Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, Ogos 11, 2009

Maaf dipinta jika sudah tersilap label

Kepada pembeli atau penempah yang mungkin telah terkena dengan jenis permata yang diragui keasliannya, saya mohon banyak-banyak maaf kerana mungkin ada sebahagian kecil di antara jualan saya yang lepas-lepas adalah terdiri daripada batu permata tersebut.

Di antara yang paling diragui setakat ini adalah dari jenis marjan dan kayu koka. Jika benar-benar ada saya minta pihak pembeli yang memang membelinya daripada saya melalui blog ini, silalah menghubungi saya bagi tujuan memulangkan semula barangan tersebut. Pulangan wang dengan harga yang sepadan akan diuruskan. Kecuali memang telah disahkan bahawa barang yang dijual bukan disebut atas nama batu asli, seperti batu syntetic, reheat, retreatment, tidak asli, buatan, batu masak atau terbitan atau tidak dilabelkan.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Begitulah juga kerja buat saya yang kadang kala tidak betul-betul cerap tentang keaslian sesetengah jenis batu permata, kadang-kadang terkeliru juga.

Sekian terima kasih

Tiada ulasan: