Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, Disember 22, 2008

HOBI : Mengumpul Cincin dan batu permata

Perkara yang tidak saya sangka sama sekali akan akan berlaku dalam hidup ini adalah berkaitan dengan meminati dengan batu permata. Semasa belajar di kampus ( USM ) di sekitar akhir tahun 80'an dulu, batu permata merupakan perkara yang sangat asing kepada saya. Apatah lagi sebagai student universiti katakan, terasa ada ramai kawan yang bijak dalam pelbagai bidang dan agak tinggi jugalah "egois" pada masa itu. Sehingga melihat orang memakai cincinpun ada kawan saya yang menganggap mundur dan kampungan, Saya juga turut terikut-ikut.

Itulah dunia pelajar dengan usia yang masih muda, terasa hebat tapi sebenarnya jauh terkongkong di dunia tersendiri yang tidak nyata. Terasa hebat tapi jauh dengan kehidupan masyrakat sekeliling. Malu nak luahkan apakah perasaan saya kini berkait dengan "aku seorang pelajar universiti" di masa dulu-dulu. Kesimpulannya selagi kita terasa kita hebat, sebenarnya kita semakin jauh dari kehebatan sebenar.

Berbalik kepada minat mengumpul batu permata serta cincin tadi, sebenarnya ada ceritanya yang tersendiri yang tidak dapat saya ceritakan kepada umum. Bagaimanapun bibit-bibit meminati batu permata ini bermula di awal tahun 90'an. Ia seolah-olah mendedahkan naluri saya kepada sifat "keindahan" . Seoalah-olah dengan melihat permata, tercuit pada perasaan saya... wah! indahnya.... , dan mulalah saya mencari dan menilai erti keindahan. Sedikit-sedikit dan hinggalah ke hampir semua dimensi kehidupan saya.

Banyak lagi yang hendak saya tulis di sini, tetapi kekangan masa dan suasana memaksa saya menoktahkannya di sini dulu. Harap dapat disambung lagi. Sekian.
Wassalam

Tiada ulasan: