Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Disember 29, 2013

Cantik di mata

Batu permata macam juga orang. Walaupun tersohor dari Kashmir sekalipun, tapi bila dah tak cantik, kualiti rendah, orang kashmir sendiri tidak pandang, orang lain apa lagi. Tapi bila dah asli, cantik, berkualiti tinggi, zamrud zambiapun sangat mahal. Ibarat Selipar orang berdahi licin kerap menjadi igauan di minda manusia yang lalu lalang di depan tangga:.. 
Kalam Sing Waliwar@TV myfb ..hehe...

Cincin Pink kunzite 17.5 carat

Pink kunzite 17.5 carat.
Saiz cincin 16.5 

( HOLD untuk shabat )

Fauzi Ibrahim's photo.

Fauzi Ibrahim's photo.

Khamis, Disember 26, 2013

Milik sahabat...siap ...Alhamdulillah

Ikatan motif kulit pohon.
Siap..
Milik sahabat.
SOLD
 
 
 
 

Sabtu, Disember 21, 2013

Di antara delima asli yang menarik

Orang orang kita memang agak kagum dengan "Delima Burma", tetapi delima Burma telaga lama itu sudah sangat jarang sampai ke negara kita kini. Ramai di antara peniaga dari Burma sendiri tidak berkemampuan untuk modal dan berjualan. Akhirnya rata-rata daripada mereka terpaksa membeli dan menjual permata delima dari telaga baru/muda sahaja. Khabarnya hasil dagangan galian bumi Burma sebahagian besarnya telah dikuasai oleh orang-orang China (dari negara benua tua itu) sejak beberapa tahun lepas.
Berita sensasi terkini yang menjadi pilihan pemain-pemain permata jenis delima ialah dari Kenya (Afrika), delima Hunza (Pakistan), dan delima Jagdalek (Afghanistan), termasuk juga dari Kashmir. Kebanyakan delima itu masih dalam wajah permata galian aslinya, dan tidak dimasukkan kaca plumbum. Bagaimanapun kebanyakan batu delima dari tempat tempat itu jarang di pakai oleh-orang kita kerana harganya! WAW!!!...

Delima Burma besar punya!...siapa punya ini?!



PhotoPhotoPhoto

Rabu, Disember 11, 2013

Zamrud Panjshir Tip Top mentah boleh mencapai nilai $20,000(USD) sebatang.

Sesiapa yang memang kaya boehlah ke Jaipur, India untuk menyertai lelongan batuan zamrud Panjshir, yang dibuat setiap tahun di sana. Zamrud Tip top Panjshir, Afghanistan...Kadang kadang lebih mahal daripada tip top Colombia.
Ciri tip top Zamrud Panjshir yang sangat jelas ialah siaznya panjang
(Ada yang terkeliru dengan batuan mentah tourmalin hijau..haha..), nisbah sepadan yang biasa bagi panjang:lebar ialah 3:1 .Bersih cleans loops, warna terang, tekstur air batu(ais) macam berjeli...melekit-lekit dan menenangkan mata pemerhati...Harga?...huH!!!....jangan tanya...Saya pernah terkejut komodo pada peringkat awal, batuan mentah belum buat apa apa...berat 18 carat = $ 51, 000(USD)....memang pakaian jutawan sahaja...haha....
Sekadar info tentang Raja Batu....Jangan tanya dengan saya pasal nak beli batu ini!...kita boleh tengok gambar kira ok, maaf kerana saya tidak berniat memandang rendah kepada sesiapa...

 Photo: Zamrud Tip top Panjshir, Afghanistan...Kadang kadang lebih mahal daripada tip top Colombia.
Ciri tip top Panjshir yang sangat jelas ialah nisbah panjang:lebar = 3:1  (Ada yang terkeliru dengan batuan mentah tourmalin hijau..haha..).Bersih cleans loops, warna terang, tekstur air batu(ais) macam berjeli...melekit-lekit dan menenangkan mata pemerhati...Harga?...huH!!!....jangan tanya...Saya pernah terkejut komodo pada peringkat awal, batuan mentah belum buat apa apa...berat 18 carat = $ 51, 000(USD)....memang pakaian jutawan sahaja...haha....
Sekadar info tentang Raja  Batu....Jangan tanya dengan saya pasal nak beli batu ini!...kita boleh tengok gambar kira ok, maaf kerana saya tidak berniat memandang rendah kepada sesiapa...

Khamis, Disember 05, 2013

alahai zamrud Panjshir kualiti cabochon

Modal besar, risiko juga besar. untung belum tentu.
32 carat panjshir
3 bentuk panjshir

2 bentuk permata yang gelap ini bukan Panjshir tapi Swat kualiti cabochon

Panjshir besar...dengan flash
Modal besar, risiko juga besar.



















Panjshir besar...tanpa flash (gambar bawah)

Rabu, Disember 04, 2013

Sesuaikan jenis ikatan dengan saiz batu.

Untuk batu permata yang lebih besar, tidak perlu kita menempah badan cincin yang lebar. Ini akan menampakkan ketidaksesuaian. Pemakai nampak  seperti tok bomoh saja...hehe...jangan marah gurau saja. Kadang-kadang keinginan planggan saya tidak begitu selari dengan pendapat tukang yang mahir. Apapun apabila barang siap yang ditunjuk kepada penempah, biasanya mereka akan terus setuju dengan sentuhan air tangan tukang. Alhamdulillah.
Sementara untuk batuan yang kecil kita patut membuatkan badan cincin sedikit lebih lebar untuk menyerlahkan cincin. Apapun jika saiz badan cincin yang tidak lebar, ia masih sesuai.


Selasa, Disember 03, 2013

PETUA RUGI

Sudah menjadi lumrah dalam perniagaan. Ada untung, ada rugi. Kadang-kadang bila kita membeli dan tak dapat menjual kerana kelemahan sendiri, mungkn terpaksa menanggung rugi sampai  lima angka. apa boleh kita buat?. nak buang semua yang dah jadi milik kita? Jangan...
Jangan kita tambah kerugian kita. Jual sajalah walaupun dengan harga murah. Dah rugi secupak jangan sampai rugi segantang.

Milik Tuan Din KL




SOLD


Special offer!!! RM 210 setiap bekas termasuk poslaju.









pakar

Jika kita bukan pengkaji, cukuplah jadi perujuk kepada pengkaji.
Jika kita cakap apa yang kita kurang tahu, orang akan terkeliru. Lebih baik orang tidak mengenali kita daripada tersohor dengan yang buruk

Apa beza pakai dengan pemakai

Gambar memberikan seribu makna...
Bermaklumatkah kita dalam permainan batu permata?











 Sejauh mana kita berpengalaman..
Saya juga tidak pandai pasal batuan


 Jika memberikan pendapat, harap jangan sampai meninggi suara.

 Hargailah milik orang
Jangan kita menghentam orang lain punya!
Hanya untuk melarisan jualan kita

Mesin lama.....masih berguna dan diguna