Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Mac 07, 2010

Fira'un mengenal tetapi tidak sampai.....

Mengikut cerita yang dibagitahu oleh kawan saya, En Khairuddin Mustaffa, bekas siswazah matematik dari USM (1987) yang berasal dari Johor, menceritakan riwayat bahawa pernah suatu ketika Firaun mengelepar, menggelupur dan menangis berbulan-bulan lamanya di padang pasir bersendirian kerana nak mengenal Tuhan. Apabila telah mengenal, beliau seperti pejalan-pejalan lain.....sehinggalah dikurniakan pelbagai kelebihan.
Hebatnya Firaun, tak pernah sakit. Memiliki  "mulut masin", atau kata orang Indonesia "pahit lidah". Pendeknya apa yang dikata pasti terkota. Bayangkan pernah berlaku satu peristiwa iaitu air sungai yang sedang mengalir ke muara terpaksa mudik ke hulu lantaran kata-kata dari mulutnya. Hebat!!! dan Hebat!!!!, sehingga ia terlupa yang Tuhan nak memberitahunya itu hanya amat sekelumit dari kuasaNya(Tuhan) yang ditajalikan melaluinya(Firaun).
Kerana banyak kehebatan yang dimilikinyalah ia lupa diri dan lupa Tuhan, malah mengaku diri sebagai tuhan pula. Malangnya diri keakuannya telah menghijabkan dirinya kepada Tuhan yang bernama Allah. Sehinggalah dia melawan Utusan Yang Benar Nabi Musa,...Tenggelamlah dia bersama pengikutnya di Lautan sempit yang penuh bertepi.

nota: 
diri sendiri adalah merupakan salah satu hijab yang besar, semoga Allah mebukakan hijab ini kepada pejalan-pejalanNya...dan dapat meneruskan perjalanan yang ikhlas menuju "REDHA" Al-Qadim sehinggake akhir hayat.
Amin ya Rabbala'lamin.

Tiada ulasan: