Di harap tidak salah jika kita mengambil sesuatu yang baik untuk tujuan baik.
Di antara blog yang saya suka ikuti dan amat minat dengan keunikan bahasa yang begitu memikat dan memberi impak positif pada jiwa saya....
http://cikgunasir.blogspot.com...Cubalah jengok walaupun sekali sekala
Thursday, May 07, 2009
Renung vs tenung
Renung menggunakan hati , tenung menggunakan mata. Gabungan tenung dan renung menzahirkan rasa syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita terutamanya nikmat keamanan dan kemakmuran di Tanah Jawi ini. Jangan rosakkan amanah ini dengan tangan-tangan kita.
Mengapa kita membeli....
Kita membeli kerana ada kuasa beli (wang). Tapi kuasa beli belum dapat menentukan seseorang itu membeli, kerana keinginan akan menentukan apakah yang akan dibeli. Soalnya dari mana datangnya keinginan atau lintasan untuk membeli. Ikut hati mati.
Kadang-kadang....
Ramai yang mencari, tapi tak tahu apa yang dicari. Ramai yang petah bercakap tapi tak pernah merasai apa yang dicakap-cakapkan itu. Jarang-jarang yang dibukakan mata hati untuk tembus pandang....benarkanlah kata-katanya.
Mentafsir tanda-tanda
Simbol atau tanda memerlukan pengetahuan untuk difahami. Contohnya lambang tengkorak pada sign board di tepi jalan mengambarkan kawasan yang sering berlaku kemalangan. Dalam konteks diri, tanda-tanda (gerak-gerak) yang berlaku pada tubuh kita perlu ditafsir oleh kita untuk memahaminya. Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Jika saudara dalam perjalanan untuk mengenal hakikat kejadian diri carilah, tafsirlah signboard dan signal-signal yang sedia ada dengan tepat.
"ikutlah hati agar kita dapat mati sebelum mati"
Kenapa angguk
Semasa beri salam, selalu ada orang angguk kepala semasa pertengahan antara salam kanan dan salam kiri. Angguk pada siapa tuh. Jangan nak memandai-mandai menambah perkara yang tidak ada dalam rukun solat. Tak payah angguk, pusingkan sahaja kepala, lihat pada bahu. Kemudian berhenti seketika ditengah dan pusinglah ke kiri dan lihat bahu. Harap tak ada lagi yang mengangguk-ngangguk.
Arahkan semuanya ke kiblat
Semasa solat hadapkan semua anggota badan ke arah kiblat. Jari jemari kaki mestilah mengadap kiblat, begitu juga semasa duduk pada tahayyat, janganlah dicondongkan kepala macam orang cacat, tegakkan leher. Satu lagi jangan lupa hadapkan hati pada Allah.
Sunday, May 03, 2009
Menjaga tertib dalam bisnes......
Perniagaan adalah sunnah, tapi jika salah urus karenah akan menimbulkan fitnah. Antara peranan awal perniagaan ialah untuk menghubungkan antara pengeluar dan pengguna. Apabila proses ini berlaku peniaga akan mengambil keuntungan kerana berada di tengah-tengah urusniaga. Walau bagaimanapun perniagaan ada etikanya yang tersendiri mengikut bidang perniagaan yang diceburi. Rangkaian dan jalinan sesuatu perniagaan jangan kita rombak sesuka hati. Kejujuran juga mestilah diutamakan, jangan kita aniaya pembeli-pembeli yang berurusan dengan kita. Jika berlaku kesilapan, atau salah faham dalam jual beli, kembalikan hak pembeli mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui atau pun mengikut budi bicara yang tulus. Jagalah nama baik kita dalam urusniaga. Sekali kita menipu dan tidak amanah, nama kita terpahat kemas pada minda pembeli, cerita peniaga penipu juga mudah tesebar kerana pelanggan berasa teraniaya dan tidak ingin orang lain juga turut teraniaya. Musang masyhur kerana jebatnya, manusia mashur kerana semerbaknya.
Posted by Mohd Nasir at 6:24 PM 0 comments
Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan