Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, April 20, 2010

Denggi...Benarkah boleh dirawat dengan AIR KELAPA campur air LIMAU KASTURI ?

Katogeri : ubat tradisional
Pada hari khamis lepas (15/4/10) anak kedua saya mengalami demam mengejut, sudah ke klinik swasta pada hari itu juga. Pada hari Ahad 18/4/10 kami telah ke Klinik Wakaf Bharu. Pada hari Isnin 19/4/10 sekali lagi ke klinik yang sama kerana membuat ujian darah pula, dia disyaki denggi, kandungan platlat darahnya 108 sahaja. Semalam saya telah memberinya minuman air kelapa campur dengan air asam limau kasturi ( 3-5 biji ), yang dikatakan lebih mujarab daripada 100 plus untuk rawatan denggi, pun setelah diberitahu oleh ibu mertua saya. Selepas meminium air tersebut, ia terlena dan tidur dalam keadaan yang berpeluh pada seluruh badannya. Hari ini 20/4/10 sekali lagi ke klinik Wakaf Bharu kerana arahan doktor. Agak lega nampaknya dengan hasil ujian darah kerana kandungan platlatnya meningkat kepada 128. Doktor memberitahu kandungan platlat orang normal ialah 150 ke atas. Lusa 22/4/10 kena pergi sekali lagi untuk ujian darah. Diharap kandungan platnya akan meningkat seperti biasa. Doa saya agar ia cepat kembali pulih seperti biasa, Amin Ya Rabbala'lamin....

Catatan :
kandungan platlat pada 22/4/10 = 192. Alhamdulillah..si anak saya tadi dah mulai bermain dan melompat-lompat cergas.
air rebusan ketam nipah juga dikatakan amat baik untuk mempercepatkan rawatan denggi.
Ramai pula yang mendakwa air kelapa campur air limau kasturi boleh merawat C1N1....Entahlah...

Tiada ulasan: