Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, Ogos 06, 2009

Percaya mempercayai

Salam sejahtera dan salam makluman kepada semua pengunjung blog cincin-rings.

Kepada pembeli, hantaran barang yang dibeli akan dibuat secepat mungkin sebaik sahaja pengesahan bayaran diterima. Setelah itu "tracking number" mengenai item/s akan di"sms"kan. Begitu jugalah tempahan akan mula dibuat setelah bayaran wang pendahuluan sebanyak 25% disahkan daripada penempah.

Bagaimanapun, kadang-kadang kerana mempercayai janji wang pendahuluan akan di"bank-in" pada tarikh tertentu, saya mungkin terus menghantar pesanan untuk tempahan kepada tukang. Ini untuk mempercepatkan tempoh tempahan. Kerana jika lebih awal tempahan, maka lebih dahululah gilirannya. Peraturan tukang memang begitu "first come first serve".

Bagi penempah yang telahpun membuat tempahan atau pembeli yang membuat "booking" tetapi tidak dapat melunaskan pembayaran dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh persetujuan jual beli, maka kami terpaksalah membuka jualan tersebut kepada orang lain.

Saya suka mengingatkan jika kurang yakin dengan jual beli di internet, maka lupakanlah niat membeli atau menempah. Ini akan dapat mengelakkan masalah bagi kedua-dua pihak, khususnya pihak tukang kami dan pengurusan blog cincin-rings.

Jika sudah yakin, dan persetujuan bersama telah dibuat di antara pembeli dan penjual, maka berpeganglah kepada janji, kerana Islam mengajar kita "Niat, Kata, Buat...."

Tiada ulasan: