

Begitulah kehidupan. Kuat beribadah, berpuasa, sembahyang, dan pelbagai amalan yang kelihatan warak. Baguslah tu!. Tapi, jika ramai orang di sekeliling kita terasa hati dek perkataan atau perbuatan kita, maka ramailah orang sekeliling kita semakin menghindari. Itu petanda kurang sihat.


Kenalilah watak diri kita melalui tingkah laku orang lain. Banyak memerhati, kurangkan bercakap sangat baik untuk diri walaupun itu sukar dilakukan. Selalunya kerana lalai atau terlupa. Biasalah ini berlaku lantaran hati kita belum hidup. Tapi bila ingat harap jiwa kita semakin berubah.


Janganlah marah sangat bila masih gagal. Kerana kegagalan tetap ada di mana-mana. Takkanlah sepanjang pahit langsung tiada kemanisannya. Kerana lumrah naluri manusia biasanya bukan begitu. Setiap perjalanan yang pahit diharap berhujungkan manis. Dalam kiasan lain, cubalah renungkan dengan kata-kata ini "Bila dah agak berumur atau dewasa begini, takkanlah kita masih nak makan aiskrim jenis murahan seperti zaman kita masih kanak-kanak dulu!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan