Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Ogos 29, 2009

Pokok CYPRUS Yang telah Menjadi Batu @ Fossil - Asli untuk peminat RM 70

Setiap petak kecil kertas graf adalah bersaiz 2 mm. Rakan pasti akan dapat mengagak saiz permata kelabu daripada fosil pokok CYPRUS ini. Berdasarkan penemuan saintifik dipercayai pokok CYPRUSlah sebenarnya kayu yang digunakan untuk membuat bahtera Nabi Noh dan bukan dakwaan yang sengaja diada-adakan,  iaitu ia dari kayu pokok Koka (Sila rujuk Noah's Ark).

Kepada peminat Agate sila ke laman Akit @ klik sini

Wang adalah kuasa

Cukuplah kita berlakun di hadapan Tuhan Yang Maha Melihat,  dengan menayangkan kuasa wang yang ada di tangan kita. Kerana kuasa wang yang kita miliki adalah cukup terbatas. Ingatlah wang dan kekayaan kita tidak mampu membeli segala-galanya. Sebagai contoh mudah, mampukah seluruh wang dan harta yang kita ada digunakan untuk memelihara perasaan adik atau orang tua kita. Apatah lagi hanya dengan sebahagian kecil daripada nilai wang yang kita mampu gunakan....
Orang akan jijik dengan kita jika perjalanan keinsanan kita masih terumbang ambing, sedangkan kuasa wang mahu kita gunakan untuk menutup kelemahannya.... Renungkan diri kita.... Kerana wangkah kita datang ke dunia ini?

Jumaat, Ogos 28, 2009

MAHA

Maha sempurnanya teknologi Tuhan sehingga wujudnya diri yang bernama "kita" yang bersifat cukup hina dina, yang walaupun cukup pakej sifat hidupnya, terpaksa berjuang ke fasa-fasa yang semakin sempurna. Bermula dari Amarah, ke Lawamah, Mulhamah, Mutmainnah, Radhiah, Mardhiah, dan Kamilah. Siapakah "kita" untuk merencanakan dan melaksanakan kesudahan yang di panggil "happy ending" ini. Di sinilah maha pentingnya peranan kitab "hidup" menterjemahkan padoman Al-Quran dan Al-Hadith yang tidak mungkin pernah dapat dipisahkan. Siapakah syaitan yang kita war-warkan sebagai musuh Tuhan dan musuh kita?....Kenalkah kita dengan Kerasulan Muhammad yang sentiasa membimbing manusia ke arah Redha Tuhannya?....Pastikah kita dengan laluan jalan untuk pulang?....

Isnin, Ogos 24, 2009

Green amethist RM 100 (permata asli)-Klik di sini (SOLD)

(SOLD)

Perangkap sembang

Ini cerita rakan yang selalu tak kering gusi dengan dalil ayat Al-Quran. Bila cakap mesti ada nas dari Al-Quran atau kitab rujukannya. Bila cakap dialah juara yang mesti lebih hebat, tapi orang dah kenal beb!. Satu hari dengan yakin dia cakap nak hentikan amalan yang kurang baik siap bagi tarikhnya sekali. Tapi dah 4 bulan berlalu, amalan itu tetap jadi pilihan. Berlainan dengan seorang lagi rakan yang tiba-tiba berhenti meneruskan amalan dan tabiat buruk itu. Persoalannya bulatkah hati kita bila bercakap. Cakap memang senang!....

Bentangkan

Bentangkanlah kelemahan diri kita kepada orang yang selayaknya mendengar, dan bukan kepada semua orang. Rendahkanlah diri kepada orang yang mampu mentafsir keperluan kita terutamanya dalam bab ilmu. Sentiasalah merasakan kita ini lemah, fakir dan dhaif di sisi Tuhan yang sentiasa mengetahuai. Sentiasalah hadirkan hati dengan mengharapkan rahmat dan kasih sayangNya. Kerana kita pasti akan Kembali.

Cakap pandai

Ramai orang yang kelihatan bodoh dan lekeh bila bercakap. Sidiri merasakan dah hebat bila dapat menguar-uarkan ideanya kepada sekeliling, tapi orang hanya pandang sinis sahaja tanpa disedari. Oleh itu hati-hatilah dalam bertutur kerana kita akan kerap membentangkan kelemahan diri daripada kehebatan. Lebih baik banyak mendengar disusuli dengan "Astarfirullahia'zim"

Ahad, Ogos 23, 2009

Perangkap sendiri

"Open window" tentang diri kita atau memperkenalkan diri kepada rakan atau orang sekeliling kita haruslah dengan batasan yang memadai. Terutamanya apabila kita bercakap dengan orang yang baru dikenali. Kebiasaannya semakin banyak kita bercakap semakin banyak kita menonjolkan kelemahan dan kebodohan diri. Ramai orang kelihatan hebat bila diam dan kehebatan ini semakin pudar orang pandang bila kita semakin banyak cakap. Fikir-fikirkan mungkin ia benar.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Assalamua'laikum.

Kepada penghantar e-mail dan sms yang menanyakan pasal cincin delima dan kecubung, serta Tourmaline seperti En Mie, saya minta maaf kerana dua tiga hari ini agak tak sempat nak uruskan. Jika tiada apa-apa aral, mungkin saya hubungi tuan-tuan dalam masa beberapa hari lagi. Harap maaf kerana siaran tergendala buat sementara waktu.

Jumaat, Ogos 21, 2009

SMS di malam 1 Ramadhan 2009 daripada ...

Layangkan matamu degan pandangan Islami,
Hiasi bibirmu dengan kalimah terpuji,
Hiburkan telingamu dengan senandung ayat suci,
Pagari hatimu dari iri dan dengki,
Selimuti dirimu dengan iman yang murni, dan "buka hatimu untuk bulan yang suci ini."MARHABAN YA RAMADHAN"
"Selamat Menunaikan Ibadah Puasa"
(SYED KHAIRUL & Family.)

Salam Tuan,
Tak pandai nak jawab. Pun begitu terima kasih di atas sms yang dihantar.

Khamis, Ogos 20, 2009

Istiqamah

Amalkanlah amalan yang baik dineraca Tuhan, walaupun sedikit tetapi secara istiqamah kerana ia adalah benih kepada kebaikan yang lebih besar.

Rabu, Ogos 19, 2009

Hadirkanlah rasa syukur

Selepas takbir ihram diangkat, setelah terlintas niat beserta mulut mengucap ALLAHUAKBAR sambil mata tepat ke tempat sujud. Maka hadirkanlah rasa syukur kerana sekujur tubuh ini masih berkamirkan nyawa. Lengkap dengan segala pakejnya sekali. Masih boleh hadir ke hadirat Tuhan, masih boleh berbicara dengan Tuhan, masih boleh mendengar dengan segala bicara itu, serta masih boleh menggerakkan segala rukunnya. Bersyukurlah kerana sediri tubuh yang wujud masih dirasai. Janganlah setelah ia tiada barulah hendak menghargainya. Tidak berganjak sedetik masapun waaima sezarah ruangpun melainkan dengan Qudrat dan IradatNya.
ALLAHUAKBAR!, WALAHAUWALAWALAQUWATAILLAHBILLAHILA'LIYILA'ZIM!!!!

Selasa, Ogos 18, 2009

Alhamdulillah dan terima kasih

Salam terima kasih kepada seorang kenalan yang menegur dari Kota Bharu, sahabat dari Tawang, Bachok yang tidak putus-putus memberikan perangsang, serta pengunjung blog yang tidak saya kenali dari Dungun yang saya rasa dialah orang yang pertama dapat melihat sedikit perubahan dalam blog saya pada hari ini.

Sebenarnya saya rasa amat gembira setelah merangkak-rangkak untuk mengeditkan dan mengubah suai peranan blog ini bermula seminggu lepas. Sekarang ia telah mengalami perubahan yang walaupun tidak besar, namun ada sedikit hasil yang memberangsangkan.

Diharap dengan cara "try and error" ini ia akan mampu dimantapkan lagi. Saya memang bukan seorang yang mahir dalam IT atau blogger yang cekap. Rupanya sudah hampir setahun saya terkial-kial mencari sesuatu untuk memajukan blog ini. Jika ada yang mahir, sudi-sudilah menegur untuk tujuan positif membantu rakan di sini.

Terima kasih

S E L A M A T

Isnin, Ogos 17, 2009

PERHATIAN

Assalamua'laikum
Pembaca yang budiman, buat masa ini kemungkinan besar "upload" untuk entry baru dikurangkan ekoran saya sedang menguruskan ubah suai blog ini. Terutamanya berkaitan dengan beberapa saranan sahabat. Sekian terima kasih....
Selamat

Sabtu, Ogos 15, 2009

Jika tuan dah puas berubat tapi makin tenat, maka biarkan produk ini pula yang bercakap....

2011 - SOLD OUT 
Perhatian:
Sila klik tajuk untuk ke links: Biarkan Herba Bercakap

Khamis, Ogos 13, 2009

4.7 cts Authentic Light Golden Yellow Ceylon Sapphire RM 2000 (SOLD)

Nilam Ceylon Asli Warna Kuning Keemasan RM 2000 ( berat = 4.7cts)- SOLD








100% asli tiada heat, tidak retreatment, Sememangnya semulajadi dari Ceylon

Rabu, Ogos 12, 2009

Kesan warna kepada kehidupan. Bacaan santai....

Kita bertindak balas kepada warna kerana ia memberikan kesan kelemahan atau kekuatan, meningkatkan atau melemahkan semangat, memindahkan tenaga, memberikan tekanan atau kelegaan rasa dan sebagainya.

Ruang bilik tertentu di rumah kita dengan warna hijau muda atau hijau epal akan menambahkan rasa lega, tetapi rasa lega tersebut bertukar menjadi gemuruh jika ia ditukar dengan warna merah terang atau oren terang. Sebaliknya warna yang menghidupkan seperti merah dan oren ini lebih sesuai dipadankan kepada ruang luar bagunan tadika kanak-kanak untuk tujuan keseronokan kepada mereka. Tetapi ruang biliknya mungkin dicat dengan warna biru atau hijau untuk mereka rasa lebih tenang semasa belajar. Begitulah warna digunakan untuk mencapai tujuan tertentu.

Jelaslah warna mungkin memberikan kesan kepada aktiviti kehidupan kita seharian. Bagaimanapun huraian kali ini cuba menjelaskan kesan warna pada batu permata yang kita pakai atau gunakan, seiring dengan kewujudannya dengan pelbagai warna.

HITAM
Tourmaline hitam, Obsidian, Onyx, Jet, Tektite
Merupakan warna pertahanan dan simbol kesedihan. Pemakaian warna hitam membuatkan kita rasa seolah-olah ada kekuatan pertahanan pada badan kita

MERAH

Warna api, kekuatan, semangat dan tenaga. Cincin permata merah sesuai dipakai bila kita rasa agak letih bertujuan untuk menguatkan semula badan. Tidak sesuai untuk mereka yang darah gemuruh atau kanak-kanak hiperaktif,
Jenis batu: 
Delima, Calcite, Tiger eyes merah, Spinel, Crocoite, Vanadenite
Kelabu

Warna keseimbangan. Keseimbangan di antara tenaga positif dan tenaga negatif. Pakailah warna ini jika kita rasa marah atau terdesak.
Jenis batu warna kelabu: batu Sungai Nil, Botswana (akik), Hematite, Galena

Coklat
Warna tanah, Memberikan kita persediaan terhadap alam semula jadi.
Batu warna ini boleh dipakai untuk kerja-kerja dan hubungan yang melibatkan alam semulajadi khususnya tanah dan bumi.
Jenis batu: Akik, Tiger eye (gold), Jasper, Gypsum, Petrified wood, Obsidian Mahagany dan Dolomite.

Selasa, Ogos 11, 2009

Maaf dipinta jika sudah tersilap label

Kepada pembeli atau penempah yang mungkin telah terkena dengan jenis permata yang diragui keasliannya, saya mohon banyak-banyak maaf kerana mungkin ada sebahagian kecil di antara jualan saya yang lepas-lepas adalah terdiri daripada batu permata tersebut.

Di antara yang paling diragui setakat ini adalah dari jenis marjan dan kayu koka. Jika benar-benar ada saya minta pihak pembeli yang memang membelinya daripada saya melalui blog ini, silalah menghubungi saya bagi tujuan memulangkan semula barangan tersebut. Pulangan wang dengan harga yang sepadan akan diuruskan. Kecuali memang telah disahkan bahawa barang yang dijual bukan disebut atas nama batu asli, seperti batu syntetic, reheat, retreatment, tidak asli, buatan, batu masak atau terbitan atau tidak dilabelkan.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Begitulah juga kerja buat saya yang kadang kala tidak betul-betul cerap tentang keaslian sesetengah jenis batu permata, kadang-kadang terkeliru juga.

Sekian terima kasih

HERBA KRIM - Pek Percubaan; Amat sesuai untuk mengubat jerawat dan lain-lain penyakit kulit


http://biarkanherbabercakap.blogspot.com/2009/08/krim-kulit-pek-percubaan-memang-sangat.htm

Ramuan herba ini adalah terdiri daripada campuran 5 jenis getah pohon dari hutan yang TELAH TERMAKTUB penggunaannya untuk merawat kulit yang bermasalah.
"SANGAT BERKESAN UNTUK RAWATAN KULIT" Kesannya cukup mujarab untuk kulit: Jika berminat sila klik tajuk untuk ke links:
Biarkan Herba Bercakap

Khamis, Ogos 06, 2009

Percaya mempercayai

Salam sejahtera dan salam makluman kepada semua pengunjung blog cincin-rings.

Kepada pembeli, hantaran barang yang dibeli akan dibuat secepat mungkin sebaik sahaja pengesahan bayaran diterima. Setelah itu "tracking number" mengenai item/s akan di"sms"kan. Begitu jugalah tempahan akan mula dibuat setelah bayaran wang pendahuluan sebanyak 25% disahkan daripada penempah.

Bagaimanapun, kadang-kadang kerana mempercayai janji wang pendahuluan akan di"bank-in" pada tarikh tertentu, saya mungkin terus menghantar pesanan untuk tempahan kepada tukang. Ini untuk mempercepatkan tempoh tempahan. Kerana jika lebih awal tempahan, maka lebih dahululah gilirannya. Peraturan tukang memang begitu "first come first serve".

Bagi penempah yang telahpun membuat tempahan atau pembeli yang membuat "booking" tetapi tidak dapat melunaskan pembayaran dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh persetujuan jual beli, maka kami terpaksalah membuka jualan tersebut kepada orang lain.

Saya suka mengingatkan jika kurang yakin dengan jual beli di internet, maka lupakanlah niat membeli atau menempah. Ini akan dapat mengelakkan masalah bagi kedua-dua pihak, khususnya pihak tukang kami dan pengurusan blog cincin-rings.

Jika sudah yakin, dan persetujuan bersama telah dibuat di antara pembeli dan penjual, maka berpeganglah kepada janji, kerana Islam mengajar kita "Niat, Kata, Buat...."

SARJAN HASSAN....

Di antara anak seni yang berpandangan sangat jauh dan paling besar jasanya dalam bidang seni tanah air, arwah Tan Sri P. Ramlee pernah menyampaikan mesejnya dalam cerita Sarjan Hassan .... "Kita sesama bangsa bersatulah hendaknya".

Yang anehnya ada di kalangan bangsa kita yang sanggup mengajak bangsa lain untuk menjatuhkan bangsa sendiri. Sememangnya dia adalah layak diberi gelaran melayu sial.

Sesaorang yang saya percayai "tembus pandang" pernah berkata kepada saya, golongan melayu sial inilah sebenarnya kafir. Berwaspadalah! dengan perjuangan mereka.

Rabu, Ogos 05, 2009

MELAYU ISLAM .......... JIWAMU TERLALU LEMBUT

Jika bangsa kita sendiri telah rasa muak dan meluat, sedangkan kita masih dengan kebangaan dan ditelan perasaan sendiri kerana status yang ada pada kita hari ini. Maka rasailah saat keruntuhan yang sedang menjunam dan memalukan!. Hari ini kita dipandang sinis, esok orang kita sendiri akan berkata "Ah!, dia tu memang tak boleh dibuat berkira dan bicara". Lusa kita telahpun benar-benar terpinggir!!!. Sedangkan di zaman cicit bangsa kita meratap sebagai bangsa asing di bumi sendiri. Kita hari inilah penentu untuk mereka dan kitalah pengkhinat bangsa sendiri. Insaflah, Ikhlaskanlah perjuangan kita hari ini, musuh kita pasti kalah.

Jika hari ini nasi yang kita masakkan, jangan pula esok anak kita menelan bubur. Ingatlah beras dan lauk mentah sedang di depan mata kita, pemetik apipun masih ditangan. Janganlah bangsa sendiri yang terbakar. Memasaklah, bukan membakar!.

Natijahnya, Hari ini kitalah yang telah mengalahkan diri kita sendiri. Renungilah, Tuhan masih melihat kesungguhan kita. Ingatlah sesungguhnya Tuhan amat menyukai sesaorang hambaNya yang apabila hambanya melakukan sesuatu perkara dia lakukannya dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas mengharapkan keredhaanNya. Jika hari ini perjuangan ikhlas dan kesungguhan kita terpaksa menemui kegagalan, pasti esok anak kita akan meneruskan kesinambungan itu hasil keberkatan perjuangan kita yang masih belum selesai. Cucu kitalah nanti yang pasti dapat memegang hulunya kembali dan bukan mata pedang yang menderitakan.

Tongkat kayu kemuning hitam berulukan kemuning emas -asli

Selasa, Ogos 04, 2009

Tempahan Kenalan dari kota Bharu, Saudara Mie

SOLD OUT




Satu cincin yang dah siap sebelum ini tak sempat nak ambil gambar. satu lagi sedang dalam tempahan

Isnin, Ogos 03, 2009

CINCIN TOURMALINE RM 350




Will edit
Saiz batu = 8 x 6 x 5 mm
Saiz cincin = no 18
SOLD

Ahad, Ogos 02, 2009

Rabu, Julai 29, 2009

Yang buruk jadikan sempadan

Ini skit cerita aktiviti orang Melayu Vs Orang Puteh

Melayu;
Bila berseorangan...Berkhayal
Bila berdua...Mengumpat
Bila bertiga...Dua menjatuhkan yang seorang

Orang Puteh:
Bila berseorangan...Membaca
Bila berdua...Berbincang
Bila bertiga...Mula menakluk negara orang

Bismillahhitawakkaltua'lallah

Demi agama, maruah, tabungan, dan kebudayaan serta ketamadunan anak-cucu kita pada masa depan, biarlah kita sesal dahulu jangan anak-cucu-cicit kita sesal kemudian.

Tersilap yang sudah-sudah, masih boleh diubah lagi jika kita masih ikhlas mahu memperbetulkannya. pokok pangkalnya bermula dengan kesedaran, ilmu dan kesungguhan. Fahaman politik sepatutnya bukan penghalang dan tidaklah pula menjadi peranan paling utama dalam memacukan masa depan generasi bangsa.

