Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Mei 15, 2021

Tanggung jawab

Memikul biawak hidup adalah suatu tugas yang berat, kecuali kita betul betul bersedia atau terpaksa 🤣

Jika kita berkata kita mampu dengan sukarela memikulnya ia memang suatu pembohongan yang bijak. Biawak sendiripun akan tertipu 🤣🤣🤣

Definisi Bahagia

Orang yang bahagia adalah mereka yang sentiasa menuntut dan menerima perubahan pembelajaran terhadap dirinya sendiri.

Nilai Persepsi

Persepsi minda yg betul2 sihat dan selari dengan kehendak hati kecil manusia yg bertauhidkan akidah agama yg kukuh amat sukar dibina. 

Minda manusia diajar dan dilatih dengan persepsi semasa yg ada di sekeliling mereka puluhan tahun sebelum mereka mencapai usia 40 atau 50 tahun. Dan persepsi ini sentiasa berubah mengikut  arus perkembangan semasa yg sering berubah dan dianggap sentiasa maju ke depan. 

Ini menjadikan orang yg beberapa generasi terdahulu kurang atau tidak memahami banyak maksud percakapan daripada orang yang terkemudian. Sebab utamanya adalah persepsi yg berbeza akibat perubahan tersebut.

Benar perubahan persepsi ini sentiasa melanda kehidupan manusia sejagat. Namun perubahan kepada hati kecil manusia yg bertauhid akidah yg benar tidak pernah berubah malah ia semakin mantap dan kukuh. Ini kerana ia memiliki nilainya yang tersendiri yang sentiasa mengingatkan keadaan diri manusia sebagai hamba.

Percaturan kehidupan manusia adalah untuk merubah persepsi negatif terhadap hati kecilnya kepada nilai tulennya. Ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan kecuali kebanyakannya adalah kerana terpaksa. Sebabnya ialah kerana kita sentiasa merasakan persepsi kita sentiasa positif kepada diri kita sendiri.

Isnin, Mei 03, 2021

Minda

Minda

Apakah definisinya;

Pada pandangan ambo minda adalah tapak asas drp menifestasi (lipatan sifat2) hati (qalbu) yg mempunyai keupayaan menterjemahkan serta merasai sebarang nilai (kualiti) drp -ve infiniti ke +ve infiniti.

Minda merupakan suatu teknologi sains(pengetahuan) yg amat tinggi milik mutlak bg Pemilik seluruh alam ini dan isi2nya, untuk digunakan oleh hamba ciptaanNya yg bernama kita.


Minda terbahagi kpd 2 bhg. 

1) Bentuk zahir untuk menterjemahkan cara Zahiriah yg kita alami oleh kesemua 5 panca indera zahir. termasuklah merasai segala rasa kesenangan dan kesusahan termasuk lazat dan sakit.

2) Bentuk batin oleh panca indera batin kita (ex: mata batin/penglihatan basirah dan telinga batin/pendengaran basirah) spt yg kita alami semasa mimpi di waktu tidur.

Contoh nilai -ve infiniti ialah merasai segala keburukan spt perbuatan syirik, kejahatan, kesakitan termasuk kesakitan di alam barzah yg tidak terbayang kan oleh kita sekarang ini spt kepedihan azab neraka. 

Nilai +ve infiniti pula termasuklah segala kebaikan lahir dan batin spt amalan mengesakan Allah, nikmat dll spt merasai nikmat syurga.

Gabungan kesemua nilai +ve dan -ve tersebut akan memperlihatkan kpd kita bhw yg banyak tersebut akan kembali kpdNya (yg  Maha Esa) jua