Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Julai 10, 2010

Ikatan Tradisi Cincin Perak - buatan tangan 100%


















Sudah agak lama tertangguh nak masukkan entry. Malam ini terasa sedikit lega. Tetapi malangnya tergengala lagi kerana gambar menjadi blur. Ini berlaku apabila saya cuba memasukkan entry baru pada ruang tarikh tak terisi seperti pada 4,5,7, dan 8 hb Julai.  Apapun saya tak berani berjanji membaiki atau editkannya, sebab saya tahu tentang kekangan masa saya terkini. Yang sebelum inipun, tak sempat nak editkannya. Bila dah letih, alahai faham-fahamlah rakan no0!!!.
Bukan nak berdalih, tapi agak tak terurus. Hari ini rehat hujung minggu, ingat ada peluang lebih sikit. Tapi pagi tadi sobat baik sekeluarga berkunjung ke rumah. Selepas zohor kami sekeluarga ke Bachok, sepupu kahwin...Magrib baru sampai ke rumah.
Apapun kepada rakan atau peminat yang berminat dengan cincin perak tulen jenis ikatan tradisi ini, bolehlah menghubungi saya, sementara stok yang baru siap pada minggu lepas masih ada. Harga adalah di antara RM 150 hingga RM 200 bergantung kepada jenis permata.
Jenis permata yang tersedia pada cincin tersebut ialah Delima Burma (9 pcs), Tourmalin(7pcs), Tok Wali (1 shj), Amethist (6 pcs), Aquamarine (1 pc), Nilam Burma (2 shj) dan Garnet (1 pc shj).
Kepada pendatang baru yang cuba berjinak-jinak dengan dunia percincinan amat dialu-alukan. Semua permata yang dinyatakan itu adalah asli. Di samping itu saya masih ada beberapa bentuk cincin perak (buatan casting + tangan) permata delima Afrika. Harga sekitar RM 120 sahaja.
Akhirnya kepada rakan yang berminat dalam berjualan sempena raya bolehlah menghubungi saya untuk membincangkan harga borong yang lebih menarik. Sekian terima kasih

Tiada ulasan: