Pada zaman belasan tahun dulu, saya masih teringat lagi kata-kata guru mengajar Al Qur'an di kampung, iaitu mengenai kewajiban belajar sifat 20. Katanya jika tidak tahu sifat 20, maka orang itu adalah bodoh, atau tidak berakal, atau gila. Semakin dewasa kita, pendedahan sifat 20 ini dikembangkan kepada 20 yang wajib, 20 yang mustahil, dan 1 yang harus bagi Tuhan. maka sifat Tuhan berjumlah 41. Dicampur pula dengan 4 sifat wajib, 4 sifat mustahil, dan 1 sifat harus bagi Rasul. Maka sifat Rasul berjumlah 9. Jumlah kedua-dua sifat tadi menjadi 50. Itulah yang terkandung di dalam ucapan Syahadah kita. Ini adalah pengajian yang paling asas di dalam syariat ugama kita.
Bila dah masuk usia 30an kita akan marah jika disindir orang sebagai tiong emas. Tapi silapnya kita kerana tidak cuba mendalami intipati penting Syahadah. Perkara-perkara yang membinasakan syahadad, yang berkait dengan rasul dan kerasulan, tuhan dan ketuhanan. Akhirnya manusia bukan lagi bersifat kemanusiaan. Sekali lagi saya nak ingatkan kata-kata tok guru tadi... "jika tidak tahu sifat 20, maka orang itu adalah bodoh, atau tidak berakal, atau gila".
p/s:
Masa belasan tahun dulu guru kata Wujud Allah SWT itu wajib, mustahil Ia tiada. ... tapi "tiada" bagaimana nak ditafsirkan...
Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Ahad, April 11, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan