Katogeri: Renung
Bangsaku....
Kerana zaman kita dan takdir kita
Hidup pada hari ini dan di sini
Bukan di sana sebagaimana mereka
Kita ditakdirkan tidak bersama Baginda
Tidak bersengketa di dalam keluarga sebagaimana mereka
Tidak menghunus senjata sebagaimana mereka
Tidak berkorban harta ataupun nyawa sebagaimana mereka
Tidak dan tidak, sebagaimana mereka
Mereka
Ada yang bersengketa di dalam keluarga
Ramai yang terpaksa mengorban dan terkorban nyawa
Sanggup menghunus senjata
Sanggup segala-gala
Demi Allah dan Rasulnya
Demi akidah yang akan dibawa
Bangsaku
Cukupkah dengan apa yang ada
Terbinakah sudah akidah kita
Terbinakah sudah keislaman kita
Bagaimanakah rupanya
Jika hanya sekadar dari keturunan dan baka
Mereka dan akidahnya
Telah terbina dari bimbingan, dari tangan seorang manusia yang paling sempurna
Tiga belas tahun mereka membina
Panjangnya masa mereka berusaha
Mantapnya mereka
Bangsaku malunya kita
Bangsaku tundukkanlah kepala buat seketika
Ingat dan renungilah keluhan bangga Baginda
"aku amat kagum akan keimanan umatku di akhir zaman"
Bermakna....
Harapan kita diharap masih boleh berjaya
Sebagaimana meraka
Amin Yarabbala'lamin