Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan
Selasa, April 17, 2012
Tilik
Tiliklah apa yang kita pandang, apakah ia selari dengan keinginan dan kehendak kita, apakah ia juga selari atau seiring pula dengan kehendak Tuhan. Jangan dipandang sangat kehendak kita jika ia bertentangan dengan syariat atau akidah, terkadang terasa nipis kepada kita tetapi sebenarnya tebal di sisi Tuhan. Terdapat kehendak kita yang akan membinasakan diri, sedangkan kehendak Tuhan dan RasulNya adalah untuk menjaga dan memelihara kita. Daif hamba kerana sifat tuli dan buta yang disebabkan mengikut kehendak diri yang terlarang. Kata si arif-arifinbillah ada orang yang tiap-tiap hari kerjanya hanya menghancurkan diri sebelum tiba masanya lagi, malang ia kerana tidak mampu menghidunya. Wallahhua'qlam.
Jumaat, Mac 23, 2012
Hukuman
Sarang tebuan jangan dijolok. tapi sesetengah dari "kome" suka cari pasal. bila dah terkena, walaupun kepada diri sendiri, mulut macam nak kata "kasihan"....Tapi hukum alam kata "padan muka"
Khamis, Mac 15, 2012
Muhasabah diri...
Bermuhasabah diri bermuhasabah untuk kembali...fikirkan kita sentiasa bersalah dan berdosa serta disusuli permohonan ampun dari Tuhan yang bernama Allah. dalam hidup ini apa yang kita mahu ialah keampunanNya, keredhaanNya, ibadat yang diterima, serta Syafaat RasulNya. Jangan sekali-kali kita mengiurkan hartaNya. Ingatlah mencintai Tuannya jauh lebih mulia daripada menginginkan milikanNya. Carilah diri dalam solat, dalam mengaji, dalam ibadah, dan dalam kerja buat kita sehari-hari....Nafas keluar masuk kita pasti berhenti suatu hari nanti. Lambat atau cepat, diperhati atau tidak, jangan sampai nafas di hujung kerongkong baru nak mencari, baru nak memandang...Terlewat bererti penyesalan tiada kesudahan...
Rabu, Disember 14, 2011
Nabi Muhammad (s.a.w) Dalam Kitab Hindu
Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw.Dipetik dari :
Di India adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi bahan bualan dan gossip seluruh negara. sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak.
Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu.
Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar". Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.
Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar, ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan.
Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.
Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:
1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.
2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.
3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).
4. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.
5. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.
6. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.
7. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.
8. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.
9. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).
10. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.
Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.
http://jiwang.org/groups-ilmiah/38806-nabi-muhammad-s-w-dalam-kitab-hindu.html
Jumaat, Disember 09, 2011
SUKA MENYALAK
Kena semak juga percakapan kita kerana orang lain juga selalu menilai. Apatah lagi jika kita bertujuan untuk menjatuhkan sesaorang. Mungkin masa kita belum sampai untuk naik ke atas, terimalah keadaan seadanya. Semak dulu siapa kita, siapa dia?. Kalau boleh letaklah sedikit kebimbangan sebelum kita mengata orang, kerana remuk hati orang mana kita tahu, murka Tuhan pula barang tersembunyi.....
Selasa, Disember 06, 2011
Duit-duit !!!!
Dalam hidup ini bukan masalah duit yang paling mustahak. Tetapi menyelesaikan masalah hati. Jika masalah hati tidak selesai maka banyaklah masalah lain yang wujud dan sukar diselesaikan, kerana berakhir dengan jalan buntu. Tipu orang, mungkir janji, bohong, tidak amanah dan lain-lain kononnya untuk menyelesaikan masalah kantong sendiri. Renunglah adakah duit punca masalah atau kerana masalah hati terikat dengan duit. Bertapa sibuknya kita menguruskannya !
Ahad, November 27, 2011
Amaran demi amaran
Apabila kita mengkhinati sesaorang bermakna kita juga telah mengkhianati diri kita sendiri. Kadang-kadang kita diminta secara lembut untuk membetulkan kesilapan, kadang-kadang diperli, kadang-kadang ditegaskan oleh orang yang kita khianati. Perhatikanlah bahawa itu semua merupakan peringatan atau amaran kepada kita. Bila kita keterlaluan terhadap orang yang lemah bermakna kita sengaja mendekatkan mereka kepada TuhanNya, yang juga Tuhan kita. Ingatlah jangan sampai murka Tuhan menjamah kita....Hancus!!!
Sabtu, November 05, 2011
Tajamnya pisau sembelih, melapah dan menyiang.
Dari leher, pisau ditarik dan ditolak, selepas menggelupur dan hilangnya nyawa binatang sembelihan, maka pakat ramai-ramai menyiangkannya hinggalah ke menanam saki baki yang tidak boleh dimakan. Berapa banyak lembu yang tumbang di ke empat-empat pagi tersebut.... Berapa ramai pula yang telah melihat darah sembelihan yg mengalir....... Dan persoalan terakhir berapa ramai pula tajam hatinya untuk sampai ke maqam Taqwa seperti yang diharapkan. Labbaikallahhummalaibaiq ... InsyaAllah, Wallahhua'lam. Subhanallah Walhamdulillah Walaailaahailallah Wallahuakbar
Khamis, November 03, 2011
Mengecap pengalaman
Sedikit pengalaman rohani yang dikecapi bukan untuk mengembangkan dada, meluaskan lubang hidung macam cerobong kapal, tapi untuk dilayari dan disyukuri. Bahkan kita tetap diuji selagi masih bernyawa. Lihatlah ia sebagai suatu bentuk pengalaman ilmu yang baru untuk acu cuba try test. Ia adalah anugerah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan sememangnya bukan hak kita. Ia sekadar sekelumit untuk menyatakan kepada diri sendiri bahawa itu adalah ilmuNya dan kuasaNya yang memang sementara dalam sementara kepada kita dalam menuju kematian. Semakin kita tahu semakin banyak lagi yang kita tak tahu. Akhirnya menjadi aku tak tahu. Tak tahu dalam sifat TahuNya bahkan Maha Tahu Tuhan.
Selasa, Oktober 25, 2011
Bidalan sentuhan rasa
Semasa menghadapi zaman kesusahan dan keperitan hidup, kepala sering tunduk dan insaf. Bercakappun kurang menonjol seperti anak semalu di tepi semak. Namun setelah bersungguh-sungguh berusaha akhirnya berjaya. Seterusnya dapat pula mencipta kejayaan demi kejayaan. Pada masa ini kenapa pula lantang bersuara memperihalkan aku dulu begitu, begini. Kisah sedih dan sardis kadang-kadang diceritakan dengan bangga dan riak kerana akulah yang berjaya mengatasinya. Ingatlah derita, bahagia, miskin dan kaya itu cumalah kecapan sementara belaka. Riang pada dapatan dunia biarlah berpada-pada. Bersyukur adalah sebaiknya kerana telah lulus ujian kecil semasa miskin dan susah suatu masa dahulu. Biarlah pengalaman menjadi guru kepada bunga-bunga rasa tentang neraka dan syurga yang kekal dan abadi nanti
Selasa, Oktober 18, 2011
Pilihan sendiri
Selarikah akhirat dalam urusan dunia kita?. Utamakan akhirat insyaAllah urusan dunia dipermudahkan kepada kita. Berjuang untuk akhirat tidak pernah dijanjikan miskin di dunia, malah sebaliknya, bahkan bergembira pula. Bermatian-matian untuk mandiri dunia, akhirnya kita mati juga. Julat masa duniawi amat singkat sedangkan masa di akhirat tiada tepinya. Tidakkah perjuangan dan mandiri ke sana tak terbanding peri pentingnya. kenapa harus lari dari kenyataan, kenapa harus tahu tapi tidak mengerti, haruskah berlakon tanpa rasa, haruskah bertindak tanpa adil. Yang jelas setiap yang dicanang pasti akan bersifat, dan dengan sifat itulah pastinya kita di sana.
Isnin, Oktober 17, 2011
Bila alpha dah jadi tuan
Rezeki yang kecil dan senang diperolehi itulah mudah diratah-ratah sehingga ramai yang terlupa batasan. Akhirnya ia terkumpul menjadi bala yang besar. Ramai yg terlupa kepada cara jalan oleh Tuan pemberi rezeki. Kerana yg selalu diingat atau terkeliru dalam amalan ialah rezeki itulah tuan. Cekap bercakap bukan kayu ukur amalan babe!!!
Jumaat, Oktober 14, 2011
dia vs kita
dia berkata kepada dia
kenapa kita perasan ?
kerana kita rasa kita hebat
kerana kita rasa berhak
kerana kita rasa belum merempat dan melarat
kerana kita rasa kita bukan keparat
kerana kita tak pernah tersekat
kerana kita tak rasa menyakat
kerana tak rasa kita meyampuk
kerana tak rasa pula kita menyibuk
kerana kita tak pernah rasa terhantuk dan terhempap
dan yang penting sekali kerana kita tak pernah rasa melanggar tembok
kenapa kita perasan ?
kerana kita rasa kita hebat
kerana kita rasa berhak
kerana kita rasa belum merempat dan melarat
kerana kita rasa kita bukan keparat
kerana kita tak pernah tersekat
kerana kita tak rasa menyakat
kerana tak rasa kita meyampuk
kerana tak rasa pula kita menyibuk
kerana kita tak pernah rasa terhantuk dan terhempap
dan yang penting sekali kerana kita tak pernah rasa melanggar tembok
berapa
berbilion berjuta beribu beratus
empat tiga dua satu
pakulah kesemuanya
semuanya sekali
dalam satu
empat tiga dua satu
pakulah kesemuanya
semuanya sekali
dalam satu
hina vs mulia
masa ini
manusia mengaku hamba
mendakwa setia
dalam sembahnya alpa si kaya
si fakir memerhati dalam kemiskinannya
memuji memuja
hanya yang hak kepada yang berhak
menitis air mata
ingatkan yatim dirinya
rupanya kosong
tiada dalam bayang yang ada
menangis ia
mengenangkan bayang itupun hanya hak pemiliknya sahaja
hampa tanpa sengketa
manusia mengaku hamba
mendakwa setia
dalam sembahnya alpa si kaya
si fakir memerhati dalam kemiskinannya
memuji memuja
hanya yang hak kepada yang berhak
menitis air mata
ingatkan yatim dirinya
rupanya kosong
tiada dalam bayang yang ada
menangis ia
mengenangkan bayang itupun hanya hak pemiliknya sahaja
hampa tanpa sengketa
ke mana ?
tergantung
ke langit tidak sampai
ke bumi tidak jatuh
malu dalam gelap
bagaimana?
nafi berkamir isbat
menongkah arus ...dahsyat
kosong....selamat
ke langit tidak sampai
ke bumi tidak jatuh
malu dalam gelap
bagaimana?
nafi berkamir isbat
menongkah arus ...dahsyat
kosong....selamat
Khamis, Oktober 13, 2011
titik kosong
seluruh alam ini terdiri daripada nama-nama
apa ada pada nama
sedangkan semuanya kembali kepada pemiliknya
apa ada pada nama
sedangkan semuanya kembali kepada pemiliknya
berserah
dakwa bermakna dusta
mengaku bermakna tipu
mengharap bermakna belum yakin
apakah nak dikorbankan sedangkan tiada milik hamba
mengaku bermakna tipu
mengharap bermakna belum yakin
apakah nak dikorbankan sedangkan tiada milik hamba
Bertukar
Air boleh bertukar menjadi ais. Begitulah juga sebaliknya ais harus bertukar kepada air semula. Itu apa yang alam bagitahu kita. Tetapi oleh kerana kering pandangan terhadap pengajaran alam ini atau terlalu merendah rasa maka sukarlah nak mengerti. Umpama cawan yang terlalu rendah duduknya, menanti air yang terpercik dari cerek yang terlalu tinggi pula tempatnya, hampir semuanya terkeluar. Apa lagi yang tinggal....hanya sekadar dapat merasa beberapa titis air, sedangkan haus dahaga tidak hilang. Begitulah tergelapnya dalam syirik yang bergelar "kita"
Langgan:
Catatan (Atom)