Guru… renunglah
Apalah indahnya bahasa, walau seindah kias Fansuri
Jika kita hanya cakap dan dakwa, belumpun sampai ke maqam rasa
Untuk bermukim dengannya
Ingatlah pakaianmu pakaian kemanusiaan
Abadikah kejayaanmu yang kau ada ? atau
Sudah cukupkah ilmu di dada ?
Atau kau masih dalam mencarinya
Demi hidup yang hanya sekali,carilah ilmu
Untuk kau memulakan langkah perjalanan
Carilah guru sebenar-benar guru
Agar terkunci segala kehebatan diri
Tidak lagi mampu bergerak, walau sezarah ruang walau sedetik masa
Ketika orang lain sedang sibuk mengira harta
Kau menilik nilai miskin dan papa
Sementara mereka rasa terangkat mulia
Kau menilai fakir dan hina
Dalam riuh rendah mereka bersaudara mara
Kau bersunyi yatim dan piatu
Di kala mereka berkudrat berkuasa
Kau tenggelam dalam dhaif nya hamba
Semoga di suatu ketika orang lain meratap hiba, kerana menangisi pemergianmu
Harapnya di saat itu engkaulah yang paling bergembira dan bahagia
Menyambut perayaan yang paling bermakna
Bertemu kekasihmu yang sebenarnya.
Selamat berguru dan Selamat hari guru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan