Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Isnin, Julai 26, 2010
Bukan Yahudi tetapi Zionist musuh kita bahkan mereka adalah musuh seluruh bangsa merdeka
Tuhan tidak lebihkan suatu bangsa dari bangsa yang lain. Begitu juga bukan bangsa yahudi musuh utama kita, yang darjatnya sama dengan bangsa lain di sisi tuhan. Bukanlah mereka sebenarnya musuh kita atau musuh seluruh bangsa di dunia ini. Sememangnya ada yahudi yang baikpun, yang jahat bukan yahudi tetapi zionist, bangsa yahudi yang jahat, dan bukan daripada mereka yang baik. Ingatlah ramai orang lain yang bukan yahudi tetapi suntikan zionist pada hari ini. Sebaliknya masalah kita tidak akan selesai dengan menyalahkan orang sahaja. ekoran dari hal bangsa yahudi, saya teringat pada suatu khutbah jumaat yang lalu, dan pada saya amat memalukan. Tuan khatib yang sedang membaca khutbah tak habis-habis mengutuk yahudi, macam-macam serangan yang seolah-olah melepas perasaan, mengajak semua makmum melawan yahudi...sedangkan di kiri kanan saya ramai yang sedang bersembang, semasa sembahyang pula tak pernah diam dalam qiam mereka, terhuyong hayang macam tiang nak terbalik, sekali ke kiri sekali ke kanan, terbayang-bayang di sah depan saya berdiri. Ingatkan kuat sangat nak lawan zionist, rupanya ramai anak mukim sendiri sedang demam dalam fardhu a'in. Jangan harap berjaya dengan cakap berdegar-degar, penularan wabak dah menyelinap di seluruh ruang urat saraf bangsa kita...hanya tunggu masa!...Mampukah kita kembali PERKASA ?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan