Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Mei 23, 2009

MATAHARI VS MATA HATI

Bissmillahirrahmanirrahim.

Walaupun jaraknya sangat jauh, cahayanya serta bahang panasnya jelas dirasai oleh kita. Tindakbalas di antara nukleus hidrogen di dalam matahari membebaskan 15 juta darjah celcius tenaga haba. Menjadikan matahari amat istimewa dan merupakan sahabat kepada manusia dan kehidupan. Merupakan sumber tenaga utama kepada kehidupan di bumi. Peranannya yang terpenting dalam menjayakan proses fotosintesis sebagai sumber tenaga dan kesinambungan kehidupan di bumi, sehinggalah orang-orang Jepun amat mengagongkannya dan melihat matahari sebagai tuhan mereka.

Kepada mereka yang mentauhidkan Allah, matahari dilihat sebagai sahabat. Setiap hari matahari memberikan peringatan, bahawa api sangat panas. Setiap hari kita dipanaskan di bawah bahangnya. Setiap hari dengan tanpa sepatah suarapun menyerukan kita bahawa api sangat panas!, neraka sangat dan amat menyeksakan!!!!. Pun begitu, kepanasan neraka bukanlah kerana mahu menyeksa manusia, tetapi merupakan proses menulenkan semula manusia daripada segala sifat kotor dan keji, mensucikan mereka kepada sifat semulajadinya, iaitu sifat suci. Proses pembersihan yang mesti dilalui oleh setiap jiwa yang kotor. Kecuali kita sudah bersih sebelum kembali, Kita sudah suci sebelum disucikan, Kita sudah sembahyang sebelum disembahyangkan, dan kita sudah mati sebelum dimatikan.

Sebaliknya mata hatilah yang melihat dan membaca semua ini. Membedakan yang benar dengan yang bathil, membedakan yang kotor dan keji dengan yang suci, membedakan laluan yang jahil dengan yang mengerti, membedakan jalan yang sesat dengan jalan yang lurus. Kealpaan dan kelalaian dikejutkan dan disuluh oleh mata ini, iaitu mata hati, kerana di situlah "Qalbumukminbaitullah"

Tiada ulasan: