Waw...
Berkilaunya
Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

Jumaat, Ogos 31, 2012
Khamis, Ogos 30, 2012
Gula-gula
Rasa gula-gula adalah pelbagai dan biasanya berasaskan rasa manis, memang disukai oleh ramai orang. Sekali sekala cubalah yang pahit kerana ia biasanya adalah ubat.
Ahad, Ogos 19, 2012
Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar
Sayangilah orang-orang Islam itu kerana Islamnya. Janganlah membenci sesama Islam hanya kerana sedikit perbezaan pendapat di dalam fahaman politik. Sesungguhnya Neraca Allah adalah Maha adil, dan kita tidak layak menghukum sesiapa melainkan mencari apa sahaja kelemahan diri untuk diperbaiki Janganlah kita mengherdik sesama seagama. Sesungguhnya haram hukumnya mewujudkan perbalahan di kalangan sesama Islam/kita. Tolaklah sebarang persepsi politik yang boleh mendatangkan perpecahan di kalangan Ummat Islam. Ambillah Rasional A'qal dan Berpeganglah Dengan Tali Allah, Islam Yang Kita Anuti. Redhalah di atas nasib kita sebagai "Generasi Melayu" selepas era merdeka setelah generasi sebelum ini dijajah. Mungkin juga suatau rahmat tersirat yang pengetahuannya hanya di sisi Allah jua. Tuhan Melayu dan Tuhan semua bangsa, serta Tuhan Seru (Pemilik) Sekelian Alam. Selamat Menyambut Lebaran Suci 1 Syawal 1433 Hijrah. MAAF ZAHIR BATIN.
Sabtu, Ogos 18, 2012
Matahari naik dari barat ?
Akhir-akhir ini selalunya Mekah terlebih awal sehari daripada kita dalam meyambut hari raya haji
(10 Zulhijjah) atau hari raya puasa (1 Syawal). Sedangkan Mekah berada lebih ke barat daripada kita (Malaysia). Kita yang tidak terlibat secara langsung ini agak kebingungan dan terasa agak ragu dengan Persidangan Hilal Negara-negara Islam Sedunia di Istanbul, Turki (1978). Y

ang
dibimbangi kita masih berpuasa di hari yang diharamkan berpuasa seperti
pada 1 Syawal. Di manakah hilangnya cerdik pandai kita dalam hal
ini?....Bilakah akan selesainya perkara yang penuh membingungkan ini?
Rujukan : Sejarah Dan Amalan Merukyah atau Melihat Anak Bulan yang boleh dilawati;
http://www.kasihsalina.com/ 2012/07/ sejarah-dan-amalan-merukyah-ata u.html
Rujukan : Sejarah Dan Amalan Merukyah atau Melihat Anak Bulan yang boleh dilawati;
http://www.kasihsalina.com/
Selasa, Ogos 07, 2012
Berhala yang mati vs patung hidup
Semasa zaman kanak-kanak kita sering diberitahu bahawa syirik itu adalah menyekutukan Allah dengan benda-benda yang lain seperti menyembah berhala. Setelah dewasa kita sering terlupa dan terlepas pandang dengan satu lagi patung hidup yang kita tidak menyembahnya, tetapi mengikut kehedaknya sehingga boleh terlupa dan terlanggar serta menolak kehendak Allah dan Rasulnya. Syirik itu halus dan tersembunyi dalam gelap ...Asthagfirullahulazim.. Asthagfirullahulazim.. Asthagfirullahilazim..
Isnin, Ogos 06, 2012
jika itu lebih baik
Ada beberapa entry untuk items dan idea terkini terkarang dalam minda, tapi diam lebih menenangkan buat masa ini. Maka terdiamlah dulu ambo!
Selasa, Julai 31, 2012
Kagum dengan arif besi
Semalam sempat bersembang dengan seorang pandai besi mengenai isi pada besi.
soalan ringkas saya ajukan dijawab dengan ringkas juga.
soalan : secara ikhlas saya minta dijelaskan apakah benar tiada apa-apa pada besi seperti isi pada keris?
jawapan: ada !, memang ada....malangnya manusia tidak mencari Tuhan, mereka cari yang lain.

Ahad, Julai 29, 2012
Orang dulu-dulu dan kita...
Mereka mampu berjaga demi ibadah pada waktu malam, mampu pula berperang disiang hari. Kita pula tak terlarat berperang dengan mengantuk sendiri. Akidah, ilmu dan amal lah yang membezakan dua generasi ini....di manakah tersembunyinya mutiara itu?...apakah kuburnya masih bisa digali?
Yang jelas mereka miliki akidah yang mantap disusuli dengan amal berdasarkan ilmu yang benar, kita pula lebih membesarkan amal, halal dan haram daripada akidah.
Yang jelas mereka miliki akidah yang mantap disusuli dengan amal berdasarkan ilmu yang benar, kita pula lebih membesarkan amal, halal dan haram daripada akidah.
Jumaat, Julai 27, 2012
Segala puji bagi Allah
Bertakbir, bersujud, dan segala puji serta puja hanya bagi Allah pemilik segala sifat Kebesaran dan Kesempurnaan . Maka bergembiralah orang yang kusyuk dalam solatnya. Rajin ke masjid atau surau untuk memuji-muja dan memartabatkan hak Allah bagi diri hamba semata-mata. Beruntunglah kerana tidak menoleh kepada makhluk sekeliling untuk mendapat pujian kepada diri sendiri, yang sememangnya tiada hak bagi seorang hamba. Imam bersuara merdu dan lunak serta lancar dalam segala bacaan bukan kerana untuk dipuji pandai dan hebat. Bahkan suara dan segala tingkahlaku dalam sembahyang hanyalah mendayu-dayu si hamba kepada Pemilik Maha Sempurna. Makmum jua bagaikan satu tari mengikut satu rentak serta satu irama bersama imam. Satu dalam niat, kata dan perbuatan. Bagaikan alam kerdil yang dibatasi kulit mahu menjangkau saujana keagungan kesempurnaan tanpa batasan.....Selamat meneroka rahmat Ramadan Al-Mubarak.
Dah bercuti.....
Baru kembali dari bercuti. mudahnya cuti yang diambil sendiri, tanpa surat kebenaran doktorpun....inilah alam bloger yang tiada perjanjian kontrak dengan sesiapa....jangan tiru ya!!!
Harap saya akan dapat kembali berblog spt biasa. Tarima kasih...
Harap saya akan dapat kembali berblog spt biasa. Tarima kasih...
Ahad, Julai 15, 2012
Peringatan kepada penjual dan pembeli permata
Tiada kayu atau batu yang boleh membawa tuah kepada diri kita. Segala benda-benda/makhluk adalah baru, mengalami ubahan, serta tidak memberi sebarang bekas kepada kita. Qada dan Qadar adalah dari Allah jua. Jika inginkan diri bertuah bertaqwalah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya. Bertuahlah kita apabila tidak bergantung kepada yang lain selain dari Allah, sebaik dan sebenar tempat berserah tanpa ada perantaraan.
Selasa, Julai 10, 2012
Bahasa Melayu
Bahasa jiwa bangsa. Maka memahami intipati Agama Islam tidak semestinya kita perlu tunggu fasih berbahasa Arab terlebih dahulu. Lebih afdal kita "fasih" dalam mengamalkan apa yang telah kita tahu dan faham. Jangan sampai kita asyik dalam bahasa sampai terlupa ilmu untuk diamal.
Isnin, Julai 09, 2012
Berontakan
Apalah seronoknya peberontakan diri yang menuding jari ke arah orang. Meludah ke atas lagilah tidak akan ke mana, malah dalam masa yang singkat air liur akan jatuh ke muka sendiri. Belajarlah menujah ke dalam diri dengan zikrullah, lembutkanlah hati dengan banyak mengingat mati.
Jumaat, Julai 06, 2012
Bila dah terlebih pandai
Guru sendiripun kita nak ajar....
Apa perasaan mereka ?
Lorong mana yang telah kita susul ?
Apakah penghujungnya ?
Apa perasaan mereka ?
Lorong mana yang telah kita susul ?
Apakah penghujungnya ?
Khamis, Julai 05, 2012
Rabu, Jun 27, 2012
pelik apabila pemandu kenderaan besar lebih berhati-hati
ke sana ke mari, "steady"...kenderaan kecil bergerak guna laju. kenderaan besar pula biasanya bergerak guna lajak, walaupun mereka juga mampu menekan pedal minyak untuk menambahkan kelajuan. jika kita pengguna kenderaan kecil awaslah, sentiasa berwaspada, dan tahu mengambil hati pemandu kenderaan besar. jangan pakai ikut terlintas apa yang ada di kepala dan bersikap sembarono sahaja. nanti terbalik terguling, kita akan rasa padan muka
Sabtu, Jun 23, 2012
bloodstone asli
Terdapat 2 kumpulan saiz, iaitu
1) sekitar 11 x 20 x 7mm (baris atas)
2) sekitar 15 x 25 x 10mm (baris bawah)
1) sekitar 11 x 20 x 7mm (baris atas)
2) sekitar 15 x 25 x 10mm (baris bawah)
Jumaat, Jun 22, 2012
Tergesa-gesa nak cepat, yang ini membuatkan tukang jadi sedikit kalut...
sorong papan tarik papan
buah durian tajam berduri
suruh siapkan kami buatkan
nama batunya intan baiduri
Milik Nurul Hafida Bt. Abu Hamzah.
Negeri Sembilan
buah durian tajam berduri
suruh siapkan kami buatkan
nama batunya intan baiduri
Milik Nurul Hafida Bt. Abu Hamzah.
Negeri Sembilan
Sembang kedai kopi
Kerap kali kita sedar membuang masa di kedai kopi tanpa tujuan itu bukanlah aktiviti yang sihat. Namun ia jadi menarik kerana ada rakan atau kawan yang bersedia dan setia untuk memenuhi korum. Perhatikanlah pada kawan atau rakan itu sebenarnya siapa kepada kita. Kurang menariknya jika mereka itu mungkin tukang sokong, tukang sorak, atau tukang gelak apabila tukang cakap terlupa makan ubat. Ingatlah kawan ketawa mudah dicari.....Intailah teman menangis di kalangan mereka.
Selasa, Jun 19, 2012
Ragam anggota badan
Bila ingat urusan belum selesai, rasanya nak tunggu ia selesai dulu, barulah nak berudur diri. Namun jika masa ditambah apakah ianya pasti akan dapat diselesaikan?, ataupun tidak juga dapat selesai. Yang tak naknya ia akan jadi lebih teruk lagi. Jika demikian lebih baik berudur lebih awal. Redhalah dalam hati walaupun berat untuk mengukir senyum. Ada juga ya macam tu!.
Isnin, Jun 18, 2012
Aneh
Orang yang menjual agamanya "melatak habis" kerana nafsunyalah raja kehidupan. Orang yang lupa agama, mencari atau mencipta peluang agar dapat ketawa dan bergalak lebih-lebih. Orang yang meletak agama di sisi (kiri atau kanan) pula, akan marah kepada mereka yang meletak agama di belakang. Sedangkan orang yang meletak agama di depannya, tidak begitu sempat pula dengan hal orang lain, tugasnya sendiri banyak lagi belum selesai. Pastikan kedudukan kita dalam golngan mana ?
Sabtu, Jun 16, 2012
Bila dah terlebih cakap
berhenti, renung dan kaji, muhasabah diri. Patutkah diteruskan atau diam lebih baik
Apa nak jadi ?
Apaa?, bagaimana? seterusnya?, lagi?...jangan banyak sangat fikir yang bukan-bukan, jangan terlalu sengalkan otak!, berserahlah kepadaNya. Ia sebaik-baik tempat berserah.
Jumaat, Jun 15, 2012
Berharap amat walau sedikit
Mungkin selangkah sahaja lagi untuk kita melakukan satu dosa besar. Tiba-tiba datang benteng yang Tuhan khaskan kepada kita, mungkin hasil daripada sedikit amal soleh yang diterima sebelum ini. Begitulah pentingnya amal soleh yang diterima di sisiNya. Sedikit tapi berkat, bertapa berutungnya kita kerana telah terselamat daripada terjebak dalam kehinaan tersebut. Begitulah peri pentingnya amal. Semoga jika masih ada sedikit amalan baik, ia masih diterima di sisiNya, amin.
Selasa, Jun 12, 2012
Hidup dan hidup lagi atau....
Tanpa ilmu tauhid maka matlamat hidup sesaorang tidak akan jelas. Perkara yang sedang dihadapi di depan mata itulah agenda utama. Dengan kata lain di sebalik bayang kita terlupa Tuannya. Maka bahayanya segala yang menarik dan yang menyenangi membuatkan kita menyanginya secara mendalam; saham atau geran, kepakaran yang kita ada, bahkan termasuklah juga hobi kita. Duit, harta dan kuasa apa lagi!. Ulamak kata inilah "cinta dunia", kesannya akan membuatkan kita membenci kematian. Sedangkan hidup bagi setiap insan itu...sekejap ada....sekejap pula tak ada dah...Innalillahiwainnailaihiraajiuun...Ke mana hala tuju seterusnya !?. Diharap kita tidak termasuk ke dalam golongan orang yang menyesal tidak bertepi...Alang-alang Bersyahadah...Bertauhidlah dengan sebenarnya....Tanyalah diri tuntutllah Ia...Wallahhua'qlam...Astarfirullahila'zim.
Ahad, Jun 10, 2012
kadang-kadang letih dan penat amat...
Hari ni empat "channel" sekali layan, hampir semua nak urus, dan hampir-hampir semuanya tak terurus. Jika esok lapan atau sepuluh "channel" sekali masuk, alamatnya gajahpun rebah terguling. Beginilah senario yg saya hadapi sehari dua ni. Diharap kepada rakan yang dah tahu dan biasa berurusan dengan saya...silalah ambil-ambil faham dengan kelemahan saya bila tiba waktu "tak dan"....Kadang kadang email atau sms seminggu dua lepas terlepas pandang dan berlalu begitu sahaja....Orang mungkin kata kita dah tak nak berniaga...Sebenarnya ?...
Sabtu, Jun 09, 2012
Rabu, Jun 06, 2012
Angau dalam angan si bapa
Di sebuah hospital besar, seorang bapa yang sekian lama tidak bertemu dengan si anak, sedang mencari anaknya yang berkerja di situ. Di antara pernyataannya kepada rakan sejawat anaknya semasa sembang ialah;
Rakan sejawat : Dia (anak Pakcik) bekerja di bahagian mana sekarang ?
Bapa : Entahlah dulu dia seorang attenden di sini, lama dah tak jumpa, entah-entah
sekarang dia dah naik pangkat jadi doktor.....
sekarang dia dah naik pangkat jadi doktor.....
Dalam hati
rakan sejawat : Kasihan dengan si pak cik ni.... besarnya cita-cita ..... Anak ?......
rakan sejawat : Kasihan dengan si pak cik ni.... besarnya cita-cita ..... Anak ?......
Jumaat, Jun 01, 2012
Generasi zaman buih
Generasi terkini
ibarat budak sekolah
suka buat mudah
suka main-main
suka manja-manja
suka cuti acap
suka bergalak
suka bising-bising
suka tanya markah
suka juga jika cikgu marah....
Anak-anak..
belajarlah betul-betul
buatlah bersungguh-sungguh
jangan tanya markah macam minta upah
nanti sampai masanya markah pasti dapat
bukan upah tapi itulah hasil kerja yang telah awak buat....

Selasa, Mei 29, 2012
harta paling mahal
harta paling bernilai
bukan harta Qarun
bukan harta sementara hidup
tapi harta tersembunyi
harta selepas mati
kesimpulannya
carilah untuk hidup
tuntutlah untuk mati
bukan harta Qarun
bukan harta sementara hidup
tapi harta tersembunyi
harta selepas mati
kesimpulannya
carilah untuk hidup
tuntutlah untuk mati
Isnin, Mei 28, 2012
Tersembang di kedai kopi
Kesimpulan dari sembangan dengan beberapa orang rakan yang baru dikenali pagi ini ialah:
1. Bila beragama secara serba salah, maka nafsu dan duitlah yang menjadi tuhan
2. Bila beragama dengan hanya menekankan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat, haji atau menjadi pak turut, maka belum cukup menjalani kehidupan terutama untuk membuat keputusan genting dalam membawa diri menuju tuhan
3. Mendengar dan belajar belum cukup, menuntut ilmu lebih penting dan utama
4. Orang melayu hari ini kurang ilmu sahadah, bagaimanapun peluang masih terbuka selagi kita ingin mencari dan menuntutnya.

Sabtu, Mei 26, 2012
Ahad, Mei 20, 2012
Membebel-bebel....pesanan penaja
Jika rakan atau pelanggan yang kurang suka dengan bebelan saya, ditambah dengan kurang arif berbahasa dalam tulisan saya...tak apa...mudah saja...jangan baca
Tiada paksaan
Dalam kefahaman tentang ilmu atau pegangan, jangan kita memaksa atau mendesak orang lain mengikut kefahaman kita. Kadang-kadang apa yang kita pegang dengan yang kita cakap tidak serupa. Kadang-kadang pula apa yang kita cakapkan pula tidak betul.
Perumpamaan mudah kita menyatakan "inilah harta yang mesti dimiliki", sedangkan kita menghunuskan sebilah pedang untuk rakan kita. Kita dakwa pedang itulah harta. Kita dapat menghuraikan dengan baik dari hulu hingga ke hujung mata pedang tersebut. bermati-matian dengan penuh yakin kita sebarkan maklumat tentang apa yg sebenarnya kita tidakpun faham. maka terpengaruh dan terikutlah seketika bagi mereka yang kurang tahu. Namun ramai juga rakan menjauhi kita takut-takut terkena mata tajam yang kita selalu asah.
Bagi orang yang memiliki harta pula, ia tahu bahawa kita tidak memiliki hartapun. Dalam hati mereka...Eh..eh..kalau dilayan akupun jadi kurang cerdik pula!

Jumaat, Mei 18, 2012
RM 7,000 DAN RM 25,000
ambil faham tanggung jawab sendiri
nak faham sesuatu yg kita belajar kena bertanya, kena berbincang, perlu hayati jika tempat yg memerlukan penghayatan. kena buat apabila perlu.
contohnya jika orang kata zikir hati dalam tarikat itu sesat, jangan cepat nak cabut lari. apa itu tarikat? kan ia jalan menuju Tuhan. jalannya melalui hati, kerja hati. sebab hatilah yg Tuhan pandang pada kita
satu hal lagi setiap kita bukan orang awam. bahkan pada setiap rumput tidak ada satupun yg serupa. inikan kita manusia, nafsu-nafsi masing-masing, tanah kubor masing-masing. Mana ada kita dikuborkan dikuburan "awam", nanti malaikat bersoal jawab untuk awam pula, semuanya khususi. kita tanggung jawab kita.

Rabu, Mei 16, 2012
Guru berguru
Guru… renunglah
Apalah indahnya bahasa, walau seindah kias Fansuri
Jika kita hanya cakap dan dakwa, belumpun sampai ke maqam rasa
Untuk bermukim dengannya
Ingatlah pakaianmu pakaian kemanusiaan
Abadikah kejayaanmu yang kau ada ? atau
Sudah cukupkah ilmu di dada ?
Atau kau masih dalam mencarinya
Demi hidup yang hanya sekali,carilah ilmu
Untuk kau memulakan langkah perjalanan
Carilah guru sebenar-benar guru
Agar terkunci segala kehebatan diri
Tidak lagi mampu bergerak, walau sezarah ruang walau sedetik masa
Ketika orang lain sedang sibuk mengira harta
Kau menilik nilai miskin dan papa
Sementara mereka rasa terangkat mulia
Kau menilai fakir dan hina
Dalam riuh rendah mereka bersaudara mara
Kau bersunyi yatim dan piatu
Di kala mereka berkudrat berkuasa
Kau tenggelam dalam dhaif nya hamba
Semoga di suatu ketika orang lain meratap hiba, kerana menangisi pemergianmu
Harapnya di saat itu engkaulah yang paling bergembira dan bahagia
Menyambut perayaan yang paling bermakna
Bertemu kekasihmu yang sebenarnya.
Selamat berguru dan Selamat hari guru
Ahad, Mei 13, 2012
Jatikanlah dirimu di sebalik nama
Manakah yang lebih penting ?
Melayu di sebalik Islam atau
Islam di sebalik Melayu
Jawablah sendiri....
Melayu di sebalik Islam atau
Islam di sebalik Melayu
Jawablah sendiri....
Peringatan:
Persoalan ini adalah untuk kita mentelaah diri sendiri, dan langsung tiada kena mengena dengan mana-mana pertubuhan politik
Sabtu, Mei 12, 2012
Cerita benar daripada seorang rakan - telah diadaptasikan....
Kota Bharu, Jumaat, 11 May 1012, Seorang tukang cakap tanpa amal, A bersua muka dan telah bersemeja dengan seorang yang sedang "dalam perjalanan", B. Pelbagai isu mudah sehinggalah kepada isu-isu yang dianggap tahap tinggi tersembur keluar daripada tukang cakap A. secara ringkasnya adalah seperti berikut;
A ; Banyak faedahnya, dapat mengajar, mempengaruhi iklan dalam berniaga, melariskan jualan, dan seribu satu guna....
B : teruskan cerita dan pendapat tuan
A : Ilmu Ketuhanan amat tinggi....bla...bla...bla.......zat, sifat, asma, afaal...bla..bla..bla......syariaat, tarikat, hakikat, makrifat.......bla..bla..bla..barang nak pasti dapat barang hajat pasti tercapai.
B : Hebat-hebat. Satu soalan sahaja saya nak tanya, jika tuan dapat jawab, kira saya berpuas hatilah dengan tuan. Jika tuan tak dapat menjawabnya, tuan kena mengaji lagi....
A : Apakah soalan itu ?
B : Apakah benda dalam dunia ini yang ada isi tak ada kulit ?
A : Buah gajus, ...bla..bla...bla...
B : belum, jawapannya salah.
A : Baulu....bla...bla...bla....
B : Salah, bukan, salah....
A : Saya mengaku tak dapat jawab
B : Tuan cakap pasal hakikat sembahyang, tapi tuan tak sembahyang, sembahyang pakai niat shj seperti dalam cakap tuan tadi. Hakikat tanpa syaria'at hampa. begitulah dengan isi tanpa kulit..Dalam dunia ini, hanya satu sahaja benda yang ada isi tak ada kulit.
A : Apa dia?
B : tahi....
A : terngaga ?!?!..

Dua golongan saja
Pilihlah sendiri nak masuk golongan mana. Golongangan suka cakap atau golongan melakukan kerja. kantoi atau kejayaan menunggu di hadapan....Selamat memilih
Delima Afrika Asli
Sila rujuk cincin kecil gambar bawah;
Warna batu - merah tua.
berat ~ 2 cts
Saiz cincin 16, ikat perak, berlian swiss
RM 130/= termasuk pos dalam Semenanjung.
Warna batu - merah tua.
berat ~ 2 cts
Saiz cincin 16, ikat perak, berlian swiss
RM 130/= termasuk pos dalam Semenanjung.
Jumaat, Mei 11, 2012
Amber mentah asli dari Republik Domanica
Jika rakan nak satu, kita jual satu. Jika nak borong semuapun, kita kira harga borong...untuk harga sila sms atau email.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih guru, mahaguru, guru pendita, adiguru...
Beterima kasih kepada guru bermakna mengamalkan apa yang guru perintahkan. Kadang-kadang kehebatan pada guru menjadi ujian kepada kedua-dua pihak. Sebagai murid janganlah kita tersilap makan, dedak dan baja dalam denak guru juga hanya untuk menyatakan kehebatan dan kelebihan Tuhan jua. Jangan punahkan niat asal kita berguru...
Tersilap puja
Asalnya niat berguru nak cari tuhan, nak kenal tuhan, nak bertakwa dengan sebenar-benar takwa kepada Allah S.W.T. Bila dah dapat lihat dan menghayati kehebatan guru, dia pegang batu, batu jadi emas, kayu jadi perak, maka takwa beralih arah pula. Lain yang dicari lain pula yang dipuja. Bila guru mati mulalah jadi macam anak ayam hilang ibu atau kucing hilang anak. Ingatlah guru zahir juga manusia biasa walau macamana hebatpun ia tetap meninggalkan kita apabila sampai masa. Bahkan Rasulullah S.A.W pun wafat juga. Maka kesimpulannya carilah yang Maha Hidup yang pasti tidak akan mati. Pujalah kepada yang Selayaknya, rindulah kepada yang Selayaknya. Bertakwalah... Bermukimlah.... Berhentilah dari mendakwa...Berhentilah daripada bercakap kehebatan si anu atau si polan bahkan kehebatan guru kita. Bila lagi mahu memulakan perjalanan kita sendiri..... Ingatlah seperti kata sahabat bukan dengan dakwa tapi dengan rasa....
Khamis, Mei 10, 2012
Jam klasik 1970 an buatan SWISS
" DIANTUS "
" DIANTUS "
Bodi bulat 30mm bertulis
" DIANTUS DE LUXE " :
ANTIMAGNETIC : SWISS MADE :
s/e utk jarum jam, minit dan saat :
Terdapat kesan calar dan pudar warna sadurannya
Terdapat sedikit kesan calar pada cermin sesuai dengan usianya
penutup belakang adalah bahan stainless stell bertanda
: " SWISS MADE : 3123 "
Tali kulit 18mm warna hijau tua
Tali 8"
SWISS MECHANICAL MOVEMENT (kunci), GOOD WORKING ORDER AND KEEPING ACCURATE TIME
( RECENTLY CLEANED & RE OILED )
A CLASSIC CIRCA. 1970's GENTS G/P WRISTWATCH
daripada sedikit maklumat jam buatan Swiss
Harga RM 230/= termasuk pos dalam Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Harga RM 230/= termasuk pos dalam Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Langgan:
Catatan (Atom)