Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, April 14, 2009

Terima Kasih Encik Yusri

ASSALAMUA'LAIKUM.

Rasanya sudah lama saya tidak memuatkan entri baru. Namun, cadangan daripada seorang pembeli dari Perak, Encik Yusri, yang saya rasakan cadangan beliau sangat baik, iaitu cuba memuatkan lebih banyak entri sekaligus, maka hari ini saya sempat memuatkan 18 entri baru. Bagaimanapun saya tidak sempat untuk mengeditkannya.

Agak termenung juga saya nak editkan sepenuhnya . Apatah lagi saya rasa mahu meletakkan pada harga paling murah yang termampu, kerana kebanyakannya adalah merupakan stok yang bukan terbaru. Bagaimanapun meletakkan harga kadang-kadang menjadi perkara yang terlalu sukar. Kenapa saya berkata begitu ?. Sebabnya mungkin menimbulkan masalah apabila orang nak tempah model atau design yang sama, bahan cincin yang sama, saya takut tak dapat dibuat pada harga yang serupa. Ini jelas kerana bahan asas membuat cincin sudah berubah harga. Contohnya harga "kulit sotong" (tulang sotong katak), bahan perak atau aloi semuanya sudah naik harga. Ini belum mengambil kira semua bahan asas keseluruhannya. Maka, pastilah harga upah tukang juga naik, memang realitinya begitu!. Ini bukan nak merepek, apatah lagi cuba mengambil peluang pasal harga. Diharapkan pihak pembeli faham, jika harga tempahan tidak sama dengan harga yang diletakkan di ruang entri hari ini.

Saya juaga minta maaf kerana kebanyakan gambar yang terpapar di sini agak kabur(blur)serta beberapa kali pengeditan terpaksa dibuat. Diharapkan saya dapat menggantikan dengan satu gambar yang jelas untuk ruang tersebut. bagaimanapun bergantung kepada keluangan masa/kesempatan. Akhir sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini, khususnya Encik Yusri dari Ipoh. terima kasih sekali lagi!.

sekian Wassalam....Selamat.

Tiada ulasan: