Citarasa manusia moden terutamanya dari dunia barat hari ini rupanya telah berubah . Jika pakai batu firuz asli, ia akan berubah warna dan menjadi tidak stabil apabila terkena air laut atau peluh...Maka batu asli tersebut distabilkan dengan sejenis poliester penstabil batu. Ingatkan betul-betul asli...Ngap ajalah!. Bila dah rezeki begini, iaitu rezeki nak rugi kena terima juga. Alang-alang menjadi pembeli yang berkaliber... sekurang-kurangnya faham satu cerita pasal "Firus distabilkan" atau semua jenis batu asli yang distabilkan ( real stone stabilised ). Masa nak beli hari tu tak perasaan yang item ini telah tertera perkataan "stabilised tourquoise". jadi saya langsung tidak menyalahkan pihak penjual. Memang dah kecuaian sendiri...Lain kali "sayang" mestilah berhati-hati....
Pada akhir tahun lepas seorang kawan saya telah melawat China. Dia telah membeli firuz biru untuk kawan saya yang lain. Bentuknya heksagon seperti beberapa jenis batu mentah yang lain. tapi...sebijilah kualitinya seperti di atas...Baplastik ( batu + plastik )
Nota:
Ini adalah maklumat untuk tambah pengetahuan peminat sahaja, agar lebih berhati-hati. Saya tidak bercadang nak menjual dan sanggup rugi daripada menjual batu jenis ini serta membohongi peminat yang mengharapkan batu firuz asliDefinisi dalam kamus si Kadir : batu ini dan seangkatan dengannya adalah
"asli tersengaja"atau lebih tepat "tidak lagi asli" kerana ia adalah "baplastik"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan