Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Mac 21, 2010

Keselamatan barangan yang dipos

Setakat ini Alhamdulillah. Semua items yang telah saya kirim telah selamat diterima oleh pembeli. Harap-harap ia berterusan begitu. Selain daripada faktor insurans bagi barangan yang mahal, faktor pembungkusan juga amat penting untuk mempastikan setiap kiriman sampai dengan selamat.
Biasanya item yang hilang dalam perjalanan bukanlah selalunya disebabkan oleh pihak kastam. Ini kerana mereka cukup dengan hanya menggunakan "scanner" untuk menyemak item dari luar bungkusan sahaja.
Saya berpendapat biasanya ia dilakukan oleh pekerja bawahan daripada pihak "transport service", mungkin banyak alasan kenapa mereka berbuat demikian, yang jelas mereka telah melakukan kerja mencuri dengan cara yang cukup mudah.
Namun yang jelas moral dan sambutan terhadap syarikat pengangkutan berkenaan akan semakin menjadi pudar di mata pengguna., kenapa tidaknya, sekali guna servis tersebut, barang terus hilang!, pengguna pasti berhati-hati dan akan mengalih perhidmatan kepada syaraikat lain.
Kesal sekali nama negara kita adalah di antara yang tersohor mengenai kehilangan barangan semasa pengangkutan, penggunaan kad kredit palsu, akaun bank palsu dan sebagainya. Kerap kali saya melihat di screen  komputer (internet) bahawa ada syarikat tertentu khususnya dari Amerika Syarikat sangat serik untuk menghantar barangan ke negara kita kerana telah kerugian beribu-ribu USD kerana kes yang seumpama itu, jangan terkejut!!!, memang ini suatu realiti.  


Nota:
Jika hasil jualan barang curi jadi isi perut anak dan bini kita, maka kita telah menganiaya keluarga sendiri. Hentikanlah dan Bertaubatlah!. Ingatlah doa orang yang teraniaya mudah dimakhbulkan...

Tiada ulasan: