Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, Jun 20, 2023

الذي رتب هذه الحبات داخل قشرتها ، قادر أن يدبر حياتك وأمورك Allah yang menyusun kacang ini di dalam kulitnya , DIA maha berkuasa untuk mentadbir kehidupan kamu dan urusan kamu. Tajuk yg sgt menarik jika utk dibincang. 1. Kenapa fahaman muktazilah tidak diterima 2. Kenapa ulamak seluruh dunia mengakui fahaman ahdah itu sesat 3. Kenapa manusia tidak mampu menafikan diri mrk dn mengisbatkan kpd Allah sehingga mencapai maqam fana atau fana ul fana? seterusnya mencapai makam solatuddaim. Sekadar pandangan shj. sila jgn bertanyakan penulis ken ini cuma drp sumber bacaan dan eujukan shj. 😝😅

Jumaat, Jun 16, 2023

Cukupkah kembali dengan tanpa akidah yg benar dan hubungan yg sejati?
الدنيا ساعة فاجعلها طاعة Dunia ini sekejap sahaja , jadikanlah ia sebagai tempat untuk melakukan ketaatan kepada Allah . Sifat Ilmu Allah SWT itu Maha Luas, Maha Tinggi, dan Maha Dalam. Maka tuntutlah kpdNya walaupun sehingga ke liang lahad. Maka bersungguhlah dlm kembali kpdNya. Sehingga kita sudah cukup haul dn nisab untuk diUji. Jika kita berjaya dlm ujian tersebut, maka di situ bermulalah awalluddin utk kita. Jika gagal, maka terus meneruslah memohon keampunanNya. Bersegeralah kembali sehingga peluang itu dibuka lagi. Diharap kita sentiasa dlm Rahmat dan Kasih SayangNya. #Akumenulisbknkrnnama...

Isnin, Jun 12, 2023

*Dancing with a stranger dn metafora* Negeri awal dan asal perjalanan kita adalah dari alam Ruh (tiupan dari sisi Illahi). Secara ringkasnya setelah selesai lafaz Alastubirabbikum, Qaaluubalaasyahidna, maka dtg dn bertebaranlah kita di muka bumi beserta tubuh zahir. Utk menguji kebenaran lafaz awal kita Qaaluubalaasyahidna. Maka menarilah kita dgn keasingan ini (alam yg kita sdg hidup kini). Latar belakang senja menggambarkan waktu pulang sudah hampir. Dan kembalilah semula kita ke alam Ruh (malakut) utk melihat bukti kata² pengakuan kita sendiri. *Berjaya kah kita?* #menerimakebenaran#tidaksombong#sekadarpandanganpenulis#sekadar renungansebelum tidur

Sabtu, Jun 03, 2023

Hak Pemilik Alam

Kejahatan sering dikaitkan dgn sifat pelupa kita. apabila terlupa kita adalah hambaNya, kita sering merebut hakNya. dn dlm tidak sedar kita selalu berbalah dgn sang pencipta tentang Hak. Kerana kita kurang ingat Dia dn Haknya; *Milik Akulah segala apa yg ada di langit dn di bumi*

Takut

Pengakuan Rasulullah SAW, beliaulah yg paling makrifat dgn Allah. Dan beliaulah yg tpaling takut dgn Allah SWT. Hari ini ramai manusia hidup mcm horey2 shj...termasuk kah kita? Itu persoalannya

Kesedaran

Sekiranya kita berupaya mengubah diri kita daripada yg lebih hina drp haiwan kepada haiwan. itu sudah satu kejayaan yang jarang disedari. apa lagi mrk yg dikurniakan kembali dlm keadaan yg sempurna sebagaiman dia datang se awal mula. sungguh itu satu anugerah yg paling mengembirakan sepanjang kehidupan seorang manusia

Bukan saja-saja

Setiap peristiwa yg berlaku kpd sesaorang bkn lah sja² berlaku. Ia adalah perkara yg penting bagi mereka yg mahu berfikir dan merenung jalan kembali kpd Tuhannya

Sifat penakut, pembohong dan tidak sanggup bertanggung jawab.

Orang yg mempunyai sifat penakut dan pembohong amat sukar dlm menuntut ilmu, kerana salah satu ciri ilmu yg benar adalah mrk terpaksa menongkah arus kehidupannya sendiri untuk melunasinya demi meningkatkan keupayaannya dlm kembali kpd Tuhannya. Tanggung jawab kehidupan untuk kembali bukanlah perkara yg boleh diperjudikan

Tanggung jawab

Orang yg dikurniakan lebih ilmu akan rasa lebih takut tentang keupayaan melaksanakan tanggung jawab yg diamanahkan untuknya berbanding dgn org yg dikurniakan sedikit ilmu

Khamis, Mac 30, 2023

SABAR

Kesabaran, kejujuran dan keikhlasan akan mengalahkan nafsu sesaorang sehinggalah ia menjadi lebih bijak

Jumaat, Mac 03, 2023

Kehidupan manusia

Perjalanan seorang manusia sangat jauh dan lama. Itulah Innalillahhiwainnailaihiraaji'uun 😊

Catatan Kiamat 1: Siapa Sebenarnya Manusia?

Sejak lahirnya manusia ke muka bumi maka bermulalah kelahiran diri yg paling bongsu di antara sekelian makhluk yg ada. Manusia itu sederhana sahaja badannya berbanding dgn makhluk² yg lain. Kejadian badannya adalah drp tanah, sesuai dgn tempat kewujudannya di muka bumi. Sedangkan diri kehidupannya adalah penuh misteri, kerana diri kehidupannya adalah berasal drp tiupan Ruhulquddus. Setiap dirinya adalah menjadi rahsia kpd tuhannya. Sbb ruh itu adalah rahsia Tuhan masing². Manusia itu diciptakan dlm keadaan yg paling sempurna. Dan jika mrk benar² tahu, pastilah ingin kembali kpd tuhannya dlm keadaan yg juga paling sempurna. Kerana ciptaan asalnya adalah utk menjadi khalifah di muka bumi sang pencipta alam. Kesempurnaan manusia itu adalah apb ia menghampiri sifat² kemalaikatan dan ketuhanannya, sedangkan kehinaannya adalah apb ia menghampiri sifat² kebinatangan dan keiblisan. Maka itu demi Sifat Kasih dan Sayang Sang Pencipta, manusia diutus dgn para nabi dan Rasul. Di akhir ketamaddunan manusia mrk diutuskan dgn seorang Rasul Khatamul anbia. Perkara yg paling besar sbg mukjizat Rasul akhir zaman ialah Al-Quran dan Al-Hadith yg masih terpakai sampai ke hari ini. Di awal kehidupan manusia ia berkecamuk dgn nafsunya sendiri. tetapi ia dibekalkan dgn iman dan akal. sementara di akhir zaman manusia melayari kehidupannya seharuanya ia menghadapi dajjal al masih yang sepatutnya dibekali dgn Isa Al-Masih dn Al-Mahdi, dlm perjuangan menuju kejayaan kehidupannya. Yakni imam dirinya menjadi penemannya di akhir zaman penghidupannya. Catatan Kiamat 1

Jumaat, Februari 10, 2023

CINTA

Dalam kehidupan hanya ada satu Cinta. Tiada dua atau tiga - Ertugrul Ghazi pengasas kerajaan Turki Othmaniah

Surau, masjid, dan berhala

ada orang bina surau, ada yang bina masjid. Namun dlm sedar tak sedar ada pula yg cuba bina berhala tersembunyi. Rajin²lah memerhati feal syirik sendiri. takut² belum terlepas.

Misterinya sebuah kehidupan

Di masa jahil manusia dlm kebingungan, mencari² sebuah peta penyelesaian kehidupannya sendiri. Setelah menemui peta kehidupan (ilmu), tugas mejadi semakin berat dan mencabar dalam melurahi laluan peta tersebut. Adakah manusia berjaya mengharunginya ?