Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, Julai 29, 2009

Bismillahhitawakkaltua'lallah

Demi agama, maruah, tabungan, dan kebudayaan serta ketamadunan anak-cucu kita pada masa depan, biarlah kita sesal dahulu jangan anak-cucu-cicit kita sesal kemudian.

Tersilap yang sudah-sudah, masih boleh diubah lagi jika kita masih ikhlas mahu memperbetulkannya. pokok pangkalnya bermula dengan kesedaran, ilmu dan kesungguhan. Fahaman politik sepatutnya bukan penghalang dan tidaklah pula menjadi peranan paling utama dalam memacukan masa depan generasi bangsa.

Ingatlah bangsa lain sudah lama mengkaji kelemahan dan kekuatan bangsa kita. Mempertahankan masa depan bangsa adalah tugas dan hak setiap individu bangsa itu sendiri. Kitalah orang itu! bukan orang lain. Dalam kita melayan kerenah bodoh untuk kepentingan jangka pendek kita, bangsa lain bertepuk tangan. Bukan itu saja, mereka dah lama cuba menguasai bumi kita.

Tragiknya kita masih asyik dengan berpistol-pistolan, belum puas-puas dengan hobi yang sama!. Nak kata kita buta sejarah, langsung tidak masuk dek akal!. Amat malanglah jika kita selalu bersendiwara dengan sejarah lampau dan menjangkakan yang ia tidak akan berulang. Seperti mana amat malangnya jika anak cucu melayu di Malaysia nanti terpaksa menjalani kelaparan di kepuk, kehausan di danau yang sudah lama nama Tanah Melayunya hilang.

Akhirnya jangan sedih sangat dengan nama "melayu" yang bunyinya seperti bersifat "layu". Jangan bangga sangat dengan kata-kata Laksamana Melayu "takkan melayu hilang di dunia", dan janganlah mengharap sangat dengan senjata dan kehebatan kita yang terakhir, yang sememangnya sudah terkenal seantero seluruh dunia itu, iaitu "amok orang melayu". Sejarah telah membuktikan yang melayu Tamasek (Singapura) tidak sempat mengamokpun!. Di sana kera di hutan minum susu bercampur madu. Yang tinggal hanyalah latah-melatah Melayu Semenanjung.

Nota:
Pak cik senyum sumbing mengenangkan cucu-cicit melayu Tamasek

2 ulasan:

ari888 berkata...

Memang benar....lama-kelamaan...org Melayu sendiri yg akan meminta sedekah dgn org yg bukan Melayu di bumi Melayu sendiri...seperti di Temasek...tapi salahkan siapa? Siapa yg mempercayai siapa sehingga tanah dan maruah tergadai? Org Melayu sendiri tidak akan dapat mengangkat muka di tanah sendiri!

HangTuah berkata...

Setuju tu! Temasek dah hilang tapi byk lagi Temasek yg akan hilang di negaraku yg tercinta ini akibat org Melayu sendiri berpecah-belah pasai agenda sendiri dan bukan kerna rakyat....Semangat Arwah Dr Ismail telah lama luput dan tiada yg berwibawa menjadi pengganti....Sedangkan Penang kini telah pon menjadi Temasek....Selepas itu? Kuala Lumpur? Johor? Byk lg...