Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Memaparkan catatan dengan label Ehwal semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ehwal semasa. Papar semua catatan

Sabtu, April 02, 2011

Cubalah berlaku jujur dalam urusniaga

Kadang-kadang kita terpaksa menanggung rugi sampai 5 angka kerana ketidakjujuran dalam urusniaga. Biarlah apa yang telah lepas, ia telah berlaku. Tapi untuk seterusnya kita mestilah berhati-hati agar pisang tidak berbuah  dua kali.
Dalam urusniaga batu permata secara internet pelanggan tidak dapat menilai secara langsung (live) kerana items yang hendak dijual hanya terpapar di skreen komputer sahaja. Jika kita sebagai penjual mengambil peluang ke atas kelemahan sistem perniagaan ini, maka kita sebenarnya menganiaya diri sendiri sahaja walaupun duit masyuk!.
Contoh penipuan yang biasa berlaku di antaranya adalah seperti berikut;
1) mencipta gambar yang lebih baik daripada item sebenar
2) terang-terangan menukar nama item agar cepat laris, contohnya nama nilam/sapphire menggantikan kynite
3) mengistiharkan item sebagai asli sedangkan ianya adalah tiruan, hal ini mungkin juga akan berlaku secara tidak sengaja akibat kurang ilmu bagi peniaga.
4) melebihkan cerita dari perkara sebenar yang diketahui, macam segelintir penjual ubat di kaki lima kut ?
Setakat ini dulu !.  WallAhhua'qlam dan Wassalam .

Jumaat, April 01, 2011

Kualiti Bahan Cincin dalam blog cincinrings

Saya mengelaskan bahan cincin dalam blog ini kepada beberapa katogeri mengikut harga yang semakin meningkat dari no 1 hingga 8, iaitu seperti berikut:

1) perak 925 - sama dengan sterling silver
2) perak 925 sadur - bermakna ia telah disadurkan, biasanya saduran dengan platinum
3) perak - bermakna perak biasa( juga dipanggil perak tulen)
4) perak Aloi (aloi 985 atau aloi A 985) - lebih baik drp no 3 kerana ia telah dimasukkan bahan aloi khusus untuk menambah ketahanan dan kekuatan serta kilauan cincin
5) perak Aloi AAA 985 - bermakna bahan utama adalah perak + aloi + suasa
6) perak Aloi AAAAA 985 - bermakna bahan utama adalah perak + aloi + emas
7) perak Aloi AAAAA 985 sadur - bermakna no 6 bersadur platinum/suasa/emas
8) emas - biasanya emas 916

-Pihak kami tidak mengeluarkan tempahan untuk item no 1 dan 2
-Kami jarang menghasilkan jenis cincin no 3 (perak biasa)
-Biasanya kami mengeluarkan jenis cincin no 4 (perak aloi)

-Buat masa ini (April 2011) harga perak telah meningkat kepada sekitar RM 3700/kg.
-Harga suasa biasanya 40% - 45% daripada harga emas semasa.
-Harga upah tukang pula tidak menentu bergantung kepada kemahiran dan kesohoran tukang.

Sekian sedikit sebanyak maklumat asas penentuan harga bagi badan cincin dalam blog ini. penilaian harga ini tidak termasuk harga batu/permata utama

Jumaat, Mac 18, 2011

Mengenali ciri batu cutting tidak asli

Keaslian batu jenis potong (cutting) adalah di antara yang paling sukar dikenali dengan cara biasa, terutamanya apabila kualiti tiruannya pada tahap tinggi. Jika pada tahap kualiti biasa ciri-ciri tidak asli yang boleh diperhatikan di antaranya ialah :
1. Biasanya warna pelangi secara menyeluruh, sementara batu natural/semulajadi warna pelangi jika adapun hanya wujud di bahagian urat/rutile/rekah shj.
 Kecuali jenis terbitan bermutu tinggi spt gambar di bawah
 2. Bahagian sudut potongan/bucu tidak sama warna drp warna utama batu
 3. Tiada urat batu/ rutile/ cemaran/ bulu ayam atau teksturnya kelihatan terlalu bersih secara keseluruhannya ( isotonik = bersih dan jernih sekata ). Sementara batu asli yang berkualiti walaupun jernih sekata ia tetap ada sedikit pecahan urat/rutile

4. Jika berurat ia kasar, urat keputihan, atau retak buatan macam sarang labah (dipanggil GUM)
5. Jika diukur aliran haba atau ujian thermal, batu buatan berkualiti rendah akan menghasilkan bacaan kekerasan kaca (rendah). Sementara bagi batu buatan berkualiti tinggi akan menunjukkan kekerasan nilam dan delima ( skala 8.5 - 9.5 ) dan diletakkan di bawah nama nilam atau delima sintetik. Harganya tidaklah semahal batu asli, pun begitu sekitar RM 100 hingga RM 200 juga.

6. Bila dibuat ujian indeks biasan, ia akan menghasilkan bacaan yg berbeza drp nilai sebenar, kecuali batu buatan bermutu tinggi yang beharga mahal akan menunjukkan bacaan yang sama dengan batu asli. Itulah kecanggihan teknologi pembuatan batu tiruan pada masa terkini. Bagaimanapun ia tetap palsu dan akan disahkan sebagai "synthetic/tiruan" oleh makmal pengesahan permata, jangan bimbang
Contoh permata nilam sintetik berkualiti tinggi

Sekian dan Wassalam.

Jumaat, Februari 25, 2011

Persoalan sikap orang kita

Membuat soalan biasanya lebih susah daripada mencari jawapan. Kerana jika soalan yang salah, penyelesaian kepada masalah tidak akan wujud.

Contoh soalan;
Kenapa umumnya orang kita tidak maju seperti orang lain ?
Contoh jawapan;
Kerana umumnya sikap kita sentiasa ada negatif satu langkah, sedangkan orang yang maju mereka positif tiga langkah ke hadapan.

Ahad, Februari 06, 2011

Pandangan dari se orang sahabat mengenai nasib penjual batu permata di KB


Sunday, February 06, 2011


Bila mereka mula berleluasa....

Sedih juga mengenangkan nasib peniaga-peniaga permata Melayu di KB. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, jualan semakin slow tambahan pula kehadiran penjual-penjual haram dari Myanmar merumitkan lagi keadaan. Segenap lorong dan tempat jualan permata kini dikuasai oleh mereka. Apa sudah jadi dengan agensi penguatkuasaan. Kalau sama bangsa pun tak boleh tolong... susahlah.

Sabtu, Januari 22, 2011

Simpanlah bijak kita

Kadang-kadang kita terlalu bijak menilai seni di laman orang. Lebih bijak lagi kita menilai betapa mahalnya nilai sen yang kita ada. Lebih baik kita simpan sahajalah sen kita itu untuk kegunaan lain daripada kita tonjolkan sifat "kedekut" kita dalam tawar menawar yang sangat tidak masuk akal.

Jumaat, Disember 17, 2010

Minta maaf jika ada yang kurang senang

Budi bicara mengenai harga jualan berkenaan permata tertentu kadang-kadang saya letak di bawah harga yang kadang-kadang saya sendiri tak mampu membelinya. Sengaja saya letakkan harga pada aras tersebut kadang-kadang untuk mengetahui kemahiran orang tertentu mengenai harga pasaran batuan. Maaf jika budi bicara saya menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan peminat

Ahad, Disember 05, 2010

Asas batuan buatan berkualiti tinggi

Di antara asas yang digunakan untuk menerbitkan batu permata buatan berkualiti tinggi (tapi masih tidak asli) adalah berdasarkan kekerasan dan indeks biasannya. Jika kita menggunakan alatan seperti Presidium untuk mengukur aliran haba bahan batuannya atau menggunakan refractometer untuk mengukur indeks biasan bahan kimia batu tersebut, ia pasti akan menunjukkan ciri seperti batu asli, amat mengecewakan!!!, namun ini adalah perkara biasa yang digunakan untuk menghasil ciri-ciri batu asli. Sudah tentulah kaedah pengecaman permata dengan alatan tersebut mungkin akan mengecewakan kita. Perlu juga diingatkan bahawa membentuk batuan buatan adalah berkonsepkan dengan lapisan demi lapisan sehingga terbentuk batuan yang cukup besar....maka sukar juga untuk mengesan keasliannya. Itulah sebabnya ramai yang telah tertipu bila membeli batu permata yang sangat cantik dan dianggap berkualiti. Ia tak mengenal kaum !!!.... Nak tahu lebih lanjut ?...Silalah bertandang kerumah...jangan lupa bawa pengeras..he he gurau aje!

Khamis, November 25, 2010

Perkongsian pengalaman dengan Team FlareBiz....Terima kasih Saudara Labanon

6 Pengorbanan Besar Usahawan

by Labanon on November 23, 2010
Salam & hai semua,

Hari Raya Korban tahun ini saya bercuti agak lama bagi memberi laluan kepada rakan bisnes saya, Mohd Zhafran menamatkan zaman bujang beliau dengan melangsungkan perkahwinan bersama isteri yang tersayang.
Tahniah dan selamat pengantin baru saya ucapkan, semoga berkekalan bahagia hingga ke anak cucu. Paling penting, cepat-cepat dapatkan seorang ‘hero’ untuk memeriahkan pejabat Flarebiz Network kelak. Ho ho ho!
Berbalik kepada hari raya korban, tahukah anda untuk menjadi seorang usahawan juga anda perlu melakukan pengorbanan. Lebih-lebih lagi jika anda menjalankan perniagaan secara berkumpulan.

6 Pengorbanan Besar Seseorang Usahawan

Dreams do come true, if we only wish hard enough, You can have anything in life if you will sacrifice everything else for it.
Pada entri kali ini, saya cuba kisarkan pengorbanan yang pernah saya lakukan dan saya fikir pengorbanan ini juga sering dilakukan oleh usahawan di luar sana.
1) Pengorbanan masa - Orang sering melaung-laungkan bahawa seorang usahawan mempunyai masa yang fleksibel. Tetapi tahukah anda bahawa rata-rata usahawan terpaksa bekorban masa berharga mereka untuk membangunkan perniagaan baru mereka. Tiada istilah seorang usahawan duduk diam dapat duit.
Saya sendiri telah melihat ramai rakan-rakan usahawan saya terpaksa mengorbankan masa peribadi mereka untuk menguruskan hal-hal penting berkaitan perniagaan. Oh ya, saya sendiri pernah merasai pengalaman menyambut hari raya Aidilfitri di pejabat!
2) Pengorbanan wang ringgit - Ini adalah perkara biasa bagi seorang usahawan. Tipu jika seorang usahawan tidak pernah mengorbankan wang ringgit mereka walaupun sedikit untuk membangunkan perniagaan. Sebagai seorang usahawan mereka sanggup untuk mengeluarkan wang ringgit agar dapat mencapai kehendak yang mereka inginkan di dalam perniagaan mereka.
Sebagai contoh pada entri lepas, bagaimana saudara Sidry Sinar Inspirasi terpaksa bekorban dengan melabur wang ringgit sehingga ratusan ribu ringgit untuk memulakan perniagaan pakaian beliau yang belum tahu statusnya sama ada untung atau rugi.
3) Pengorbanan emosi - Ramai orang pandai bercakap bahawa untuk menjadi seorang usahawan, ‘hati mau kering’. Tetapi sejauh manakah kering itu? Rata-rata usahawan akan sentiasa menghadapi tekanan di dalam perjalanan perniagaan mereka untuk melangkah dari tahap ke tahap yang lain.
Emosi seorang usahawan mudah tergangu andaikata terlalu mengikut apa yang orang katakan. Mulut orang pakar fabrikasi dan pembunuh motivasi. Sebagai contoh diri saya sendiri, kalau terlalu mendengar cakap orang, sudah tentu saya akan berhenti dari menjalankan perniagaan Internet.
4) Pengorbanan impian - Apabila bekerja secara berkumpulan, kita perlu bekorban sebahagian kehendak peribadi kita kerana kita akan berkongsi impian dengan ramai orang. Kadang-kadang kita terlalu gemar untuk melakukan sesuatu perkara tetapi perlu dikorbankan demi kejayaan pasukan.
A team will always appreciate a great individual if he’s willing to sacrifice for the group.
Sedarlah bahawa ahli lain juga bekorban sebahagian keinginan mereka untuk melihat pasukan terus maju. Saya sendiri dulu cukup aktif dengan pemasaran affiliate, penjual produk digital dan beberapa perkara yang berkaitan ‘Internet Marketing’. Namun, sebahagian perlu ditinggalkan untuk kejayaan berpasukan.
5) Pengorbanan kasih sayang - Benar, wang ringgit tidak boleh membeli walaupun sedikit kasih sayang. Namun, majoriti usahawan yang saya kenali pernah mengorbankan perasaan sayang mereka terhadap anak-anak, isteri, ibu bapa dan sebagainya demi perniagaan yang hendak dibangunkan.
Bayangkan, ada rakan usahawan saya yang terpaksa meninggalkan anak isteri berminggu-minggu lamanya sebelum balik menjenguk. Kadang-kadang, keadaan kewangan kita sebagai usahawan yang baru nak naik ini tidak menentu, banyak kehendak ahli keluarga kita yang penting tidak dapat dipenuhi ketika ini. Semuanya mesti bertolak ansur.
6) Pengorbanan kepercayaan - Dalam sesetengah situasi, kepercayaan terpaksa dipertaruhkan demi perniagaan. Tidak hairanlah, kita sering dengar kerana perniagaan ada yang hilang kawan, ahli keluarga dan sebagainya. Semuanya bermula apabila janji yang kita berikan tidak dapat dipenuhi.
Kadang-kadang situasi yang menyebabkan kita tidak dapat memenuhi janji yang dilemparkan. Saya sendiri masih banyak janji yang masih belum dipenuhi gara-gara keadaan yang berputar 360 darjah. Bukan hendak menipu, tetapi keadaan yang menyebabkan kita masih tidak mampu untuk menunaikan janji tersebut walaupun dah berusaha sedaya mungkin. Di mata orang, kita penipu.

Perniagaan Adalah Satu Pengorbanan

Business is like life – it requires perseverance, self-denial, hard work, sacrifice, dedication and respect for authority.
Itu sahaja 6 pengorbanan mengikut persepsi peribadi saya sebagai usahawan yang masih mentah. Apa macam? Mungkin entri ini juga sebagai peringatan kepada individi-individu diluar sana yang bersemangat untuk memulakan perniagaan sendiri.
Jangan lah terlalu risau, kehidupan ini akan lebih bermakna apabila kita mampu bekorban untuk kebaikkan orang lain. Pengorbanan yang akan terbalas apabila kita berada dipuncak nanti. Ataupun di sana kelak.
Jika anda ingin terus membaca nukilan entri dari saya, silalah share entri ini kepada kawan-kawan supaya saya terus diberikan motivasi untuk berkarya. Yosh!

Selasa, Disember 09, 2008

Sebagaimana acuan, begitulah bentuknya









Alat penting untuk penghasilan acuan lilin cincin


Hubungi saya (untuk tempahan pukal shj)






Cincin yang kualitinya masih bagus kerana peratus campuran perak dan alloy yang betul. Biasanya dihasilkan dalam jumlah yang banyak. kaedah menghasilkannya adalah dengan menggunakan acuan daripada sejenis lilin seperti di dalam foto sebelah. Untuk tujuan tempahan rakan atau anda yang mahu berniaga, saya harap akan dapat memenuhi permintaan. Bagaimanapun rakan hendaklah faham, bila sebut saja barang tempah, ia memerlukan lebih masa berbanding dengan barang siap.