Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

Sabtu, Oktober 31, 2009
Syariat dan hakikat
Mengikut seorang yang saya percayai arif berkata, mencapai "Hakikat" adalah perkara yang sangat sukar. Sedangkan seorang arif yang lain mengatakan bahawa mengekalkan "Syariat" itulah yang paling sukar. Jika direnungkan rasa malu berbaur hina untuk mengaku yang kita berada dalam mana-manapun golongan itu.
Jumaat, Oktober 30, 2009
3 utas tasbeh Kemuning Hitam 99 pcs milik orang Singapura, Tahniah!
Diharap Tuan Mas dapat bersabar kerana items ini akan dikirim pada hari Sabtu 31/10/09 melalui Airpak Express. Bayaran Tuan dah clear pada petang Khamis (29/10/09). Namun perhidmatan pos petang dah tutup. Terima kasih di atas sambutan pihak tuan terhadap barangan ibadah.
Isi Dan Kulit
Jika kita sukakan kulit jangan pula isi dilupakan. Kerana biasanya isi yang cantik dibungkus dengan kulit yang cantik. Ramai orang suka menyangkal tanpa faham. Jangan pula cepat menelan atau meluah bulat-bulat. Fahamilah sedikit-demi sedikit samada melalui amalan tertentu terlebih dahulu.
Rabu, Oktober 28, 2009
sayang dan benci
Jika kita kita terlalu sayangkan sesaorang seperti guru kerana sangat menghargainya, simpankanlah sedikit kebencian kerana takut-takut nanti jika kita sudah benci, pasti masih ada sedikit sayang. Ini biasa dalam perguruan dan tuntutan mengenai hakikat diri
Selasa, Oktober 27, 2009
Pedoman
Berjalan biarlah berpedoman. Orang dulu-dulu menggunakan bintang untuk menentukan arah bila berjalan di waktu malam. Terutamanya untuk perjalanan yang lama dan jauh. Begitulah dalam menuju hakikat kehidupan, tanpa pedoman guru yang berpengalaman tentu sekali kita akan menemui kesukaran atau mungkin akan melilau di tengah perjalanan. Kerana menuju hakikat kehidupan adalah perjalanan yang sangat jauh.
Ahad, Oktober 25, 2009
Cincin Delima Burma kembar Colourless.( SOLD on 7/11/09 )
Saiz Cincin = 16.5.
Body cincin ini lebih baik daripada perak 985 aloi berkualiti tinggi.
Harga RM 350
Body cincin ini lebih baik daripada perak 985 aloi berkualiti tinggi.
Harga RM 350
Sabtu, Oktober 24, 2009
Tempahan siap - Kota Bharu + Melaka : SOLD OUT
SOLD -Contoh Tempahan Beharga
RM 250 tak termasuk batu
SOLD OUT - Contoh tempahan beharga
RM 180 tak termasuk batu
Selasa, Oktober 20, 2009
Mana ditumpu mana dicapah...
Tumpulah sebulatnya iktikad dan niat, susulilah kata dengan tindakan demi mencari dan menuju redhaNya. Latihan di sini perlukan kesungguhan, keberanian, kepatuhan, ketaatan dan kesetiaan, keikhlasan dan kesabaran. Ringkasnya segala sifat elok dalam diri diperlukan. Sukarkan!.
Capahkanlah pemikiran dan cara selagi tidak bertentangan dengan syariat dalam mencari hal dunia. Bertekunlah agar kemiskinan batas kekufuran diatasi.
Capahkanlah pemikiran dan cara selagi tidak bertentangan dengan syariat dalam mencari hal dunia. Bertekunlah agar kemiskinan batas kekufuran diatasi.
Amat Malangnya...
Alangkah malang rasanya jika sedang sembahyang, fikiran dan jiwa kita masih melayang-layang ke tempat lain. Rasa seronok beribadah tentu sekali tawar dan sembahyang kita hanya sekadar melepas batuk di tangga sahaja.
Di luar sembahyang apatah lagi jika kita demikian dalam sembahyang. Kurang merenung kelemahan diri, kejahilan, terutamanya cintakan dunia adalah punca terjadi hal tersebut. Mengenangkan yang hidup menjadi manusia hanya sekali serta mati pasti menyusuli adalah ubat yang mujarab untuk memperbaikinya. Sememangnya jika tidak bersungguh-sungguh terasalah bertapa sukarnya mentarbiah diri agar sentiasa merasa yang Dia selalu dekat di hati. Maka hambarlah hidup sehari-hari. Walahauwalaquawataillabillahila'liyila'zim....

Ahad, Oktober 18, 2009
Sabtu, Oktober 17, 2009
E-mail daripada seorang "Sahabat"
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"
Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
1. Untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam , kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.
2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat , kerana itu bermakna kita cukup makan .
5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar .
7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada
pakaian untuk dipakai.
8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja , kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
9. Untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih
hidup untuk meneruskan hari tersebut...
Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah,
Sedarkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
Iringlah lenaku dgn kalungan doa..
Berjanjilah sahabatku,
Ukhwah kita utk selamanya..

Khamis, Oktober 15, 2009
Ahad, Oktober 11, 2009
Sabtu, Oktober 10, 2009
Rabu, Oktober 07, 2009
hentikanlah
Melakukan maksiat secara terang-terangan adalah agenda yang tidak lagi segan-silu dilakukan dewasa ini. Hari ini kita sudah tidak tahu lagi "si anak siapa membonceng si anak siapa, atau si anak siapa di bonceng oleh si anak siapa", baik di kampung apatah lagi di bandar. Ingatlah gelombang bala di peringkat Benua Asia belum lagi reda edahnya!. Hentikanlah perbuatan mempelawa dan mengundang bala daripada alam ini, kerana ia ada pemilikNya. Bangunlah dari lena yang panjang.... Bangunlah wahai bangsaku, Melayu yang mengaku Islam berzaman. Hentikanlah dari terus menghampiri pagar-pagar neraka ini. Takutlah dengan kemurkaan Tuhan Rabbula'lamin. "Ya Rahman, murkaMu amat memeritkan dan tiada siapa mampu menghalang. Ya Rahim kurniailah kami kesempatan seperti mana jalan orang-orang yang telah engkau bimbingi dan bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai".....Amin.
4 kumpulan manusia berdasarkan "percakapan dan kecerdikan"
Kumpulan 1: Cakap bodoh, empunya diri memang bodoh............ramai
Kumpulan 2: Cakap pandai, empunya diri masih bodoh ...............ramai
Kumpulan 3: Cakap bodoh, empunya diri sebenarnya cerdik........tak ramai
Kumpulan 4: Cakap bijak, empunya diri sememangnya bijak dan cerdik.....sedikit
Kita dalam kumpulan yang mana ?.
Nota:
Nilai IQ paling tinggi otak manusia tercatat dalam rekod dunia ialah 250 % - 300 %
adalah milik seorang berbangsa Yahudi.

Kurang Mood
Kekadang rasa kurang mood untuk memuatkan entry atau upload baru. Pelbagai alasan bela diri boleh diberi jika ditanya. Terutamanya bila kurang sempat mengadap PC. Inilah niaga sendiri!, bukan kerana kurang atau lebih duit tapi realiti pengurusan hidup kadang-kadang menjadi terlalu mencapah. Jika boleh "hologram"kan diri alangkah seronoknya melakukan segala perkara yang perlu dibereskan.
Jumaat, Oktober 02, 2009
Selasa, September 29, 2009
Rawatan Jantung Secara Tradisional
Dikatakan bawang besar yang dibakar bukan sekadar rasanya manis, tetapi amat baik untuk rawatan jantung dan kulit. Cubalah amalkan memakannya bersama dengan nasi dan lauk pauk lain setiap hari. Salah seorang profesor yang tersohor di Malaysia dengar khabarnya memakan bawang besar sebiji sehari. Beliau memakannya secara mentah-mentah. Bayangkan selepas memakan daging bakar seperti satay, bawang besar dan timun hiris adalah baik diambil. Bukan sekadar untuk hilangkan rasa muak, tetapi ia berfungsi untuk menutralkan kesan bakaran atau bahan berkarbon.
Bawang merah jika dimakan mentah-mentah sebagai ulam dikatakan dapat menyuburkan benih bagi kaum lelaki. Bawang putih pula, jika diambil mentah, memang sudah tersohor untuk beberapa rawatan kesihatan. Di antaranya membunuh kuman dalam badan atau antibiotik semulajadi, mencairkan darah sehingga 25 %, mengurangkan risiko barah prostat, dan untuk kesuburan lelaki.
Kesimpulannya, di India segala jenis keluarga bawang, kunyit, lengkuas, dan halia sudah lama, malah merupakan herba tradisional turun temurun mereka. Maklumat yang baik kita cuba kongsi, kan! kan!.

Isnin, September 28, 2009
Ahad, September 27, 2009
Sabtu, September 26, 2009
Blue authentic moss agate with Special alloy
Khamis, September 24, 2009
Patuh tanpa bersyarat.........Namun, cubalah fahaminya walaupun sehari selembar benang.........
Kenapa kita mesti patuh kepada perintah Tuhan ?. Inilah di antara persoalan yang sangat tidak disukai oleh pemikiran orang-orang "Atheist" atau "freethinker".
Jawapan mudah ialah "Kerana kita milik Allah. Allahlah yang mencipta kita dan tentulah maha mengetahui apakah yang mesti dilakukan oleh hamba-hamba kepada Penciptanya agar hidup mereka selamat di dunia dan di akhirat". Jika kita rasa pemikiran kita sebagai manusia sangat logik, maka haruslah kita ingat bahawa sains dan teknologi Tuhan mencipta manusia adalah "Maha Logik". Kerana kelogikan tersebut adalah merangkumi "rasional tubuh" dan "rasional roh" yang tidak mampu dikoreksi oleh pemikiran manusia yang logiknya separuh jalan sahaja, seperti akar pokok yang ada jidal pada hujungnya. Ingatlah walaupun ia terpasak kuat , tetapi keadaanya masih tergantung di dalamm bumi. Sedangkan betapa misterinya "logik roh" adalah tidak terbatas...."Merangkumi 7 petala langit serta 7 petala bumi"....Inilah yang dialami oleh "Jiwa" Rasulullah S.A.W. Sebab itulah Baginda merupakan manusia yang paling patuh kepada perintah Allah. Dan Bagindalah manusia yang paling hebat samada di dunia mahupun di akhirat. Bagindalah yang Allah jadikan "Idola" untuk manusia dan bukan yang lain.

Rabu, September 23, 2009
Selasa, September 22, 2009
Betapa besarnya kedewaan, keangkuhan serta kesombongan mereka dan betapa hinanya orang Islam
Rabu, 23 September 2009, Mereka amat sedih dan seluruh negara berkabung dengan mengibarkan bendera separuh tiang hanya kerana kematian enam orang askar mereka yang dihantar ke negara Afghanistan. Sedangkan nasib negara seperti Afghanistan, Iraq dan Pelestin yang hancur lebur adalah menjadi impian dan bahan ketawa mereka di seluruh dunia. Betapa tidak adilnya mereka yang hanya melihat mereka sahaja manusia dan hanya berperikemanusiaan kepada sesama mereka sahaja. Malah, mereka lebih berperikemanusiaan kepada binatang, sedangkan orang-orang Islam semuanya plastik. Inikah realiti umat Islam di sisi dunia ?
Nota:
Kerana menangani dewa-dewa dunia yang merasai diri mereka sangat mulia itu, maka, munasabahlah orang-orang Islam sanggup menjadi "Jin Se Alam Tunggal" yang sedang terkial-kial untuk survive di bumi ini.

Air muka kering di negeri akhirat
Tiga golongan yang air mukanya kering di negeri akhirat, iaitu;
1) Anak yang tidak menghiraukan (kebajikan) kedua-dua orang tuanya semasa meraka masih hidup.
2) Orang yang tidak menyebut atau tidak menyahut "Sallallahua'laihiwassalam" @ S.A.W apabila diperdengarkan atau mendengar nama Rasulullah disebut.
3) Mereka yang tidak mendapat keampunan Allah di akhir bulan Ramadhan.
Kita dalam kumpulan yang mana ?

Ahad, September 20, 2009
Hijab Nabi Musa Vs hijab umat Rasullullah SAW....( Berkongsi maklumat untuk 1 Syawal 1430H )
Pertanyaan Nabi Musa semasa berhubung terus dengan Tuhannya, Nabi Musa bertanyakan Tuhan "Ada lagikah hijab manusia yang lebih baik daripadaku, yakni mengatasi hijab di antara aku dan engkau (lebih dari ini)"
Jawapan Tuhan "Hijab di antara Aku denganmu ialah sebanyak 1001 hijab lagi, sedangkan akan ada suatu umat (Umat Muhammad) yang langsung tiada hijab di antara Aku dengan hambaKu semasa mereka berbuka puasa (puasa yang diterima di bulan Ramadhan)"
Motivasi:

Harap-harap kitalah umat itu, dan harap-harap agar puasa kita diterima Allah SWT....
Nota:
Silalah rujuk kepada mereka yang lebih arif untuk pengesahan sejarah ini. Jangan lupa tinggalkan ulasan jika ada pembetulan
Sabtu, September 19, 2009
Jumaat, September 18, 2009
Salam A'idilfitri untuk semua.
Di kesempatan ini saya ingin memohon berbanyak-banyak maaf daripada semua pembaca ruangan blog ini.
Maklumlah semasa berusan mungkin ada yang terkurang daripada saya, atau ada yang terasa hati dan sebagainya. Harap-harap di akhir Ramadhan ini kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang terampun dosa di sisi Allah. Amin Ya Rabbala'lamin.

Khamis, September 17, 2009
Sedikit info tentang Melayu Kelantan VS Arab Yaman
Jika ditinjau orang Melayu Kelantan tidak banyak bezanya dengan suku Arab Yaman. Dari segi rupa paras dan saiz badan banyak persamaannya. Ini kerana di awal perkembangan ketamadunan Melayu di tanah Kelantan, ia banyak dipengaruhi oleh orang-orang Arab Yaman yang merupakan pedagang dan ulamak pada masa itu. Mereka adalah kaum yang sangat berpengaruh, dari Acheh, ke Pattani hinggalah ke tanah Jawi Kelantan.
Bagaimanapun fokus perbezaan yang agak ketara yang hendak dinyatakan di sini adalah dari dua segi. Dari segi kemajuan infrastruktur, negeri Kelantan adalah lebih maju. Tetapi dari segi perkembangan akhirat, suku Arab Yaman jauh lebih maju. Ini ternyata apabila solat tarawih yang paling banyak umumnya dibuat oleh orang-orang Kelantan biasanya 23 rakaat sahaja, yang merupakan bilangan rakaat yang paling rendah dibuat di Yaman. Sementara bilangan rakaat yang paling banyak dibuat oleh orang-orang Yaman ialah 111 rekaat, termasuk solid 11 rekaat witir. Ini bukan cereka !

Isnin, September 14, 2009
Maaf dipinta
Dua hal nak dicatatkan secara ringkas di sini...
Pertama, saya minta maaf kepada peminat kerana tak begitu berkesempatan nak upload yang terkini.
Kedua, ada pemimpin luar negara datang ke Kota Bharu beberapa bulan lepas, memberikan kenyataan bahawa "Melayu sudah tidak mampu nak memimpin Malaysia". Sila berhati hati dengan serangan psikologi yang dimainkan oleh pemimpin ini. Dan Bersatulah Wahai Bangsaku. Jangan sekali-kali kita terpengaruh dengan telatah gila mereka yang berniat sangat buruk kepada negara kita. Ingat dan awasilah kuncu-kuncu yang dipasangkan oleh mereka sebagai "Pak Tolol" dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Ingatlah senjata tersembunyi masih di dada kita. Semoga negara kita sentiasa SELAMAT.

Rabu, September 09, 2009
Khadam
Kali ini saya agak tertarik untuk menyentuh pasal khadam. Difahamkan semua benda yang maujud dikatakan ada khadamnya. Apakah sebenarnya khadam ini?. Adakah ia adalah "tubuh tanpa jirim" atau bagaimana?. Jika ditinjau setiap ayat al-Qur'an juga ada khadamnya. Jadi mungkin kita terasa agak gerun untuk meneruskan pembicaraan ini dengan lebih lanjut....Sebarang komen bolehlah dimuatkan diruangan ulasan di bawah teks ini....
Sekian terima kasih
Sekian terima kasih
Isnin, September 07, 2009
Selamatkah anak-anak kita ?
Siapakah orang yang bakal diangkat ini ?. Yang paling tinggi dalam seni kepolitikannya. Yang bakal menterjemahakan keajaiban dalam pemikiran Tan Sri P. Ramlee menerusi filemnya, merealisasikan wacana masa depan bangsa kita.
Jika benar "Melayu" itu kumpulan "sarkis", siapakah di antara mereka yang sebenarnya dicari dan bakal diikut oleh seluruh melayu kini?, agar mereka bersatu kembali menegakkan maruah bangsa di bumi sendiri. Carilah "dia" agar anak-anak kita dapat diselamatkan.
Ingatlah Melayu akan kelebihan bangsamu, iaitu "seni" dan "kesenian"mu. Gunakanlah ia di masa yang amat getir ini. Senikanlah kepolitikanmu di tahap yang paling optimum. Kerana hanya bangsamu yang mampu merubah bangsamu. Dan ingatlah bahawa bangsamu adalah Islam berzaman....Semoga mendapat pertolongan di sisi Tuhan.

Jumaat, September 04, 2009
Khamis, September 03, 2009
Rabu, September 02, 2009
Selasa, September 01, 2009
Kelemahan
Salam untuk semua
Kelemahan utama bagi orang melayu pada umumnya adalah sukar untuk berhenti sebelum kenyang, walaupun ia suatu sunnah. Inilah masalah kaum kita walaupun ada segelintir yang mampu berbuat demikian. Amalan ini menunjukkan orang melayu suka kepada kepuasan maksima. Hal ini berlaku biasanya dalam banyak perkara.... Jangan terasa lo.....

Isnin, Ogos 31, 2009
Ahad, Ogos 30, 2009
Sabtu, Ogos 29, 2009
Pokok CYPRUS Yang telah Menjadi Batu @ Fossil - Asli untuk peminat RM 70
Setiap petak kecil kertas graf adalah bersaiz 2 mm. Rakan pasti akan dapat mengagak saiz permata kelabu daripada fosil pokok CYPRUS ini. Berdasarkan penemuan saintifik dipercayai pokok CYPRUSlah sebenarnya kayu yang digunakan untuk membuat bahtera Nabi Noh dan bukan dakwaan yang sengaja diada-adakan, iaitu ia dari kayu pokok Koka (Sila rujuk Noah's Ark).
Langgan:
Catatan (Atom)