Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, April 27, 2011

Assalamua'laikum...En. Adi

Saya minta maaf kerana benar-benar belum berkesempatan mengupload gambar berkenaan.

Jumaat, April 22, 2011

Firuz...selesa pakai kerana terapi getaran warna yang dianugerahkan

(NOT FOR SALE) Firus gambar atas,
tak cantik tapi dah bertahun saya memakainya kerana rasa selesa

SOLD

Khamis, April 21, 2011

Rasa-rasa

Kita, InsyaAllah berhak bergembira dan berbahagia di dunia dan akhirat jika hiburan kita selama ini semakin menambah rasa takut dan mendekatkan diri  kepada Allah SWT

Perhatian untuk En Helmi, Johor Bharu

SOLD
Saiz : 17 x 11 x 2 mm sesuai utk cincin saiz 18

Rabu, April 20, 2011

Tak dok idea ..... k o s o n g.....tok leh paksa tulih

Ahad, April 17, 2011

Identiti diri

Tak reti kena mengaji sampai reti, tak cukup mengaji kena mengkaji, dalam mengkaji perlu menyelongkari, selongkari diri bukanlah dengan cakap-cakap sembarangan, tapi afdhal bermuzakarah, agar fahaman dapat ditambah. Bertambah kefahamanpun Dia yang bagi, usaha kita yang sekelumit itupun dengan kehendak dan iradatNya jua. Wallahhua'lam

Sabtu, April 16, 2011

Bismillahhirrahmannirrahim

Selagi kita tidak bersungguh-sungguh memikirkan tujuan hidup ini bukanlah untuk terus selama-lamanya hidup di muka bumi ini, maka selagi itulah kita akan terhanyut oleh pelbagai mainan dan permainan yang benar-benar mengasyikkan. Ia terlalu banyak, bahkan tak terurus oleh 24 jam sehari yang kita ada. Semakin berpengalaman kita dalam bidang masing-masing, maka semakin hebat dan semakin mengasyikkan diri. Maka, apabila sahaja kaki kita mula memijak sejadah, bulatkanlah kehadiran hati kepada Tuhan Rabbula'lamin. Tumpulah dengan bersungguh-sungguh akan tujuan kembali yang sebenarnya. Buaian dunia usah dilayan di kala itu, kerana itulah masa terpenting kita dengan urusan kembali. Menulis bukan bererti telah pulih, tetapi jika kita tidak utamakan masa itu, maka bila lagi !!!!. Hal urusan dunia selepas itu pula tidak boleh sama sekali ditinggalkan. Tetapi apa yang tersurat di sejadah perlulah terus menerus dibawa di dalam kerja buat sehari-hari. Semoga semakin menghampiri...Amin.

Selasa, April 12, 2011

Keris kemuning hitam bermandi minyak Zaitun

Ini sahaja stok yang tinggal...pilihlah yang mana suka sebelum dibuka untuk orang lain.
Di antara kegunaan penting ialah menaturalkan racun dalam badan.
di antara tanda kesan keracunan ialah badan terlalu letih.
Cara : rendam air panas / asah - minum airnya
SOLD - 7" (paling atas dlm gambar )

Isnin, April 11, 2011

Ikhlaskah ?

Jika kita mampu tolong sesaorang, maka tolonglah dengan ikhlas. Buatlah apa yang hati kita rasa suka dan  mampu membuatnya. Jangan sampai perbuatan kita memudaratkan atau makan diri sendiri, atau jika kita lakukan ia disusuli dengan rasa tak puas hati. Momok di hati memungkinkan mulut mewakili...Semaklah kerja buat kita dari hari ke hari, adakah  mendekati atau menjauhi ?.  Berhati-hatilah untuk memelihara hati !

Rabu, April 06, 2011

Perhatian untuk En Mohd Alias Roni

Saiz cincin 17 dan 17.5

SOLD : 
cincin sebelah kiri saiz 17

Isnin, April 04, 2011

Biarkanlah saja

Walaupun  satu meja bersama dengan kita, tapi jika dia sedang melalut biarkan saja, jangan pula kita turut serta kerana takut akan mengeruhkan suasana. Biarkanlah ia dengan lalut dan angan-angannya. nanti ia akan sedar sendiri apabila perasaan tiada pihak yang mahu turut serta. Teruskanlah masing-masing dengan kerja yang patut.

Sabtu, April 02, 2011

Pembetulan imej untuk Opal Australia


Cubalah berlaku jujur dalam urusniaga

Kadang-kadang kita terpaksa menanggung rugi sampai 5 angka kerana ketidakjujuran dalam urusniaga. Biarlah apa yang telah lepas, ia telah berlaku. Tapi untuk seterusnya kita mestilah berhati-hati agar pisang tidak berbuah  dua kali.
Dalam urusniaga batu permata secara internet pelanggan tidak dapat menilai secara langsung (live) kerana items yang hendak dijual hanya terpapar di skreen komputer sahaja. Jika kita sebagai penjual mengambil peluang ke atas kelemahan sistem perniagaan ini, maka kita sebenarnya menganiaya diri sendiri sahaja walaupun duit masyuk!.
Contoh penipuan yang biasa berlaku di antaranya adalah seperti berikut;
1) mencipta gambar yang lebih baik daripada item sebenar
2) terang-terangan menukar nama item agar cepat laris, contohnya nama nilam/sapphire menggantikan kynite
3) mengistiharkan item sebagai asli sedangkan ianya adalah tiruan, hal ini mungkin juga akan berlaku secara tidak sengaja akibat kurang ilmu bagi peniaga.
4) melebihkan cerita dari perkara sebenar yang diketahui, macam segelintir penjual ubat di kaki lima kut ?
Setakat ini dulu !.  WallAhhua'qlam dan Wassalam .

Jumaat, April 01, 2011

Kualiti Bahan Cincin dalam blog cincinrings

Saya mengelaskan bahan cincin dalam blog ini kepada beberapa katogeri mengikut harga yang semakin meningkat dari no 1 hingga 8, iaitu seperti berikut:

1) perak 925 - sama dengan sterling silver
2) perak 925 sadur - bermakna ia telah disadurkan, biasanya saduran dengan platinum
3) perak - bermakna perak biasa( juga dipanggil perak tulen)
4) perak Aloi (aloi 985 atau aloi A 985) - lebih baik drp no 3 kerana ia telah dimasukkan bahan aloi khusus untuk menambah ketahanan dan kekuatan serta kilauan cincin
5) perak Aloi AAA 985 - bermakna bahan utama adalah perak + aloi + suasa
6) perak Aloi AAAAA 985 - bermakna bahan utama adalah perak + aloi + emas
7) perak Aloi AAAAA 985 sadur - bermakna no 6 bersadur platinum/suasa/emas
8) emas - biasanya emas 916

-Pihak kami tidak mengeluarkan tempahan untuk item no 1 dan 2
-Kami jarang menghasilkan jenis cincin no 3 (perak biasa)
-Biasanya kami mengeluarkan jenis cincin no 4 (perak aloi)

-Buat masa ini (April 2011) harga perak telah meningkat kepada sekitar RM 3700/kg.
-Harga suasa biasanya 40% - 45% daripada harga emas semasa.
-Harga upah tukang pula tidak menentu bergantung kepada kemahiran dan kesohoran tukang.

Sekian sedikit sebanyak maklumat asas penentuan harga bagi badan cincin dalam blog ini. penilaian harga ini tidak termasuk harga batu/permata utama

Tanyalah diri apakah niat kita

Sebelum bermula sesuatu pekerjaan yang baru kpd kita, atau dengan kata mudah pada peringkat angan-angan...semaklah dulu niat kita, untuk apa ? apakah untuk dapatkan wang semata-mata ?. atau koman-komanpun biarlah hujungnya berbau atau mendekati Tuhan... maknanya semampu boleh untuk mencari redhaNya?. Ingat, punca dan gerak niat itu adalah dari Allah Jua. Jadi ke mana hujung jatuh keputusan bagi niat dan perbualan yg wujud dalam hati kita sendiri semasa itu?  Ingatlah juga, pekerjaan kita akan diterjemahkan kepada orang lain melaui niat yang telah kita ikut dan atur. Jika salah persembahan dek niat yg punah, maka orang lain akan melihat dan menilai kita sebagai punah juga. Jika sebaliknya, InsyaAllah kita memperolehi berkat yang berpanjangan dari Pemilik, Seru sekelian alam ini. Wallahhua'qlam