Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Mei 10, 2009

Bagaimana Bermulanya Cincin Ikatan Berlian Sendeng


Akhir-akhir ini ramai dikalangan penempah cincin berminat dengan cincin ikatan berlian sendeng. Malah dewasa ini, ikatan jenis ini menjadi semakin popular di Kota Bharu. Tahukah bagaimana ia mula terhasil ?.

Sebenarnya ia bermula dengan masalah batu yang terlalu tinggi. Se orang pembeli cincin saya dari Kuala Lumpur (pembelian pada 24/1/09) telah memberikan semula cincin yang telah dibelinya kepada saya, dan meminta saya mengubahsuai ikatannya supaya kelihatan lebih menarik. Oleh kerana beliau terlalu minat dengan batu tersebut, dan mahukan ikatan batu dililit dengan berlian, dalam masa yang sama mahukan ikatan yang munasabah cantiknya. Hai termenung juga seketika melihatkan tinggi batu tersebut yang langsung tak sesuai dengan ikatan lilit berlian.

Tiga hari selepas itu, saya mula terbayangkan dengan jelas , iaitu gambaran berlian diletak secara sendeng atau mencerun supaya ketinggian batu tidak lagi kelihatan tinggi seperti berada dipuncak bukit. Idea ini saya bincangkan dengan dua orang tukang yang berkebolehan. Setelah tiga minggu bertukang, terjadilah ikatan seperti gambar cincin di atas, yang dinamakan ikatan "Berlian Sendeng"

Semalam (9/5/09) saya sempat bersembang dengan salah se orang tukang tersebut. Katanya, kini ikatan tersebut sangat popular dan kerap kali di tempah olih peminat. Yang menghairankan banyak juga batu jenis rendah dibuat ikatan jenis ini. Saya tersenyum dan dalam hati berkata, "sebenarnya masalah telah mewujudkan suatu peluang". Rakan setuju tak ?

S E L A M A T

Tiada ulasan: