Katogeri : Lalui
Masih teringat lagi dengan adengan ganas bagaimana bapa saya menyepak, menerajang atau memukul saya jika malas atau lambat bangun sembahyang subuh. Itu suatu ketika dulu...sekitar usia saya12 dan13 tahun. Bapa selalu juga membawa saya ke masjid pada hari Jumaat. Rupanya kini barulah saya semakin sedar betapa pentingnya solat kepada kehidupan. Terima kasih bapaku!.
Bersyukurlah kerana bersolat adalah merupakan doa yang paling mustajab. Makanan paling penting kepada roh kita, serta melambangkan pengucapan syukur dan berterima kasih kepada Tuhan di atas kurniaan roh, kehidupan dan nyawa yang setiap ketika kita rasai di hidung kita, sehinggalah kita kembali kepadaNya.
Solat merupakan sains dan teknologi milik Tuhan Seru Sekelian Alam untuk kepentingan hamba ciptaannya....Lambang kasih sayang Pencipta Agung kepada kita. Jika kita tidak menghargai kasih sayang serta rahmat Tuhan, pastilah kita akan menghargai persekongkolan syaitan....
Jika hari ini bangsa kita perlekehkan solat, amat tidak hairan jika pelajar menjadi kurang ajar, anak luar nikah dibuang, dan bermacam-macam kerenah lambang persekongkolan syaitan yang keseronokannya sangat bersifat sementara.
Bermulalah dengan mengambil air sembahyang dengan betul...dan bersolatlah dengan betul juga.
Rujukan:
http://www.scribd.com/doc/4654705/Mencontohi-Wuduk-Rasulullah-Cara-Ambil-Air-Sembahyang
http://www.scribd.com/doc/4654750/Panduan-Solat-Sembahyang-Rasulullah-Lengkap-dengan-Dalil
Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Khamis, Mei 20, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan