Semua orang tahu kebaikan dibalas dengan kebaikan juga. Namun ada orang yang terlalu berkira untuk membuat sedikit kebaikan yang termampu, terutamanya apabila melibatkan duit. "Hukum Alam" yang Tuhan tujukan untuk manusia ialah segala kebaikan yang dilakukan dibalas dengan kebaikan yang berlebih-lebihan pula ganjarannya. Namun dewasa ini kadang-kadang kita lihat orang bukan muslim yang lebih tahu menggunakan dan mengambil peluang ini. Contohnya kata salah seorang yang terkaya di Greece "Setiap hari saya pasti akan mendermakan wang walaupun kadang-kadang terpaksa sedikit kerana saya tahu sifat duit apabila didermakan ia akan bertambah banyak".
Kesimpulannya orang kaya akan bertambah kaya kerana kebaikan hatinya.
ps:
Jiwa manusia yang kaya pasti akan merasa lebih gembira apabila tahu ada orang yang lebih kaya daripadanya dan bukan dengki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan