Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, Disember 25, 2008

HOBI : Mengumpul Cincin Dan Batu Permata ( Sambungan )

Pada awal tahun 90'an, boleh dikatakan saya pantang melihat orang menjual cincin, sekurang-kurangnya pasti saya masuk menjenguk. Tapi pada masa itu hati saya suka sangat pada permata jenis Akib ( Agate ). Melalui bertahun-tahun masa, minat saya pada batu jenis lain makin bertambah. Di antaranya termasuklah Delima(Ruby), Zamrud(Emerald), Tourmaline, Intan Baiduri(Diopside), Sapphhire(Nilam) dan lain-lain. Pada masa itu sudah agak banyak jenis batu dan cincin yang telah saya kumpulkan.

Bagaimanapun hal ini telah disedari oleh seorang "abang" saya yang juga seorang yang sangat arif pasal batu permata. Dia sendiri pengumpul batu permata malah jauh lebih banyak dari saya. Dia tahu kelebihan dan kekurangan serta kegunaan setiap batu yang dia pegang. Jadi pada masa itu dia merupakan rujukan utama saya apabila saya nak tahu kelebihan atau "mistik" pada sesuatu batu permata. Bagaimanapun rezeki saya dalam hal ini tidak lama. Abang saya telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2004. Di antara perkataan abang saya yang masih saya ingat hingga ke hari ini ialah; "Zi, Janganlah habiskan duit dalam membeli batu permata sahaja. berjualanlah juga dengannya". Sejak masa itulah saya membeli, menjual, membeli, menjual hinggalah ke hari ini.

Pasal "mistik" pada batu tu janganlah beria-ia sangat. Sesetengah orang memang sangat mempercayainya, terutama kaum Cina.tapi diharap janganlah kita menjadi pensyirik dek batu permata pula!. Sebab syirik itu mudah sangat boleh berlaku pada sesaorang. Bayangkanlah bayangan Rasulullah S.A.W, "Syirik" pada tahap yang sangat halus "ibarat seekor semut hitam di atas batu hitam pada waktu malam gelap gelita" (Auqamaqal), bagaimanakah kita nak melihatnya. Bermakna kita tidak boleh berfikir semata-mata. Ambillah masa memerhatikan "Hati" dan "Rasa" sambil berfikir dan berzikir, berzikir dan berfikir, serta sentiasa disusuli dengan doa agar Tuhan mengurniakan "HidayahNya" agar kita tidak termasuk ke dalam golongan orang-orang yang tidah menyedari diri, tidak tahu dek untung kurniaan Allah, nama bagi Zat Wajibalwujud Khaliqul A'lam....... (Bersambung).....

Tiada ulasan: