Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, Disember 29, 2008

HOBI: Mengumpul cincin dan batu permata (sambungan)

Apa yang paling penting di dalam kita memutuskan atau melakukan sesuatu pastilah dijuruskan oleh keyakinan. Keyakinan pula mestilah berasaskan ilmu. Ilmu banyak pula tahapnya!. Bukanlah niat saya berceramah di sini, tapi oleh kerana hal ini melibatkan akidah, maka tertulislah perkara-perkara yang kelihatan agak meleret.

Pemakaian batu permata dalam apa jua bentuk boleh juga dilihat dari sudut kelebihan terapi getaran warnanya. Kelebihan bahan batu-batuan digarapkan dengan warna berasaskan pembuktian saintifik, adalah lebih menyakinkan kita.
Bagaimanapun pada umumnya, peminat batu memakai batu permata adalah mengikut pengalaman orang lain, khususnya orang yang lebih arif dalam hal tersebut. Jika ditolak campur darab bahagi, "pengalaman" kerap kali memenangi pembuktian saintifik dalam pengamalan kehidupan kita seharian.

Tiada ulasan: