Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, April 09, 2010

Tenaga kerja mahir dan separuh mahir negara kita

Alangkah beruntungnya generasi bangsa akan datang jika hasrat kerajaan yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Juga Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 7 hb. April 2010 menjadi kenyataan. Iaitu hasrat ingin meningkatkan bilangan sekolah teknik dan vokasional. Ini sudah pasti akan menambahkan tenaga mahir dan separuh mahir yang sememangnya mampu dipenuhi oleh generasi muda hari ini.
Banyak contoh contoh pengetahuan sedia ada mengenai teknik dan vokasional yang telah ditonjolkan oleh generasi pelajar dan remaja kita. Mereka sememangnya sudah lama bersedia ke arah kemahiran itu. Tentulah
menjadi harapan tinggi dan hasrat rakyat Malaysia untuk maju setapak lagi agar setanding dengan negara maju.
Kenyataan yang dibuat oleh beliau hasil lawatan ke Perancis itu merupakan langkah yang sangat bijak dan harus dihargai serta disokong dengan sebaik mungkin oleh seluruh lapisan masyarakat. Contoh sokongan awal yang perlu ditunjukkan oleh lepasan pelajar kemahiran hari ini ialah jangan lagi cuba lari daripada bidang yang telah diceburi. Seperti memohon atau berubah ke kerjaya lain, sedangkan kita memiliki sijil kemahiran yang sebenarnya sangat menjamin masa depan, bahkan boleh dikembang  majukan jauh lebih ke hadapan.
Demi slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" sudah tentulah kerajaan terpaksa memperuntukkan dan membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk merealisasikan hal ini. Diharap ia akan menjadi suatu visi yang akan mencapai missi yang sangat berjaya. Jauh sekali daripada hanya sekadar hangat hangat semasa Menteri Pelajaran hari ini sahaja, selepas bertukar tangan ia berakhir dengan kedinginan. Ini kerana hasrat orang kita tidak lagi boleh sekadar maju di atas kertas sahaja.
Pengagihan jurusan kepada pelajar peringkat menengah sebelum ini secara relatif sememangnya agak merugikan. Jika sebelum ini dasar 60 : 40 telah melahirkan generasi yang kurang seimbang terutamanya dalam bidang teknik dan vokasional, sememangnyalah nada dan nafas baru kepada pelaksanaan pendidikan negara perlu dibuat penambahbaikan. Hasil pemerhatian saya secara individu, saya yakin 30% hingga 50% pelajar kita mampu mengikuti bidang ini dengan berkesan.
Jika hasrat ini dapat direalisasikan, tempat  dan tenaga pengajar boleh diwujud serta ditambahkan, teknologi boleh diimportkan, peruntukan tentulah akan disediakan.......cuma yang tinggal realiti aras pemikiran bangsa yang perlu menjadi modal insan yang berkesan.

p/s : Selepas bersijil nanti jangan pula buka bengkel menjual kaborator atau kaset curi, atau bengkel modified yang tak diterima oleh JPJ.

Tiada ulasan: