"Memang tak menang tangan. Kadang-kadang terpaksa menolak lamaran (tempahan) dari kedai....."
Itulah diantara luahan salah seorang tukang saya dengan wajah yang agak berkerut (bahasa kelantan). Tambah lagi katanya ramai tukang yang lari meninggalkan kerjaya ini.
Sebenarnya kerjaya pertukangan tangan khususnya cincin perlu mengambil masa yang panjang untuk betul-betul mahir. Mengikut ketua tukang saya, sekurang-kurangnya perlukan tiga tahun bertukang barulah mula mahir dalam bidang ini. Itulah menyebabkan ramai tukang muda tak dapat bersabar dan cabut lari.
Pendapatan sesaorang tukang akan mulai mencanak biasanya selepas mencapai kemahiran tersebut, kerana ramai penempah termasuk tempahan dari tauke kedai emas. Mereka yang buat duit dalam bidang ini kerap kali terpaksa menjadi "burung hantu" berjaga malam kerana memenuhi tempoh tempahan yang terpaksa dipenuhi...Kesian.
Saya berpendapat sudah sampai masanya penghargaan diberikan kepada mereka yang menceburi bidang ini sebelum kita ketandusan tenaga mahir. Tauke-tauke amat bergantung kepada mereka untuk terus maju, apalah salahnya bagi sedikit bonus di atas kreaviti mereka. Duit yang pergi kerana berbudi akan bertambah-tambah lagi diganti..Fikir-fikirkanlah!.
Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Rabu, Mei 26, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan