Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, Mac 01, 2010

Ubat Barah...warna bunga pokok 7 duri yang mana satu?

















Bukan, bukan bunga warna lain katanya, bukan oren, merah, atau putih...yang warna pink sahaja untuk jadi ubat barah 























Ramai orang kata asalkan daun 7 duri tak kisah apa warna bunganya. Tapi mengikut Guru Penolong Tadbir dari SMK Geting, Tumpat, Encik Ee Eh Wang..."Sebenarnya kena ambil daun dari pokok 7 duri yang bunganya bewarna merah jambu (pink) sahaja, 7 helai daun direbus dan airnya diminum. Begitulah setiap kali mengunakannya, amalkan sebagai minuman untuk mengelakkan penyakit barah". Itulah yang diberitahu beliau kepada saya beberapa tahun lepas.
Kebetulan pada masa tu baru berlaku satu kes di mana ada  sebuah bas datang dari Singapura tiba di perkarangan Mahkamah Ipoh. Ceritanya sepohon pokok 7 duri tinggal batang sahaja, kerana habis daunnya diambil oleh mereka. Bayangkan kenapa tidaknya...orang sebuah bas..pokok satu saja, laris betullah daun 7 duri Free hari tu....ubat barah kata mereka!!!.

Gambar atas adalah pokok 7 duri bunga warna merah jambu/pink, tapi ia baru peringkat putik bunga


p/s : herba jenis kelat menyukarkan buang air besar 

Tiada ulasan: