Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, Januari 31, 2013

ALANG-ALANG

Alang alang menyelup perkasam, biarlah tengelam seluruh badan. alang-alang mengengam bara api biarlah seluruh tubuh menjadi arang...itulah BANDINGAN makna menuntut ilmu...

Selasa, Januari 29, 2013

Tak terlebih dari budi bahasa dan akhlak

Ada orang bercakap kerana nak tunjuk berilmu dan hebat. Orang yang nak mengumpan pula akan terlebih cerita dan ucap. Tak kurang yang menyindir kerana nak menasihat atau tidak sependapat. Ada pula yang terasa dialah sahaja tukang dakwah. Terlebih afdal jika kita menjadi tukang tadah telinga dan penilai, apakah sebenarnya yang mereka nak?. Kerap kali kita mengharapkan akhlak dan santun lebih diutama dari ucap.

Jumaat, Januari 25, 2013

Hairan bin ajaib

Kelakarnya politik melayu....
Orang PAS dan orang UMNO saling berdoa untuk kebaikan bersama.... Malangnya mereka saling membenci dalam rindu dan saling merindu dalam benci...Pelik !!!

Nakal

Kenakalan sesaorang akan terhenti apabila telah memakan diri. Dalam hidup jangan cepat menghukum orang, lebih baik menilik diri lagi best. Kata nan tua, tiada angin masakan pohon bergoyang. Apabila kita melihat pohon bergoyang, jangan pula ingat hanya satu arah sahaja anginnya, bahkan pemula dan pengakhir bukanlah kita yang layak menentukannya.. Berdoa untuk orang lain termasuk mendoakan kebaikan untuk pemimpin yang bersahadah tidak harus ditolak. Jangan ingat berdoa termasuk nafsu berpolitik yang sempit. Lapangkanlah dada dalam mencari makna pengharapan....

Khamis, Januari 24, 2013

Dia

Berkawan dan berahabat biarlah ramai....
Dalam keramaian lihat dan tiliklah pada yang satu....
Segala sifat yang ada padamu dan pada mereka hari ini
Semuanya adalah milik Dia....
Tanyalah Dia...Ingatlah Dia...Rasalah rindu hanya pada Dia....
Esok bila engkau menyendiri hanya Dialah sahaja teman sejati. Tiada lagi yang lain selain Dia.....Hanya Dia.

Rabu, Januari 23, 2013

Tasbeh Kemuning Hitam 100 pcs




















OFFER RM 140/= termasuk pos (SOLD)

Isnin, Januari 21, 2013

Tasbeh Kemuning Hitam 100 pcs




















OFFER RM 130/= termasuk pos (SOLD - 30/1/13)

Sabtu, Januari 19, 2013

Tasbeh abannus hitam menawan


Offer awal tahun 2013..RM 130 + 10(pos) // SOLD untuk En Syafri (20.1.13)

Rabu, Januari 16, 2013

Kadang-kadang saya tak tahu nak jawab dengan solan terlalu ringkas...Nak tempah cincin boleh ? Berapa harga?

Jika memang berminat nak buat tempahan cincin, memang boleh. Tapi saya harap rakan dapat menjelaskan dengan baik mengenai maklumat atau kriteria tempahan yang diingini.
Ini termasuklah:
1) Jenis permata yag hendak digunakan
2) Permata sendiri//dalam blog saya
3) Jenis bahan cicin, samada perak aloi atau bahan lain.
4) Saiz cincin Jika tak pasti, bolehlah rujuk bahagian bawah blog, iaitu kaedah mengukur saiz cincin.
5) Maklumat lain jika perlu
6) Anggaran harga biasanya ditentukan setelah saya berbincang dengan tukang, kecuali yang memang biasa telah ditempah.
Sekian untuk makluman rakan. Terima kasih.

Selasa, Januari 15, 2013

Akik Yaman pilihan sahabat

Dari Yaman terus ke Kota Bharu. Terdapat lebih daripada 100 pcs jenis akik ini dalam stok saya. Buat masa ini hand set saya tidak dapat menghantar MMS. Maka email terpaksa digunakan untuk menghantar gambar kepada yang brminat. Terima kasih.
(SOLD - sehingga 29/1/13 lebih dari 25 pcs telah terjual)                                                                                                                                          

Sabtu, Januari 12, 2013

Terima kasih Majalah Niaga

SELAMAT...SELAMAT.....SELAMAT
Terima kasih kepada Team FlareBiz @ Majalah Niaga & Komik Niaga di atas nasihat dalam talian...
Sekarang saya cuba untuk tidak main sembunyi-sembunyi dan melawan rasa segan.
Terima kasih.

Nama Syarikat :
KHMGoodEnt.
No. Pendaftaran: kena semak dulu...belum jumpa sijil yang telah didaftar pada dua tahun lepas
KHM adalah ringkasan daripada Kelatan Handmade, khususnya pembuatan cincin oleh tukang Kelantan. Setakat ini dulu pembuka tirai untuk kali ini. Terima kasih tak terhingga kepada sahabat, rakan, pengunjung dan pelanggan setia ambo.


Jumaat, Januari 11, 2013

Watak orang vs watak kita

Bila kita rasa nak tergelak kerana mendengar orang sedang mengilai, bermakna kita telah terlupa yang kita juga pernah mengilai...siapa kita ?.

Dunia oh dunia!

Mungkin kita tidak mampu membenci keduniaan. Namun bagaimana kita mahu mencintainya ?, sedangkan kecantikan hilang dimamah usia, yang gebu dan terik jadi berkedut, hitam rambut bertukar putih. Pandangan semakin kabur, pendengaran semakin kurang, selera semakin hilang, hidup bertemu mati.....
Apakah yang sedang berubah dan tidak kekal itu?.
Jawapannya: Dunia yang pernah kita kejar....

Selasa, Januari 08, 2013

Eh...Eh...

Hidup ini sekejap aje....
Buktinya, bila dah meninggal dunia..... "Eh..eh...dah mati aku!....cepatnya!"...macam 2 minit setengah...

Jumaat, Januari 04, 2013

Memang ada-ada saja hal.....

Ada e-mail tak terjawab, ada sms tak terurus, memang saya akui dan saya minta maaf kepada semua penghantarnya, kerana kurang kesempatan masa dan terlebih masalah. Selepas satu hal, timbul pula satu perkara. Memang tak tejengok blog sendiri, terutamanya pada Disember 2012. Maka itu saya terpaksa  lanjutkan ke tahun 2013 untuk mengisi "back dated" yg telah tertinggal dalam OFFER DISEMBER 2012, Doh nok buat guano Guuu ? Kelemahan ambo, ambo akui...Akhir kata ambo minta Maaf Zahir Bathin....Selamat menyambut Tahun Baru 2013...Semoga semua pengunjung blog cincin-rings dan pengurusnya lebih maju dan lebih berjaya, serta lebih MENGESAKANNYA..........    ..AMIN.....Terima kasih.