Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, Julai 16, 2010

Terlalu ramai yang menyesal...Dek harta...Kerana "kita"

Ada harta sebaik-baiknya disimpan. Tempat simpanan harta yang terbaik bukanlah di mana-mana cawangan bank yang ada di muka bumi ini, kerana sekaya manapun kita di mata manusia, itu hanyalah pandangan adami, yang "adami" itu sendiri bersifat "tiada", yang kita terasa ada hanyalah kerana diberi rasa, hanya untuk diuji. Ia hak yang lain yang telah kita lupa akan Tuan asalnya. Tiba-tiba di alam dunia ini terasa wujud kita ada, sejak bila ? dan sampai bila?.....Hembusan nafas terakhir akan tiba jua....peritnya dan seriknya di saat itu....tidak akan mampu kita bayangkan!!!.....Pernahkah kita rasa sezarah ruang hidup dialih dari badan kita, inikan pula seluruh ruang hidup yang bernama "nyawa" yang bersifat hidup kerana bergantungkan kepada "ruh", yang jika manusia tahupun hanyalah sedikit (ruh).

Ada harta sebaik-baiknya disimpan. Tempat pelaburan terbaik telah dinyatakan dengan jelas kepada manusia oleh Tuan pemilik asal mereka. Sebaik-baiknya simpanlah di tempat yang tersembunyi. Semakin tersembunyi semakin baik tempatnya. Semakin tak nampak oleh kita tentang harta tersebut maka semakin baiklah untuk kita. Jika mampu sembunyikanlah jauh-jauh dari pandangan dan pengetahuan kita. Biarlah ia ghaib di dalam keghaiban. Kerana Pemilik kita tak pernah bersifat pelupa.

Ada harta sebaik-baiknya disimpan. Janganlah kita nampak harta itu. Jika kita nampak ia berbentuk pahala sahajapun, takut kita sakit dibuai mimpi indah akan pahala, di hati kita...wah!!!....Riak kita menjanjikan dividen negatif dengan dosa pula. Itu baru satu sub-tajuk....Motivasi, belum lagi jumpa tajuk Motibesi...Dahpun basi...Wuuung, Wuuuuung, Wooong, WooooooooonnnnnnnngggGGGG  x  infiniti......

Ada harta sebaik-baiknya disimpan. Janganlah  kita nampak harta itu, agar kita sentiasa terasa kitalah yang paling miskin disisiNya...Diharap kita tidak pernah terasa kaya...Kekayaan dan kemegahan bukan milik kita...Ia Tali Pinggang milik Diri yang Maha Berhak... dan...kekayaanNya jualah dengan pelbagai nama yang Teragung....bahkan segala tempat di alam inipun penuh dengan nama-nama. Namun kepadaNya jualah kembali segala nama tersebut. Di manakah milik "kita" ?

Tok Kadir ada ketO...tapi pinjam bank.  ado Umoh..harto pinjam juo....bilo eden nok kayo?

Tiada ulasan: