Orang kita nampak rakus atau lapar sangat bila majlis makan yang sekali-sekala dibuat di hotel. Apalah ruginya jika semua rakan yang hadir dapat merasa seperti apa yang kita rasa. Takkanlah kita perlu diasuh seperti askar dulu baru nak berdisiplin. Sebenarnya bukanlah perebutan makanan yang nak saya fokuskan di sini, tetapi corak pemikiran yang digambarkan oleh tindakan orang kita. Ironinya orang kita berebut untuk mendapatkan habuan jangka segera yang sedikit, berbanding orang lain yang lebih mementingkan untung yang jauh lebih besar untuk jangka panjang. Lima kupang sepuluh kupang itulah yang kerap menjadi rebutan, seolah-olah boleh diwarisi ke anak cucu, sedangkan orang lain dah lama kaya raya kerana mendapat peluang mudah ke atas corak pemikiran dan tindakan orang kita. Yalah orang kita yang terkenal dengan tinggi mutu keseniannya itu...., yalah tinggi sopan-santunnya itu....., tetapi menjadi tunganggan canggih untuk orang lain maju. Diam mereka penuh berisi, diam kita selepas menagisi...
p.s : kumpulan tok kurap yang sedar kulitnya berkurap memang berusaha mengikis penyakit kulit mereka
Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan