Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, Mei 07, 2010

Apabila pelajar dah naik tocang

Katogeri : Anakku sayang
Setelah Kementerian Pendidikan bertukar kepada Kementerian Pelajaran, Guru menjadi semakin takut untuk mendidik, tambah lagi kerja mengajar adalah menjadi lebih mudah. Sememangnya mendidik merupakan tanggung jawab yang sangat besar, daripada mengerling anak mata sehinggalah merotan murid adalah termasuk senario mendidik. Jika tersilap menangani pelajar bermasalah, sentuhan tangan guru akan menimbulkan kemarahan kepada banyak pihak, daripada laporan perubatan oleh doktor yang hebat dan terpelajar, ibu bapa yang sempurna dan matang, sehinggalah ke dada-dada akhbar yang amat berpengaruh...maka tersebar berita buruk seorang guru, bermakna tersebar berita menyebabkan guru dibenci. Nyatalah menjana jati diri terutamanya bangsa Melayu dalam hal ini sebenarnya telah gagal. Tocang pelajar menjadi semakin tinggi, beraja di hatilah generasi melayu bebas dan tidak tahu malu. Sememangnya tidaklah menghairankan jika hari ini anak luar nikah dibuang di tong-tong sampah, kerana yang telah disiratkan oleh masyarakat kita sebelum ini telahpun tersurat dengan jelas kini. Walaupun ia lebih teruk daripada perilaku masyarakat jahiliah, yang hanya menanam anak perempuan sahaja, namun idaman masyarakat kita telahpun tercapai.... Apa lagi nak disedihkan , bertepuklah kerana anak-anak kita telah memiliki kebebasan !. Tidakkah itu yang kita idamkan ?.

Tok Kadir "sayangkan anak tangan-tangankan".

Tiada ulasan: