Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, Mac 05, 2010

Maaf, Kadang-kadang saya rasa tak tahu nak jawab beberapa soalan yang diajukan melalui e-mail.

Kadang-kadang saya terpaksa tidak menjawab beberapa soalan yang dirasakan pelik dan saya anggap aneh utau yang tidak berkenaan. Di antara soalan yang saya menghadapi dilema untuk menjawabnya adalah berkisar tentang:
1) Meminta saya menilai harga batu permata atau cincin yang bukan milik saya melalui gambar yg dihantar
2) Meminta saya menyebut harga bagi tujuan jual-beli yang hendak dilakukan oleh penghantar e-mail, sedangkan item tersebut bukan milik saya.
3) Tidak sepatutnya harga item yang telah dijual melalui blog saya diketahui oleh orang lain. Ini saya anggap mustahak untuk menjaga keharmonian dan hubungan dengan pembeli berkenaan. Mungkin sesetengah pembeli ada niat untuk menjual item yang telah dibeli
4) Permintaan harga tempahan yang tidak munasabah. Contohnya di bawah atau harga modal.
5) Permintaan harga tempahan yang terlalu murah kerana ingin membuat tempahan yang banyak, tetapi berdasarkan tempahan tangan sepenuhnya. kecuali tempahan casting//acuan//mould bagi design yang sama atau design berlainan yg telah sedia ada

Hal di atas adalah di antara yang saya ingat, dan ada lagi isi kandungan email yang saya tak tulis di sini, takut tuan punya email terasa malu. Akhir sekali terima kasih daun keladi, lain kali kunjungilah lagi

Tiada ulasan: