

Cuba rakan ambil sebutir batu Kyanite biru. Gosokkan pada batu lain seperti di atas tar jalan. Pasti ia tercalar, hilang kilat dan pupuslah serinya. Ia tak keras walhal ia adalah batu asli. Kekerasannya ~ 4.5 sahaja. Tapi batu yang hampir sama seperti Nilam biru, pasti sukar terguris kerana kekerasannya ~ 9. Apakah bezanya walaupun ia kelihatan seakan-akan sama. Janganlah rakan cepat terkeliru di antara Nilam dengan Kyanite. Jangan cepat terbodek dengan helah penjual yang menyamakan Kyanite dengan Nilam. Seperti menyamakan Zamrud sebenar dengan Zamrud kalimantan. Awas!. Sukar kita nak mengaku sebagai Jauhari kerana kita hanya baru mengenal Maniam !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan