogeri : Anakku sayang
Setelah Kementerian Pendidikan bertukar kepada Kementerian Pelajaran, Guru menjadi semakin takut untuk mendidik, tambah lagi kerja mengajar adalah menjadi lebih mudah. Sememangnya mendidik merupakan tanggung jawab yang sangat besar, daripada mengerling anak mata sehinggalah merotan murid adalah termasuk senario mendidik. Jika tersilap menangani pelajar bermasalah, sentuhan tangan guru akan menimbulkan kemarahan kepada banyak pihak, daripada laporan perubatan oleh doktor yang hebat dan terpelajar, ibu bapa yang sempurna dan matang, sehinggalah ke dada-dada akhbar yang amat berpengaruh...maka tersebar berita buruk seorang guru, bermakna tersebar berita menyebabkan guru dibenci. Nyatalah menjana jati diri terutamanya bangsa Melayu dalam hal ini sebenarnya telah gagal. Tocang pelajar menjadi semakin tinggi, beraja di hatilah generasi melayu bebas dan tidak tahu malu. Sememangnya tidaklah menghairankan jika hari ini anak luar nikah dibuang di tong-tong sampah, kerana yang telah disiratkan oleh masyarakat kita sebelum ini telahpun tersurat dengan jelas kini. Walaupun ia lebih teruk daripada perilaku masyarakat jahiliah, yang hanya menanam anak perempuan sahaja, namun idaman masyarakat kita telahpun tercapai.... Apa lagi nak disedihkan , bertepuklah kerana anak-anak kita telah memiliki kebebasan !. Tidakkah itu yang kita idamkan ?.

Tok Kadir "sayangkan anak tangan-tangankan".

Isnin, Mei 03, 2010

Tawaran Terbaru Permata Firuz Asli....Ekoran daripada peminat yang meminta harga Firuz yang lebih murah

Katogeri : Banyak kelebihannya
Semuanya Firuz Iran, kecuali no 21 adalah Firuz Tibet
No 18,19,20 _ RM 40 termasuk pos
No 21 _ RM 80 termasuk pos
No 22, 23, 24, 25, 26 _ RM 60 termasuk pos
 Catatan : 
Harga termasuk pos laju adalah bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak Sahaja.

Bagi Singapura dan Brunei, kos hantaran tersebut adalah melalui pos berdaftar sahaja.

.















Sila klip pada gambar untuk pembesaran saiz

Jumaat, April 30, 2010

Alexandrite Quartz 100% authentic

Katogeri : tidak asli
Istilah"quartz" atau di dalam Bahasa Melayu kuartza adalah merujuk kepada pasir yang paling keras yang ditemui pada bahagian penguat dinding sarang/lubang semut, terutamanya di kawasan berpasir samada kawasan padang pasir atau gurun. Masalah yang timbul ialah kerap kali istilah ini digunakan sebagai "asli" bagi sesetengah penjual yang hanya tahu menjual. Sebenarnya memanglah asli untuk kuartzanya tapi bukan asli kepada nama batu berkenaan. Maknanya pasir keras yang telah dicairkan dan ditambah warna sesuai dengan jenis permata, lepas itu dijadikan permata yang bermacam-macam nama....Delima, Alexandrite, Nilam dan pelbagai lagi. Inilah contoh hasil teknologi yang telah banyak mengecewakan pembeli yang terkeliru. Mengharapkan permata asli dari lombong tapi akhirnya terbeli permata dari kilang, Ish, ishh...
















Contoh Alxandrite tidak asli
















Contoh Alxandrite tidak asli
RM seratus ke dua ratus juga harganya

Firus distabilkan dari Arizona....huh,,huh....huh.. kelakainya manusia.

Katogeri : tidak asli

Citarasa manusia moden terutamanya dari dunia barat hari ini rupanya telah berubah . Jika pakai batu firuz asli, ia akan berubah warna dan menjadi tidak stabil apabila terkena air laut atau peluh...Maka batu asli tersebut distabilkan dengan sejenis poliester penstabil batu. Ingatkan betul-betul asli...Ngap ajalah!. Bila dah rezeki begini, iaitu rezeki nak rugi kena terima juga. Alang-alang menjadi pembeli yang berkaliber... sekurang-kurangnya faham satu cerita pasal "Firus distabilkan" atau semua jenis batu asli yang distabilkan ( real stone stabilised ). Masa nak beli hari tu tak perasaan yang item ini telah tertera perkataan "stabilised tourquoise". jadi saya langsung tidak menyalahkan pihak penjual. Memang dah kecuaian sendiri...Lain kali "sayang" mestilah berhati-hati....

Pada akhir tahun lepas seorang kawan saya telah melawat China. Dia telah membeli firuz biru untuk kawan saya yang lain. Bentuknya heksagon seperti beberapa jenis batu mentah yang lain. tapi...sebijilah kualitinya seperti di atas...Baplastik ( batu + plastik )

Nota:
Ini adalah maklumat untuk tambah pengetahuan peminat sahaja, agar lebih berhati-hati. Saya tidak bercadang nak menjual dan sanggup rugi daripada menjual batu jenis ini serta membohongi peminat yang mengharapkan batu firuz asli
Definisi dalam kamus si Kadir : batu ini dan seangkatan dengannya adalah  
"asli  tersengaja"atau lebih tepat "tidak lagi asli" kerana ia adalah "baplastik"

Isnin, April 26, 2010

DIPERCAYAI FIRUZ AMAT SESUAI UNTUK KESIHATAN...

Katogeri : Asli






INI ADALAH BATU FIRUZ ASLI DARI IRAN. SEORANG PELANGGAN SAYA AMAT KAGUM DAN MENCERITAKAN KEPADA SAYA TENTANG KELEBIHAN BATU JENIS INI UNTUK KESIHATAN BERDASARKAN PENGALAMANNYA SENDIRI. TAPI SAYA KURANG BERMINAT  BERLEBIH-LEBIH CERITA. .
nota;
sebahagian permata ini telah dijual, tetapi belum sempat edit (tanda dijual)

no. 7, 8, 9, 10, 11, 12, 16, 13, 14, - SOLD
- no 15 shj yg masih tinggal

Ahad, April 25, 2010

Siapa kata umur kurang daripada 40 tahun kurang sesuai memakai cincin firuz ?





Semua ini adalah Firus Asli dari Iran. Silalah pilih untuk tempahan atau sebagai koleksi rakan. Saya juga mengalu-alaukan jualan secara borong, kerana harganya dapat dikurangkan untuk pemborong (sila e-melkan kepada saya).
Nota :
sebahagian daripada batu ini telahpun dijual tetapi belum sempat edit
(tanda sold)

no 2, 3 - sold
no 1 - saya cadangkan untuk En Wan Rosli dari Puterajaya. Sila hubungi saya untuk membuat pengesahan samada bersetuju atau sebaliknya.

Jumaat, April 23, 2010

Kali pertama bertemu...

















Hai, siapa menduga rezeki hari ini. Masa minum sebelum sembahyang jumaat depan Masjid Besar Kota Bharu tadi, sempat berbual sedikit sebanyak dengan Prof. Anton, Universiti Malaysia Kelantan, UMK (teknoprenaul). Beliau pernah bertugas di Institut Teknologi Bandung, ITB sebelum ini. Cool orangnya dan mudah mesra. Rasa seronok dan terhibur bila bersembang dengan orang yang berpendidikan tinggi. Terima kasih Prof. Anton.

Khamis, April 22, 2010

Chit-chat terpaksa dikeluarkan dari blog cincin-rings

Assalamua'laikum untuk semua pelawat blog cincin-rings ...
Buat sementara ini chit-chat terpaksa dibuang kerana ia tidak dapat berfungsi dengan normal. Ini membuatkan blog seolah-olah sepi tanpa suara. Bagaimanapun setakat ini Alhamdulillah, kerana setelah hampir dua tahun di alam maya sambutan terhadap blog ini masih ok, walaupun dalam ekonomi "slow" kini saya masih boleh bertahan sepertimana biasa. Ribuan terima kasih kerana sambutan serta penghargaan terus menerus tuan puan terhadap blog ini.
Mengenai rasa sepi di muka blog ini kini, terpaksalah terima dulu. Sememangnya sejak dibina  ia tak pernahpun bersuara, namun  ia masih boleh di hayati atau difahami, itulah bahasa tak semestinya berbunyi. Mudahnya "Bahasa Nyawa" akan tetap difahami selagi manusia "dipinjamkan nyawa".

Ehm....Kadir tak pernah berkuasa untuk meminjam nyawa dari Tuhannya....pun begitu Tuhan bagi try,  nak cuba test. untuk hidup dengan bernyawa di alam dunia ini dulu...Jika berjaya dia akan dapat bernyawa lagi di negeri " The day after tomorrow"

fire agate

Saiz batu = 18 x 10 x 6 mm (SOLD)































































Rabu, April 21, 2010

Amber asli dari Republik Dominica


















1 & 2 = setiap satu RM 70 ( + pos Semenanjung)
3 RM 90 termasuk pos Semenanjung Malaysia
















































Selasa, April 20, 2010

Di antara stok belum dijual

Denggi...Benarkah boleh dirawat dengan AIR KELAPA campur air LIMAU KASTURI ?

Katogeri : ubat tradisional
Pada hari khamis lepas (15/4/10) anak kedua saya mengalami demam mengejut, sudah ke klinik swasta pada hari itu juga. Pada hari Ahad 18/4/10 kami telah ke Klinik Wakaf Bharu. Pada hari Isnin 19/4/10 sekali lagi ke klinik yang sama kerana membuat ujian darah pula, dia disyaki denggi, kandungan platlat darahnya 108 sahaja. Semalam saya telah memberinya minuman air kelapa campur dengan air asam limau kasturi ( 3-5 biji ), yang dikatakan lebih mujarab daripada 100 plus untuk rawatan denggi, pun setelah diberitahu oleh ibu mertua saya. Selepas meminium air tersebut, ia terlena dan tidur dalam keadaan yang berpeluh pada seluruh badannya. Hari ini 20/4/10 sekali lagi ke klinik Wakaf Bharu kerana arahan doktor. Agak lega nampaknya dengan hasil ujian darah kerana kandungan platlatnya meningkat kepada 128. Doktor memberitahu kandungan platlat orang normal ialah 150 ke atas. Lusa 22/4/10 kena pergi sekali lagi untuk ujian darah. Diharap kandungan platnya akan meningkat seperti biasa. Doa saya agar ia cepat kembali pulih seperti biasa, Amin Ya Rabbala'lamin....

Catatan :
kandungan platlat pada 22/4/10 = 192. Alhamdulillah..si anak saya tadi dah mulai bermain dan melompat-lompat cergas.
air rebusan ketam nipah juga dikatakan amat baik untuk mempercepatkan rawatan denggi.
Ramai pula yang mendakwa air kelapa campur air limau kasturi boleh merawat C1N1....Entahlah...

Isnin, April 19, 2010

Dominican amber asli

















































 RM 70 setiap satu termasuk pos di Semenanjung

Ahad, April 18, 2010

Entry baru..

Dah lama tak masukkan entry baru, sebenarnya bukan tidak ada produk... ada! dan agak banyak juga tapi belum berkesempatan, terutamanya batu-batu permata...Nantikan amber dalam masa terdekat....

Sabtu, April 17, 2010

kajilah mengajilah....

Apa yang dikaji, dipelajari dalam bidang apapun, di manapun...semua yang ada di luar sana pasti ada
di sini.....cuma bentuknya sahaja yang berbeza. Kajilah mengajilah.....

Jumaat, April 16, 2010

Makan jaga perut cakap jaga mulut

Kadang kadang tak makan juga (berpuasa) adalah untuk menjaga perut, begitu juga kadang kadang tak perlupun bercakap untuk menjaga mulut. Yang biasa dan tidak pelik hari ini ramai yang terlalu banyak cakap kerana nak jaga perut. Bagi yang berniaga sanggup pula menjual nama peniaga-peniaga lain demi melariskan perniagaan sendiri. Dalam tak sedar sebenarnya menggambarkan intiperut sendiri yang tidak beretika, rupa-rupanya terlebih iklan dari produk. Ingatlah pembeli menilai produk bukan menilai iklan, jangan pula produk teruk ditambah dengan intiperut busuk..akhirnya kita yang lingkup

chit-chat .... cek ku cak....

Nampaknya chat box yang baru dimuatkan menghadapi masalah yang sama dengan yang lama, iaitu butang "go" hilang dan tidak berfungsi. Saya kurang pasti sebabnya. Jika ada rakan yang sudi menolong sila bagi maklumat di ruang ulasan di bawah. Buat masa ini jika ada apa-apa hal berkaitan....email @  fauzi.zi.ibrahim@gmail.com

Khamis, April 15, 2010

Kali ini tukang mampu menepati masa. Tahniah dan syukur tempahan dah siap.


SOLD OUT



















SOLD OUT




















SOLD OUT













Untuk Cikgu mat, sila hubungi saya kerana tak sempat simpan
no talipon hari tu. Harap maaf
































Fantastic change colour Russian Alexandrite




SOLD OUT


































SOLD OUT