Apakah di sebalik cincin yang kita pakai sebenarnya?. Begitu juga apakah di sebalik ubat yang kita makan bila sakit?, apakah di sebalik nasi yang kita makan bila lapar?, atau apakah kelebihan di sebalik sayur-sayuran yang kita makan bersama nasi?. Adakah cincin itu berfaedah sifatnya?, atau ubat itu sifatnya menyembuhkan?, atau sifat nasi mengenyangkan?, atau sifat sayur-sayuran memiliki pelbagai vitamin untuk kesihatan?.
Kita ambil "makan nasi" sebagai contoh perbincangan.Bila kita makan nasi kita rasa kenyang. Tapi adakalanya bila kita makan nasi, terasa macam tak kenyang. Siapa yang memberitahu kita pasal rasa kenyang atau tidak kenyang tadi?. Siapakah pula sebenarnya yang mengenyangkan atau yang melaparkan kita. Renunglah......
Setiap perkara atau benda yang Tuhan jadikan di alam maya ini memang untuk manusia. Tetapi sebagai manusia sangat perlu berwaspada di dalam membina aqidah, membetulkan aqidah yang benar dan mengikis aqidah yang salah, serta menyuburkan aqidah yang sudah sedia ada. Kenapa?, kerana aqidahlah merupakah perkara yang paling penting untuk menuju kematian.
Sebab itulah para rasul diutuskan, Masyitah sanggup mati di dalam kawah fira'un, ribuan nabi sanggup mati di zaman kezaliman bangsa Yahudi pada suatu zaman dahulu, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sanggup berkorban di dalam peristiwa "Qurban", serta banyak lagi contoh-contoh yang perlu diteladani dan disempadani.
Begitulah sindir Allahyarham Tan Sri P.Ramli kepada manusia sejagat tentang konsep, supaya mentaati "Raja Sebenar Bagi Diri Kita" dalam lagunya..... "Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesera, sejati dan mulia".........di dalam cerita "Hang Tuah", walaupun ia kelihatan seperti seorang yang bodoh. Ingat!, Tan Sri P.Ramli bukanlan manusia biasa yang saja Tuhan jadikan. Bagi saya beliau mengingatkan kita yang sering "lupa". Beliau dengan tugas hidupnya dan bagi saya beliau adalah seorang yang berjaya. ...bersambung...
Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan