SEMPENA TAHUN BARU 2012
Pertama-tamanya oleh tukang melayu Kelantan !!!...Semua permata Delima Burma asli ini adalah diikat dengan Aloi-stainless stell (rustfrei), merupakan "body" cincin yang keras dan tahan lasak. Mahalnya cincin ini bukan kerana harga bahan Aloi-stainless stellnya, tetapi upah ukirannya yang tinggi kerana kekerasan bahan. Gaya ikatan atau corak "body" ini juga adalah agak terhad kepada saiz permata kecil dan sederhana. Tukang atau pembuatnya meminta bayaran yang lebih berbanding daripada perak biasa. Harga (upah ikatan sahaja) boleh mencecah sehingga RM 350 - 400 tak termasuk harga batu permatanya. Tercalar (Menelah) tangan tukang jarang orang tahu. Untuk makluman rakan ini adalah yang pertama-tamanya oleh tukang melayu Kelantan, merupakan buatan tangan 100%. Sekalung Tahniah kepada Che Ba di atas inovasi terbarunya.........