Ingatlah bangsa lain sudah lama mengkaji kelemahan dan kekuatan bangsa kita. Mempertahankan masa depan bangsa adalah tugas dan hak setiap individu bangsa itu sendiri. Kitalah orang itu! bukan orang lain. Dalam kita melayan kerenah bodoh untuk kepentingan jangka pendek kita, bangsa lain bertepuk tangan. Bukan itu saja, mereka dah lama cuba menguasai bumi kita.

Tragiknya kita masih asyik dengan berpistol-pistolan, belum puas-puas dengan hobi yang sama!. Nak kata kita buta sejarah, langsung tidak masuk dek akal!. Amat malanglah jika kita selalu bersendiwara dengan sejarah lampau dan menjangkakan yang ia tidak akan berulang. Seperti mana amat malangnya jika anak cucu melayu di Malaysia nanti terpaksa menjalani kelaparan di kepuk, kehausan di danau yang sudah lama nama Tanah Melayunya hilang.

Akhirnya jangan sedih sangat dengan nama "melayu" yang bunyinya seperti bersifat "layu". Jangan bangga sangat dengan kata-kata Laksamana Melayu "takkan melayu hilang di dunia", dan janganlah mengharap sangat dengan senjata dan kehebatan kita yang terakhir, yang sememangnya sudah terkenal seantero seluruh dunia itu, iaitu "amok orang melayu". Sejarah telah membuktikan yang melayu Tamasek (Singapura) tidak sempat mengamokpun!. Di sana kera di hutan minum susu bercampur madu. Yang tinggal hanyalah latah-melatah Melayu Semenanjung.

Nota:
Pak cik senyum sumbing mengenangkan cucu-cicit melayu Tamasek

Selasa, Julai 28, 2009

Bismillahhirrahmannirrahim

Wahai Melayu bangsaku, mahu teruskan sampai bilakah lagi perpecahan ini?, jadilah satu yang teraku di sisi Tuhan.......... ..........

Khamis, Julai 23, 2009

Untuk perhatian 'ambo' (Sabahan+Kelantanese)



SOLD OUT 

Salam Tuan,
Ini sahaja Ceylon Sapphire yang ada dalam stok buat masa ini.
Maaflah tidak ada batu cutting 6-7 cts seperti yang diminta oleh tuan seperti dalam chat. Buat pengetahuan tuan barangan jenis ini cepat laris di pasaran, biasanya ambil masa 1 hingga 2 bulan sahaja kerana ia adalah klasifikasi batu permata terhad.
Untuk harga diharap dapat dimaklumkan dalam e-mail.
SOLD OUT

Permata Alexandrite Asli Dari Sri Langka RM 1129 / cts




Contoh ikatan yang sesuai dengan batu permata kecil




BATU PECIK

Isnin, Julai 20, 2009

Salam untuk Kerabu Bersuara: Asalkan cerita mati dan kematian dari perspektif Islam saya cedoklah ya!

July 20, 2009
PERGI TAK KEMBALI (9) : MATA IKUT RUH KELUAR

Mati adalah sesuatu yang pasti. Mati bukan perkara kecil, malah ia dinamakan sebagai kiamat kecil. Mati bermaksud, ruh keluar dari jasad, maka tinggallah jasad yang kaku, tidak bergerak lagi.

Ketika keluarnya ruh dari jasad, kesakitannya teramat sangat. Kesakitan ruh keluar dari jasad, diumpamakan seperti kayu yang berduri ditarik dari kapas yang basah. Betapa susahnya kayu berduri di tarik dalam kapas yang basah, begitulah susahnya ruh yang keluar dari jasad.

Apabila ruh itu sangat susah hendak keluar dari jasad, sudah pasti ketika ruh ditarik keluar oleh malaikat maut, mata manusia itu akan sama-sama mengikut perjalanan keluar ruh. Ekoran itulah, kita akan dapati kebiasaan orang yang meninggal dunia, mata mereka akan terbuka.

Perkara ini, diakui sendiri oleh wahyu menerusi lidah nabi SAW yang bersabda;

إِذَا حَضَرْتُمْ مَوْتَاكُمْ فَأَغْمِضُوا الْبَصَرَ فَإِنَّ الْبَصَرَ يَتْبَعُ الرُّوحَ

Maksudnya;
”apabila kamu menghadiri kematian seseorang kamu, maka pejamkanlah mata si mati, kerana matanya mengikuti ruhnya[1]”

Apabila kita membaca hadis ini, sedikit sebanyak kita dapat bayangkan betapa susahnya ruh mahu berpisah dari jasad. Kesusahan dizahirkan oleh Allah dihadapan para manusia yang masih hidup dengan diperlihatkan mata si mati yang terbuka sejurus kematian.

Kesusahan ruh keluar dari jasad ini, tidak sekadar berlaku kepada orang-orang yang jahat sahaja, malah ia berlaku kepada semua manusia, termasuk manusia yang baik.

Cuba bayangkan, jika manusia itu jahat, dengan melazimkan diri dengan maksiat kepada Allah SWT, lalu dia mati dalam keadaan sedang melakukan maksiat, sudah pasti dia ditimpa kesakitan yang berganda. Saat kematian dia berhadapan dengan kesakitan. Saat di alam barzakh nanti pun, dia ditimpa kerungsingan hidup yang tidak berkesudahan.

Justeru, tidak hairanlah pada mereka yang meletakkan keyakinan terhadap Allah dan Rasul-Nya akan bercita-cita mahu mati syahid, mati dalam berperang untuk menaikkan kalimah Allah yang paling tinggi. Ini kerana, mati syahid adalah mati yang diberikan nikmat oleh Allah SWT kepada sesiapa yang Dia mahu. ia adalah mati terpilih, yang tidak ditimpakan sebarang sakit yang kuat, malah ia merupakan mati yang dikehendaki orang yang syahid itu agar dia dimatikan berkali-kali.

Sabda Nabi SAW;

مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ يُحِبُّ أَنْ يَرْجِعَ إِلَى الدُّنْيَا وَأَنَّ لَهُ مَا عَلَى الْأَرْضِ مِنْ شَيْءٍ غَيْرُ الشَّهِيدِ فَإِنَّهُ يَتَمَنَّى أَنْ يَرْجِعَ فَيُقْتَلَ عَشْرَ مَرَّاتٍ لِمَا يَرَى مِنْ الْكَرَامَةِ

Maksudnya;
”tidak seorang pun yang masuk syurga, bahawa dia mahu kembali ke dunia. Baginya mempunyai apa-apa pun melainkan syahid. Ini kerana, dia berkehendak kembali ke dunia lalu dibunuh sebanyak 10 kali disebabkan melihat karamah (kemuliaan)[2]”

Jika dilihat kepada mati selain syahid, manusia yang mati terasa perit dengan kematian. Adapun mati syahid, keperitan dengan kematian tidak berlaku, bahkan yang wujudnya adalah keinginan dimatikan berkali-kali, lantaran keenakkan mati tersebut.

Itu bagi kematian yang disifatkan sebagai syahid, tetapi keadaannya amat berbeda dengan kematian biasa. Kematian biasa, dihadapi dengan kesakitan yang amat sangat sehingga sampai satu tahap, apabila mereka mati, mata mereka akan terbuka lantaran mengikut ruh keluar dari jasad.

Dalam pesanan Nabi SAW, apabila didapati seseorang yang mati itu matanya terbuka, maka hendaklah manusia yang hidup itu menutup matanya tersebut.

Semasa menutupkan mata si mati tersebut, digalakkan semasa menutup itu membaca beberapa doa. Antara lain disebut oleh seorang ulama salaf, Bakr bin Abdillah Al-Muzani dengan katanya, ”apabila kamu mahu menutupkan mata si mati, maka hendaklah kamu membaca;

بسم الله و علي ملة رسول الله (ص), اللهم صل علي محمد و على اله وصحبه أجمعين

Maksudnya;
“Dengan Nama Allah, dan terhadap Rasulullah SAW. Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad SAW, juga terhadap ahli kelurga dan sahabat baginda seluruhnya[3]”

”Cara menutupkan mata mayat itu pula, hendaklah ditutup ketika mayat itu terbukti telah meninggal dunia” jelas Imam Abu Daud.

Nyata, kematian bukanlah perkara remeh, malah ia adalah sesuatu yang berat dan menyakitkan. Justeru, selamatkan diri kita dari kesakitan itu dengan amalan soleh dan sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
17 Julai 2009 * 11:03 pagi

Bismillahirrahmanirrahim..........

Elakkanlah hobi mengumpul musuh, yang pasti akan merugikan kita sendiri. Takut-takut jika ada sedikit untungpun, seronoknya bersifat terlalu sementara dan bertakluk di sekitar otak dan pemikiran sahaja, tidak terhidu dek hati yang putih, bahkan tiada keberkatannya. Ikthiarlah memperbaiki diri sendiri. Walaupun orang tidak tahu apa yang kita buat, tapi ingatlah Tuhan sentiasa mengetahui dan sentiasa memerhati.... Bagaimana dan ke arah mana tari kita akhirnya pasti berhujungkan sumbang serta sumbing. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Ahad, Julai 19, 2009

HARGA RUNTUH!!!

Mulai 19/7/09 saya telah menetapkan harga runtuh bagi barangan terpilih.
Kepada rakan-rakan sila rujuk entry berkenaan yang saya tandakan dengan
HARGA RUNTUH!!!. Sila rujuk barangan ini hingga ke tarikh March 01, 2009. Itulah harga yang paling rendah yang saya mampu bagi.

UBAT MATA AL- KAUSAR

SOLD OUT...


SULUR BERTAM UNTUK PERMATA CINCIN





HARGA:
SAIZ KECIL RM 50
SAIZ BESAR RM 70
Harga termasuk kos pos

Sabtu, Julai 18, 2009

Selasa, Julai 14, 2009

DUNIA ....Mana yang di ambil?, mana yang ditinggalkan?

Urusan dunia; carilah, buatlah, bersungguh-sungguhlah!.....Tapi "hati", "rasa", dan "jiwa" kita, tidak boleh memujanya kerana sabda junjungan Baginda "dunia itu najis"-Auqamaqal.

Bukti kita bersifat hina....

Setelah terbaring sekujur tubuh. Roh telah kembali kepada pemilik asalnya.... itulah diri kita, yang terkujur itu!!!!

Hebatkah kita ?

Jika selepas melakukan sesuatu kebaikan atau kebajikan. Apa rasa kita ?
"hebat diriku!" ???....Wah!!!...kita sebenarnya telah BINASA!!!!.

Isnin, Julai 13, 2009

MENGURUSKAN KECELARUAN

Bercelarukah pemikiran kita?. Jika ya apakah sebabnya?
Di antara sebab yang jelas ialah kerana kita telah mencampur adukkan segala hal dalam suatu sessi berfikir. Cubalahlah elakkan hal seperti ini.

Bayangkan jika 10 channel sekali gus masuk kedalam otak, gajahpun boleh rebah!. Oleh itu cubalah membina pemikiran kita dalam bentuk fail-fail, laci-laci, almari-almari, kabinet, gudang maupun gedung, yang membezakan semua bab yang berlainan ini. Bukalah fail atau mana-mana peralatan ini apabila diperlukan sahaja. Kawallah diri kita agar tidak terlalu banyak fail yang terbuka dalam suatu masa. Ini akan mengurangkan keletihan kita dalam berfikir.

Biasanya semasa sembahyanglah segala cucu-cicit hingga ke tok-nenek fail pemikiran ini akan terbuka. Tanamkanlah rasa benci kepada keperamahannya. Di masa itu, Bisikkanlah kepada diri sendiri "Aku sedang sembahyang"-"ALLAHUAKBAR", kerana kita sedang menghadap Rabbuljalil yang tidak dapat tidak, wajib kita akan kembali kepadaNya. Hajikanlah seluruh anggota kita.....