Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

Rabu, April 14, 2010
Selasa, April 13, 2010
Golongan siddiqqin di Kuala Lumpur
Katanya "sedap benda tu sekejap sahaja, hujung-hujungan sahaja. Sedap naik Mercedespun semasa sedang memandu sahaja, bila keluar kereta, kena jalan kaki juga" Itulah kata-kata pertama yang masih tergiau-ngiau di telinga saya yang diberitahu oleh seorang kenalan dari Kuala Lumpur. Beliau bukan orang miskin, dapat AP kereta dari Jepun. Projeknya pernah di tawarkan dengan harga RM 60 juta, tapi tidak dilepaskan kepada salah sebuah syarikat dari Indonesia. Beliau juga merupakan consultant kepada 2 buah syarikat, dan timbalan pengerusi di syarikatnya sendiri. Salah seorang rakannya memiliki sekurang-kurangnya 10 cawangan kedai cermin mata yang beroperasi di Kuala Lumpur. Rakan-rakannya yang lain adalah bijak pandai. Namun, mereka semua membuat kerja sukarela berdakwah di Sekitar Kuala Lumpur terutamanya pada waktu malam...... Jika tuan puan ketemui mereka suatu hari nanti mungkin bukan lagi di kaki-kaki lima jalanan, tetapi di nite club atau tempat-tempat maksiat mewah... Kerja mereka adalah berdakwah, untuk diri dan untuk mereka yang bernasib baik...
Semoga Tuhan memberkati mereka semua...Amin ya Rabbala'lamin.
masej ringkas saya di sini ialah benarkanlah kata-kata bercetak merah itu
Semoga Tuhan memberkati mereka semua...Amin ya Rabbala'lamin.
masej ringkas saya di sini ialah benarkanlah kata-kata bercetak merah itu
Isnin, April 12, 2010
Harap-harap cakap tukang kali ini betul
Kepada penempah cincin terkini, diharapkan akan dapat memiliki cincin tempahan tersebut paling lewat minggu depan. Inilah kali pertama saya diberitahu oleh tukang mengenai tempahan yang saya hantar dapat disiapkan dalam tempoh yang sangat singkat. Jika benar kata-kata tukang, saya akan uploadkan gambar cincin tersebut selepas siap nanti. Kecuali 3 bentuk cincin emas yang masih lagi sedang menunggu kehadiran berlian asli saiz 2.00 untuk dilekatkan pada cincin tersebut.
Ahad, April 11, 2010
Tak tahu wajib belajar
Pada zaman belasan tahun dulu, saya masih teringat lagi kata-kata guru mengajar Al Qur'an di kampung, iaitu mengenai kewajiban belajar sifat 20. Katanya jika tidak tahu sifat 20, maka orang itu adalah bodoh, atau tidak berakal, atau gila. Semakin dewasa kita, pendedahan sifat 20 ini dikembangkan kepada 20 yang wajib, 20 yang mustahil, dan 1 yang harus bagi Tuhan. maka sifat Tuhan berjumlah 41. Dicampur pula dengan 4 sifat wajib, 4 sifat mustahil, dan 1 sifat harus bagi Rasul. Maka sifat Rasul berjumlah 9. Jumlah kedua-dua sifat tadi menjadi 50. Itulah yang terkandung di dalam ucapan Syahadah kita. Ini adalah pengajian yang paling asas di dalam syariat ugama kita.
Bila dah masuk usia 30an kita akan marah jika disindir orang sebagai tiong emas. Tapi silapnya kita kerana tidak cuba mendalami intipati penting Syahadah. Perkara-perkara yang membinasakan syahadad, yang berkait dengan rasul dan kerasulan, tuhan dan ketuhanan. Akhirnya manusia bukan lagi bersifat kemanusiaan. Sekali lagi saya nak ingatkan kata-kata tok guru tadi... "jika tidak tahu sifat 20, maka orang itu adalah bodoh, atau tidak berakal, atau gila".
p/s:
Masa belasan tahun dulu guru kata Wujud Allah SWT itu wajib, mustahil Ia tiada. ... tapi "tiada" bagaimana nak ditafsirkan...

Jumaat, April 09, 2010
Tenaga kerja mahir dan separuh mahir negara kita
Alangkah beruntungnya generasi bangsa akan datang jika hasrat kerajaan yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Juga Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 7 hb. April 2010 menjadi kenyataan. Iaitu hasrat ingin meningkatkan bilangan sekolah teknik dan vokasional. Ini sudah pasti akan menambahkan tenaga mahir dan separuh mahir yang sememangnya mampu dipenuhi oleh generasi muda hari ini.
Banyak contoh contoh pengetahuan sedia ada mengenai teknik dan vokasional yang telah ditonjolkan oleh generasi pelajar dan remaja kita. Mereka sememangnya sudah lama bersedia ke arah kemahiran itu. Tentulah
menjadi harapan tinggi dan hasrat rakyat Malaysia untuk maju setapak lagi agar setanding dengan negara maju.
Kenyataan yang dibuat oleh beliau hasil lawatan ke Perancis itu merupakan langkah yang sangat bijak dan harus dihargai serta disokong dengan sebaik mungkin oleh seluruh lapisan masyarakat. Contoh sokongan awal yang perlu ditunjukkan oleh lepasan pelajar kemahiran hari ini ialah jangan lagi cuba lari daripada bidang yang telah diceburi. Seperti memohon atau berubah ke kerjaya lain, sedangkan kita memiliki sijil kemahiran yang sebenarnya sangat menjamin masa depan, bahkan boleh dikembang majukan jauh lebih ke hadapan.
Demi slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" sudah tentulah kerajaan terpaksa memperuntukkan dan membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk merealisasikan hal ini. Diharap ia akan menjadi suatu visi yang akan mencapai missi yang sangat berjaya. Jauh sekali daripada hanya sekadar hangat hangat semasa Menteri Pelajaran hari ini sahaja, selepas bertukar tangan ia berakhir dengan kedinginan. Ini kerana hasrat orang kita tidak lagi boleh sekadar maju di atas kertas sahaja.
Pengagihan jurusan kepada pelajar peringkat menengah sebelum ini secara relatif sememangnya agak merugikan. Jika sebelum ini dasar 60 : 40 telah melahirkan generasi yang kurang seimbang terutamanya dalam bidang teknik dan vokasional, sememangnyalah nada dan nafas baru kepada pelaksanaan pendidikan negara perlu dibuat penambahbaikan. Hasil pemerhatian saya secara individu, saya yakin 30% hingga 50% pelajar kita mampu mengikuti bidang ini dengan berkesan.
Jika hasrat ini dapat direalisasikan, tempat dan tenaga pengajar boleh diwujud serta ditambahkan, teknologi boleh diimportkan, peruntukan tentulah akan disediakan.......cuma yang tinggal realiti aras pemikiran bangsa yang perlu menjadi modal insan yang berkesan.
p/s : Selepas bersijil nanti jangan pula buka bengkel menjual kaborator atau kaset curi, atau bengkel modified yang tak diterima oleh JPJ.

Rabu, April 07, 2010
Pengumuman
Buat sementara ini Chatbox di skrin pada komputer saya tak berfungsi. Maka sebarang pertanyaan akan dijawab melalui e-mail, jadi tolong pastikan alamat email rakan yang bertanya adalah lengkap
Penguasa segala gerak
Setiap orang mempunyai tahap yang berbeza dalam memabaca gerak dan niat. Orang yang hebat makan dalam gerak. .... ada pula kena makan kerana tidak bergerak. Kita yang terasa lemah dalam hal ini berserahlah kepada yang maha mentadbir akan segala gerak. Semoga niat dan gerak dalam qada dan qadar untuk kita berakhir dengan kesudahan yang manis dan selamat.
Selasa, April 06, 2010
Keyakinan yang sering diuji
Laluan hidup sehari-hari akan menentukan kemantapan dan jati diri kita, ikutlah keyakinan hati kita dalam apa jua tindakan selagi ia tidak bertentangan dengan Al Hadith dan Al Quran.
Isnin, April 05, 2010
Pola pemikiran bangsa kita, di manakah silapnya ?
Orang kita nampak rakus atau lapar sangat bila majlis makan yang sekali-sekala dibuat di hotel. Apalah ruginya jika semua rakan yang hadir dapat merasa seperti apa yang kita rasa. Takkanlah kita perlu diasuh seperti askar dulu baru nak berdisiplin. Sebenarnya bukanlah perebutan makanan yang nak saya fokuskan di sini, tetapi corak pemikiran yang digambarkan oleh tindakan orang kita. Ironinya orang kita berebut untuk mendapatkan habuan jangka segera yang sedikit, berbanding orang lain yang lebih mementingkan untung yang jauh lebih besar untuk jangka panjang. Lima kupang sepuluh kupang itulah yang kerap menjadi rebutan, seolah-olah boleh diwarisi ke anak cucu, sedangkan orang lain dah lama kaya raya kerana mendapat peluang mudah ke atas corak pemikiran dan tindakan orang kita. Yalah orang kita yang terkenal dengan tinggi mutu keseniannya itu...., yalah tinggi sopan-santunnya itu....., tetapi menjadi tunganggan canggih untuk orang lain maju. Diam mereka penuh berisi, diam kita selepas menagisi...
p.s : kumpulan tok kurap yang sedar kulitnya berkurap memang berusaha mengikis penyakit kulit mereka
p.s : kumpulan tok kurap yang sedar kulitnya berkurap memang berusaha mengikis penyakit kulit mereka
Ahad, April 04, 2010
Sabtu, April 03, 2010
Terbangpun, dah Kambing, kambing juga!
Golongan manakah kita ?. Jika kita suka bertengkar dan selalu menang di dalam sesuatu majlis bersama rakan, kita perlulah pastikan kemenangan kita adalah yang diiktiraf oleh rakan-rakan. Jika pendapat kita hanya sekadar dapat mematahkan semangat orang lain untuk meneruskan bicara atau semua rakan tiba-tiba terdiam kaku, maka lebih baik kita kurangkan dulu buat seketika untuk duduk semeja dengan mereka...Ini lebih baik sebelum rakan-rakan tersebut memulaukan kita. Ingat bila semua rakan terdiam serentak secara tiba-tiba kerana lontaran idea yang tidak munasabah, itu sudahpun bermakna kita telah terpulau. Cuma kita sedar atau tidak!
Jumaat, April 02, 2010
Sentiasa sedar
Dalam kesibukan urusan hidup sehari-hari, alangkah indahnya jika sentiasa disusuli dengan ingat diri atau sedar diri ( kaba = bahasa Kelantan). Jika kerap terlupa hal ini eloklah kita menambahbaik nilai ini dengan memuatkan doa khusus selepas selesai sembahyang. Biasanya jika kita ingat diri automatik kita ingat Tuhan.
Opal - Dari Lightning ridge Mine/lombong Lightning ridge Australia/Asli Australia
Entry yang dimuatkan ditulis sebagai "Asli"adalah terjamin keasliannya, saya memberi jaminan khas dan pembeli boleh membuat ujian sehingga tahap ujian tertinggi iaitu ujian kimia/sijil bagi item yang dibeli. Jika ia didapati palsu oleh pengeluar sijil yang bertauliah, saya tidak teragak-agak untuk mengembalikan semula duit tersebut (refund) dengan syarat item asal mestilah diserahkan semula kepada saya terlebih dahulu.
SOLD
Pasti asli dari Negara Australia.
Harga RM 200
SOLD
Pasti asli dari Negara Australia.
Harga RM 200
Khamis, April 01, 2010
Tempahan Encik Mie telap siap. Terima kasih kerana sokongan beliau terhadap cincinrings selama ini.
Maaf Encik Mie
Selepas 2 kali tukar talipon baru-baru ini, didapati nombor talipon tuan telah hilang dari memory. Jika tuan terbaca maklumat ini sila hubungi saya untuk tindakan lanjut.
Selepas 2 kali tukar talipon baru-baru ini, didapati nombor talipon tuan telah hilang dari memory. Jika tuan terbaca maklumat ini sila hubungi saya untuk tindakan lanjut.
Rabu, Mac 31, 2010
Kelebihan Amber
Salah satu kaedah pengecaman awal amber adalah dengan merendamkan di dalam air. Ujian lebih terperinci yang biasa dan mudah ialah dengan membakar sedikit daripadanya, bau asapnya dapat dikenalpasti kerana aroma bau bakaran amber tidak seperti bau plastik, bau polimer atau bau plastik termoset yang terbakar. Ia tidak seperti bau kemenyang yg menakutkan, tapi setanding bau setanggi, dan tak kurang juga ada yang baunya seperti bau limau. Di zaman dahulu orang Russia membakar amber di waktu malam untuk aroma yang harum dalam rumah. Ujian yang paling baik ialah dengan melakukan ujian kimia. Bagaimanapun cara ini memerlukan kos yang besar kerana kedai/makmal yang betul-betul mendapat pengiktirafan di peringkat dunia sahaja yang melakukannya.
Tempat ini jarang ada di negara kita, Malaysia.
Gambar hiasan: not for sale
Kandungan kimia:
Fosil (Kejadia lebih daripada 50 juta tahun)
Warna:
Putih, kuning, kuning-perang, hijau, merah dan biru.
Negara asal:
Russia, Polland, Italy, Burma, China, Republik Dominican, Jepun, Kanada, Mexico, USA
KELEBIHAN AMBER (kepercayaan setempat):
1) Mengurangkan tekanan
2) Memperbaiki kebolehan membuat keputusan
3) Menguatkan ingatan dan daya intelek
4) Disarankan kepada mereka yang mengkaji alam semulajadi
5) Merawat darah
6) Menguatkan dan menstabilkan bahagian abdomen.
Nota:
1) kepercayaan setempat bermaksud kepercayaan orang-orang yang berada dinegara asal amber tersebut, mengikut kajian dan pengalaman pengarang mengenai batu amber.
2) Kelebihan terapi kesihatan biasanya adalah mengikut terapi getaran warna.
Selasa, Mac 30, 2010
Hati-hati memilih kontraktor
Carilah kontraktor yang telah ada pengalaman dan telah ada bukti rumah yang telah disiapkan, sama ada melalui kawan atau waris, Ada masa terluang pergilah jengok hasil kerja mereka. Adakah hasil kerja itu dapat memenuhi kriteria yang kita inginkan?.
Jangan cari orang yang baru berkecimpung dalam bidang tersebut kecuali kita betul-betul kenal. Apa lagi jika ia banyak cakap. Biasanya kita perlu berhati-hati dengan sesaorang lelaki yang banyak cakap, sebab biasanya ia lebih udang disebalik batu, Jika telah tersalah pilih kita akan berhadapan dengan masalah perangai manusia, bukan lagi masalah nak buat rumah. Ingat dan berhati-hati kerana ramai orang sudah terkena !

Dominican Amber
Amber dari Republik Dominica ini memang permata asli. Awas jangan bertukar dengan yang tiruan kerana dewasa ini banyak sekali amber tidak asli. KOD : DA1
Amber bewarna kuning amat terhad dalam stok saya.
Harga RM 100 - SOLD 2/4/10
Amber bewarna kuning amat terhad dalam stok saya.
Harga RM 100 - SOLD 2/4/10
Isnin, Mac 29, 2010
Paruh Burung Kenyalang asli dari Sarawak - SOLD OUT
RM 150 setiap satu
STOK SANGAT TERHAD
K1 Hold
(telah dibooking oleh pembeli dari S'pore
jam 20 52 - 26/3/10 melalui sms)
K2 sold on 30/3/10 - Cikgu Mat (P. Mas)
Ahad, Mac 28, 2010
Pilih selagi stok masih ada
F : Batu Blue Topaz Asli, Sedang dalam proses tempahan oleh En. Kay ( Kuala Terengganu )
Bagaimana kita menilai kecantikan sebutir permata?
Sukarkan!, Kerana ia sangat subjektif....
Aquamarine;
A - RM 150 (SOLD)
B - RM 130 (SOLD)
C - RM 100 (sold)
Citrine/Cempaka;
D - RM 80
G - RM 60
H - RM 60
J - RM 60
Amethist/Kecubong;
E - RM 100
I - RM 80
Sapphire/Nilam;
K, L, M - RM 60/pcs
Ruby/Delima;
N - RM 70 ( foto yang jelas ialah batu N dalam tajuk "batu cutting kecil" )-sold
Sabtu, Mac 27, 2010
Sampaikah masanya ?
Apapun hal yang nak berlaku pasti cukup dan lengkap dengan syarat-syartnya. Contohnya "mati" tidak berlaku jika tak cukup syarat-syaratnya iaitu di antaranya termasuklah masa, tempat, warna pakaian, dan perbuatan. Jadi jangan terasa kecewa apatah lagi mengeluh jika hajat hati tak kesampaian, sebaliknya kembalilah, berserahlah, dan redhalah kepada yang Maha Merancang tentang sesuatu kejadian, itulah "hak kita yang pasti" sebagai hambaNya
Jumaat, Mac 26, 2010
Martabat tinggi atau murtabak berlemak ?
Belum sampai kemanapun lagi kita jika ego diri masih menebal. Mengikis ego diri amat penting walaupun kadang-kadang ia diperlukan untuk mempertahankan diri pada tahap yang minima. Jika diri berlemak ego samalah kita dengan murtabak yang amat berselera dimamah syaitan. Kecanggihan tungangan syaitan ini pasti akan bertambah selagi kita masih belum sedar untuk berubah, akhirnya kita sahajalah yang rasa kita hebat, namun orang lain pandang kita sedang melarat.
"Alif tendang Waw ...Sarkis"
"Alif tendang Waw ...Sarkis"
Sifat kebaikan
Semua orang tahu kebaikan dibalas dengan kebaikan juga. Namun ada orang yang terlalu berkira untuk membuat sedikit kebaikan yang termampu, terutamanya apabila melibatkan duit. "Hukum Alam" yang Tuhan tujukan untuk manusia ialah segala kebaikan yang dilakukan dibalas dengan kebaikan yang berlebih-lebihan pula ganjarannya. Namun dewasa ini kadang-kadang kita lihat orang bukan muslim yang lebih tahu menggunakan dan mengambil peluang ini. Contohnya kata salah seorang yang terkaya di Greece "Setiap hari saya pasti akan mendermakan wang walaupun kadang-kadang terpaksa sedikit kerana saya tahu sifat duit apabila didermakan ia akan bertambah banyak".
Kesimpulannya orang kaya akan bertambah kaya kerana kebaikan hatinya.
Kesimpulannya orang kaya akan bertambah kaya kerana kebaikan hatinya.
ps:
Jiwa manusia yang kaya pasti akan merasa lebih gembira apabila tahu ada orang yang lebih kaya daripadanya dan bukan dengki.
Khamis, Mac 25, 2010
Setitis ilmu yang patut diusul
Pastinya pengalaman setiap orang itu berbeza, pun begitu setitis ilmu yang diibaratkan setitik air dari sebuah lautan itulah yang payah namun harus dimiliki. Gunanya amat besar terutamanya dalam "membawa diri" menuju Qadim. Bimbangnya jika kita tidak mampu "membawa diri" kerana tidak mempedulikan ilmu tersebut. Bunyinya amat sedikit, "setitis", tapi setitis itulah sinopsis ilmu yang tertinggi.
Menaiki anak tangga
Biarlah bermula dari anak tangga pertama, disusuli yang kedua, seterusnya ke tiga dan akhirnya yang ke empat.
ps:
Bukan anak itik kerap kali juga lemas semasa belajar berenang
ps:
Bukan anak itik kerap kali juga lemas semasa belajar berenang
Rabu, Mac 24, 2010
Kita kosong....
Jika masih menceritakan cerita orang, tahu pengalaman yang hebat tapi dari pengalaman orang, berteori yang berdegar-degar tapi tak pernah rasa dan faham....Darjah satupun tak pernah masuk tapi bila cakap mengalahkan orang yang ada PhD. Suluhlah diri siapa kita?
Isnin, Mac 22, 2010
Ahad, Mac 21, 2010
Keselamatan barangan yang dipos
Setakat ini Alhamdulillah. Semua items yang telah saya kirim telah selamat diterima oleh pembeli. Harap-harap ia berterusan begitu. Selain daripada faktor insurans bagi barangan yang mahal, faktor pembungkusan juga amat penting untuk mempastikan setiap kiriman sampai dengan selamat.
Biasanya item yang hilang dalam perjalanan bukanlah selalunya disebabkan oleh pihak kastam. Ini kerana mereka cukup dengan hanya menggunakan "scanner" untuk menyemak item dari luar bungkusan sahaja.
Saya berpendapat biasanya ia dilakukan oleh pekerja bawahan daripada pihak "transport service", mungkin banyak alasan kenapa mereka berbuat demikian, yang jelas mereka telah melakukan kerja mencuri dengan cara yang cukup mudah.
Namun yang jelas moral dan sambutan terhadap syarikat pengangkutan berkenaan akan semakin menjadi pudar di mata pengguna., kenapa tidaknya, sekali guna servis tersebut, barang terus hilang!, pengguna pasti berhati-hati dan akan mengalih perhidmatan kepada syaraikat lain.
Kesal sekali nama negara kita adalah di antara yang tersohor mengenai kehilangan barangan semasa pengangkutan, penggunaan kad kredit palsu, akaun bank palsu dan sebagainya. Kerap kali saya melihat di screen komputer (internet) bahawa ada syarikat tertentu khususnya dari Amerika Syarikat sangat serik untuk menghantar barangan ke negara kita kerana telah kerugian beribu-ribu USD kerana kes yang seumpama itu, jangan terkejut!!!, memang ini suatu realiti.
Nota:
Jika hasil jualan barang curi jadi isi perut anak dan bini kita, maka kita telah menganiaya keluarga sendiri. Hentikanlah dan Bertaubatlah!. Ingatlah doa orang yang teraniaya mudah dimakhbulkan...

Texas Agate / asli Texas
Kod: TAS
Saiz = 21.5 x 13.5 x 5.5 mm
RM 70
Sebelah kiri Kod ; TAS
saiz = 21.5 x 13.5 x 5.5 mm
RM 70
Bawah :
kod : TAB (gambar atas) RM 80
saiz = 23 x 12 x 8 mm dan
kod ; TAK (gambar bawah)
saiz = 18 x 12.5 x 8 mm RM 60
Saiz bawah (kod: TAK kiri = 18 x 12.5 x 8 mm, RM 60. kod TAB kanan = 23 x 12 x 8 mm RM 80)

Sabtu, Mac 20, 2010
Berani
Berani untuk hidup akan lebih mendorong kita menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri dan mejadi keji, sementara berani untuk mati akan lebih mendorong kita menjadi seorang yang lebih bertimbang rasa serta lebih berwaspada daripada sifat keji
Langgan:
Catatan (Atom)