Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Disember 07, 2008

BOLA

Salam Sejahtera dan jumpa lagi.

Sekarang ni musim bola, bola lagi, dan bola lagi.. Seorang tua di kaki bukit pernah berkata kepada abang saya "Jika tiada angin dalam bola, kita tak boleh bermain, dan jika tiada angin dalam pemain bola, lagilah tak boleh main". kanapalak ?, he..he..sebab kalau dah tiada angin dalam badan alamatnya dah expiredlah tu. Lebih kuranglah dengan kata-kata seorang confucious "If you breath you inspire, if you do not breath you expire". Saya rasa imej ini sesuai dipaparkan untuk renungan bersama.

Gambar ini membawa seribu makna. Pun begitu gambar ini amat sesuai untuk tatapan rakan sekelian. Kerana ia juga boleh membawa makna "HIDUP"(objek) dan "MATI"(bayang). Bukan nak berceramah kepada rakan yang sudah sedia arif, tapi sekadar mengingatkan "diri". Kerana Pesanan "Baginda" Kekasih Tuhan, "Orang yang bijak di antara kamu adalah mereka yang paling banyak mengingati mati. Dan orang yang paling bijak di antara kamu adalah mereka yang paling banyak bersedia

ke arah kematian"-Auqamaqal.

Dengan kata lain, Nak menuju kematianpun mestilah berilmu. Nak berilmu mestilah berguru. Memperolehi Ilmu pula banyak cara. Ada yang dapat dengan membaca sahaja, atau mendengar, melihat, mengeksperimen dan sebagainya. Tapi kata orang bijak pandai ilmu mentauhidkan Tuhan mestilah "dituntut", dan bukan ilmu yang "menuntut". Hai rakan, ini hanyalah sekadar asas maklumat sahaja, walaupun bagi sesetengah orang hal ini "kedengaran" nipis seperti kulit bawang !, mungkinlah ia penting bagi "budak" yang berminat. Saya sendiri melihat saya masih "budak" dalam hal seperti ini.

Tiada ulasan: