Ruang bilik tertentu di rumah kita dengan warna hijau muda atau hijau epal akan menambahkan rasa lega, tetapi rasa lega tersebut bertukar menjadi gemuruh jika ia ditukar dengan warna merah terang atau oren terang. Sebaliknya warna yang menghidupkan seperti merah dan oren ini lebih sesuai dipadankan kepada ruang luar bagunan tadika kanak-kanak untuk tujuan keseronokan kepada mereka. Tetapi ruang biliknya mungkin dicat dengan warna biru atau hijau untuk mereka rasa lebih tenang semasa belajar. Begitulah warna digunakan untuk mencapai tujuan tertentu.
Jelaslah warna mungkin memberikan kesan kepada aktiviti kehidupan kita seharian. Bagaimanapun huraian kali ini cuba menjelaskan kesan warna pada batu permata yang kita pakai atau gunakan, seiring dengan kewujudannya dengan pelbagai warna.
HITAM
Tourmaline hitam, Obsidian, Onyx, Jet, Tektite
Merupakan warna pertahanan dan simbol kesedihan. Pemakaian warna hitam membuatkan kita rasa seolah-olah ada kekuatan pertahanan pada badan kita
MERAH
Warna api, kekuatan, semangat dan tenaga. Cincin permata merah sesuai dipakai bila kita rasa agak letih bertujuan untuk menguatkan semula badan. Tidak sesuai untuk mereka yang darah gemuruh atau kanak-kanak hiperaktif,
Jenis batu:
Delima, Calcite, Tiger eyes merah, Spinel, Crocoite, Vanadenite
Kelabu
Warna keseimbangan. Keseimbangan di antara tenaga positif dan tenaga negatif. Pakailah warna ini jika kita rasa marah atau terdesak.
Jenis batu warna kelabu: batu Sungai Nil, Botswana (akik), Hematite, GalenaCoklat
Warna tanah, Memberikan kita persediaan terhadap alam semula jadi.
Batu warna ini boleh dipakai untuk kerja-kerja dan hubungan yang melibatkan alam semulajadi khususnya tanah dan bumi.
Jenis batu: Akik, Tiger eye (gold), Jasper, Gypsum, Petrified wood, Obsidian Mahagany dan Dolomite.
3 ulasan:
salam tuan..
besi melilih ni dia menarik ko bila kite letak dekat besi berani?
Saya tidak tahu.
Saya ada buat test. didapati besi melilih tidak tertarik oleh megnet. Jadi cubalah rujuk kepada orang yang lebih arif.
Catat Ulasan