Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, Mei 29, 2012

harta paling mahal

harta paling bernilai
bukan harta Qarun
bukan harta sementara hidup
tapi harta tersembunyi
harta selepas mati
kesimpulannya
carilah untuk hidup
tuntutlah untuk mati

Isnin, Mei 28, 2012

Tersembang di kedai kopi

Kesimpulan dari sembangan dengan beberapa orang rakan yang baru dikenali pagi ini ialah:

1. Bila beragama secara serba salah, maka nafsu dan duitlah yang menjadi tuhan
2. Bila beragama dengan hanya menekankan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat, haji atau menjadi pak turut, maka belum cukup menjalani kehidupan terutama untuk membuat keputusan genting dalam membawa diri menuju tuhan
3. Mendengar dan belajar belum cukup, menuntut ilmu lebih penting dan utama
4. Orang melayu hari ini kurang ilmu sahadah, bagaimanapun peluang masih terbuka selagi kita ingin mencari dan menuntutnya.

Ahad, Mei 20, 2012

Membebel-bebel....pesanan penaja

Jika rakan atau pelanggan yang kurang suka dengan bebelan saya, ditambah dengan kurang arif berbahasa dalam tulisan saya...tak apa...mudah saja...jangan baca

Tiada paksaan

Dalam kefahaman tentang ilmu atau pegangan, jangan kita memaksa atau mendesak orang lain mengikut kefahaman kita. Kadang-kadang apa yang kita pegang dengan yang kita cakap tidak serupa. Kadang-kadang pula apa yang kita cakapkan pula tidak betul.
Perumpamaan mudah kita menyatakan "inilah harta yang mesti dimiliki", sedangkan kita menghunuskan sebilah pedang untuk rakan kita. Kita dakwa pedang itulah harta. Kita dapat menghuraikan dengan baik dari hulu hingga ke hujung mata pedang tersebut. bermati-matian dengan penuh yakin kita sebarkan maklumat tentang apa yg sebenarnya kita tidakpun faham. maka terpengaruh dan terikutlah seketika bagi mereka yang kurang tahu. Namun ramai juga rakan menjauhi kita takut-takut terkena mata tajam yang kita selalu asah.
Bagi orang yang memiliki harta pula, ia tahu bahawa kita tidak memiliki hartapun. Dalam hati mereka...Eh..eh..kalau dilayan akupun jadi kurang cerdik pula!

Jumaat, Mei 18, 2012

RM 7,000 DAN RM 25,000

BLUE CEYLON SAPPHIRE
Anggaran 6.5 cts
RM7000 (harga tetap)






















ZAMRUD COLOMBIA ASLI
KIRI : RM 7000 (harga tetap)
KANAN : RM 25,000 (mungkin dapat dirundingkan sedikit lagi)

 RM 7000

 
UNTUK PEMBELI TULEN @  SERIOUS BUYER ONLY

ambil faham tanggung jawab sendiri

nak faham sesuatu yg kita belajar kena bertanya, kena berbincang, perlu hayati jika tempat yg memerlukan penghayatan. kena buat apabila perlu. 
contohnya jika orang kata zikir hati dalam tarikat itu sesat, jangan cepat nak cabut lari. apa itu tarikat? kan ia jalan menuju Tuhan. jalannya melalui hati, kerja hati. sebab hatilah yg Tuhan pandang pada kita
satu hal lagi setiap kita bukan orang awam. bahkan pada setiap rumput tidak ada satupun yg serupa. inikan kita manusia, nafsu-nafsi masing-masing, tanah kubor masing-masing. Mana ada kita dikuborkan dikuburan "awam", nanti malaikat bersoal jawab untuk awam pula, semuanya khususi. kita tanggung jawab kita.

Rabu, Mei 16, 2012

Guru berguru


Guru… renunglah
Apalah indahnya bahasa, walau seindah kias Fansuri
Jika kita hanya cakap dan dakwa, belumpun sampai ke maqam rasa
Untuk bermukim dengannya
Ingatlah pakaianmu pakaian kemanusiaan
Abadikah kejayaanmu yang kau ada ? atau
Sudah cukupkah ilmu di dada ?
Atau kau masih dalam mencarinya
Demi hidup yang hanya sekali,carilah ilmu
Untuk kau memulakan langkah perjalanan
Carilah guru sebenar-benar guru
Agar terkunci segala kehebatan diri
Tidak lagi mampu bergerak, walau sezarah ruang walau sedetik masa

Ketika orang lain sedang sibuk mengira harta
Kau menilik nilai miskin dan papa
Sementara mereka rasa terangkat mulia
Kau menilai fakir dan hina
Dalam riuh rendah mereka bersaudara mara
Kau bersunyi yatim dan piatu
Di kala mereka berkudrat berkuasa
Kau tenggelam dalam dhaif nya hamba
Semoga di suatu ketika orang lain meratap hiba, kerana menangisi pemergianmu
Harapnya di saat itu engkaulah yang paling bergembira dan bahagia
Menyambut perayaan yang paling bermakna
Bertemu kekasihmu yang sebenarnya.
Selamat berguru dan Selamat hari guru

Ahad, Mei 13, 2012

Jatikanlah dirimu di sebalik nama

Manakah yang lebih penting ?
Melayu di sebalik Islam  atau
Islam di sebalik Melayu        

Jawablah sendiri....
Peringatan:
Persoalan ini adalah untuk kita mentelaah diri sendiri, dan langsung tiada kena mengena dengan mana-mana pertubuhan politik

2 utas tasbeh kemuning hitam berkualiti utk perhatian rakan


Sabtu, Mei 12, 2012

Cerita benar daripada seorang rakan - telah diadaptasikan....

Kota Bharu, Jumaat, 11 May 1012, Seorang tukang cakap tanpa amal, A bersua muka dan telah bersemeja dengan seorang yang sedang "dalam perjalanan", B. Pelbagai isu mudah sehinggalah kepada isu-isu  yang dianggap tahap tinggi tersembur keluar daripada tukang cakap A. secara ringkasnya adalah seperti berikut;

A ; Banyak faedahnya, dapat mengajar, mempengaruhi iklan dalam berniaga, melariskan jualan, dan seribu satu guna....
B : teruskan cerita dan pendapat tuan
A : Ilmu Ketuhanan amat tinggi....bla...bla...bla.......zat, sifat, asma, afaal...bla..bla..bla......syariaat, tarikat, hakikat, makrifat.......bla..bla..bla..barang nak pasti dapat barang hajat pasti tercapai.
B : Hebat-hebat. Satu soalan sahaja saya nak tanya, jika tuan dapat jawab, kira saya berpuas hatilah dengan tuan. Jika tuan tak dapat menjawabnya, tuan kena mengaji lagi....
A : Apakah soalan itu ?
B : Apakah benda dalam dunia ini yang ada isi tak ada kulit ?
A : Buah gajus, ...bla..bla...bla...
B :  belum, jawapannya salah.
A : Baulu....bla...bla...bla....
B : Salah, bukan, salah....
A : Saya mengaku tak dapat jawab
B : Tuan cakap pasal hakikat sembahyang, tapi tuan tak sembahyang, sembahyang pakai niat shj seperti dalam cakap tuan tadi. Hakikat tanpa syaria'at hampa. begitulah dengan isi tanpa kulit..Dalam dunia ini, hanya satu sahaja benda yang ada isi tak ada kulit. 
A : Apa dia?
B : tahi....
A : terngaga ?!?!..

Cincin Delima Burma Asli Permata besar

 Maklumat lain akan dimuatkan kemudian





Dua golongan saja

Pilihlah sendiri nak masuk golongan mana. Golongangan suka cakap atau golongan melakukan kerja. kantoi atau kejayaan menunggu di hadapan....Selamat memilih

Delima Afrika Asli

Sila rujuk cincin kecil gambar bawah;
Warna batu - merah tua.
berat ~ 2 cts
Saiz cincin 16, ikat perak, berlian swiss
RM 130/= termasuk pos dalam Semenanjung.

Jumaat, Mei 11, 2012

Amber mentah asli dari Republik Domanica

Jika rakan nak satu, kita jual satu. Jika nak borong semuapun, kita kira harga borong...untuk harga sila sms atau email.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih guru, mahaguru, guru pendita, adiguru...

Beterima kasih kepada guru bermakna mengamalkan apa yang guru perintahkan. Kadang-kadang kehebatan pada guru menjadi ujian kepada kedua-dua pihak. Sebagai murid janganlah kita tersilap makan, dedak dan baja dalam denak guru juga hanya untuk menyatakan kehebatan dan kelebihan Tuhan jua. Jangan punahkan niat asal kita berguru...

WAW....Air tangan Pok Ku Din....

Sebahagian hasil kerja separuh siap daripada Pok Ku.
TIDAK UTK DIJUAL


Tersilap puja

Asalnya niat berguru nak cari tuhan, nak kenal tuhan, nak bertakwa dengan sebenar-benar takwa kepada Allah S.W.T. Bila dah dapat lihat dan menghayati kehebatan guru, dia pegang batu, batu jadi emas, kayu jadi perak, maka takwa beralih arah pula. Lain yang dicari lain pula yang dipuja. Bila guru mati mulalah jadi macam anak ayam hilang ibu atau kucing hilang anak. Ingatlah guru zahir juga manusia biasa walau macamana hebatpun ia tetap meninggalkan kita apabila sampai masa. Bahkan Rasulullah S.A.W pun wafat juga. Maka kesimpulannya carilah yang Maha Hidup yang pasti tidak akan mati. Pujalah kepada yang Selayaknya, rindulah kepada yang Selayaknya. Bertakwalah... Bermukimlah.... Berhentilah dari mendakwa...Berhentilah daripada bercakap kehebatan si anu atau si polan bahkan kehebatan guru kita. Bila lagi mahu memulakan perjalanan kita sendiri..... Ingatlah seperti kata sahabat bukan dengan dakwa tapi dengan rasa....

Khamis, Mei 10, 2012

 Jam klasik 1970 an buatan SWISS   
" DIANTUS "   
Bikar bersadur emas (s/e) WIND-UP WRIST WATCH
 warna muka : perak, lebih cerah dari gambar
 Bodi bulat 30mm bertulis 
" DIANTUS DE LUXE " : 
ANTIMAGNETIC : SWISS MADE :
s/e utk jarum jam, minit dan saat :
33mm GOLD PLATED CASE IN GOOD CONDITION 
Terdapat kesan calar dan pudar warna sadurannya
Terdapat sedikit kesan calar pada cermin sesuai dengan usianya
penutup belakang adalah bahan stainless stell bertanda
: " SWISS MADE : 3123 "
Tali kulit 18mm warna hijau tua
Tali  8"

SWISS MECHANICAL MOVEMENT (kunci), GOOD WORKING ORDER AND KEEPING ACCURATE TIME

( RECENTLY CLEANED & RE OILED )

A CLASSIC CIRCA. 1970's GENTS G/P WRISTWATCH 
daripada sedikit maklumat jam buatan Swiss

Harga RM 230/= termasuk pos dalam Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Rabu, Mei 09, 2012

mencari atau memilih guru.....

Kita mencari-cari, kita memilih-milih mana satu guru yang mursyid. Mereka juga menilik dan menilai kita, bahkan jauh lebih hebat daripada kemampuan dan keupayaan kita, kerana mereka terbimbing, tembus pandang. Sebab itulah setiap kali seorang murid lari meninggalkan perguruan seumpama ini, maka guru akan menangis mengenangkan keupayaan muridnya "membawa diri".  Sebelum kita lari kenalilah dulu diri kita dan guru kita terdekat yang mampu; Ada jenis guru yang pegang sudu, sudu jadi emas. Ada pula seselamba manusia biasa, namun perjalanan mereka sering bertepis fitnah. Tanyalah niat hati kita, apakah yang kita nak ?, nama? pengaruh? tujuan asal berguru?............sebaik perjalanan adalah dengan kita tak nak apa-apapun, melainkan redha, rahmat, dan kasih sayang Tuhan, serta syafaat RasulNya.

Selasa, Mei 08, 2012

Entahlah gu !!!

Salam  untuk semua pengunjung blog cincinrings. Terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah ditaburkan kepada saya selama ini. Buat pengetahuan rakan saya masih lagi belum begitu bersedia untuk memuatkan entri berupa barangan. Jika masa agak sesuai harap saya dapat meletakkan "item/s" yang munasabah...
Terima kasih, Wassalam, dan Selamat maju jaya.

Tikam menikam

Bertikam lidah untuk memenangi dan menambah pengaruh tidak akan ke mana-mana. Apatah lagi untuk menegakkan benang yang basah. Kadang-kadang isu yang diketengahkan melibatkan persoalan genting ; politik, akidah atau usuluddin...cukup mengharukan dengan tabiat yang menambahkan musuh dan dosa kering ini. Oleh kerana fikiran selalu suka dipuji maka semburan terkeluar dimulut semakin menjadi-jadi. Kenalilah nada percakapan membenci, menghina, mengampu, memusuh, atau sebaliknya nada memanggil dalam kasih sayang sesama insan. Muzakarah penting yang kurang menariknya cepat melatah dan melenting.

Beratkanlah lidah

Berfikir sebelum terlepas kata kerana bila dah terucap, kata mesti dikota....niat, kata, buat, bukan semudah menelan air liur

Ahad, Mei 06, 2012

Cakap siang pandang-pandang

Seorang sahabat selalu berpesan, ilmu bukan untuk kita tunjuk pada orang, tapi untuk diamalkan. Tengah hari  tadi sambil-sambil minum dengan beberapa orang rakan di Dataran Siti Khadijah, datanglah seorang muka baru yang cukup hebat bercakap, tinggi pula nada suaranya, berguru dengan tok guru tersohor tak terbilang sana-sini, tok wali itu dan tok wali ini, dan pelbagai tok-tok lagi yang mengkagumkan, tak cukup dengan itu Sheikh Abdul Qadir Jailani turut dilibatkan sebagai tok guru...Aduh terasa serba kekurangannya diri ambo berbaur rasa malu dengan mata telinga di sekeliling....Dalam kawan ini tinggi meninggi suara, ada pula rakan yang bersimpati mencelah, setinggi manapun kita ada ramai agi yang jauh lebih tinggi dari kita,...kira kiamat diri dulu kiamat besar letak nombor 14 tak apa, berani cakap berani buat berani tanggung berani jawab....habislah iklan...sunyilah dentuman guruh di tengah hari....masing-masing beredar pergi bersama perasaan sendiri

Jumaat, Mei 04, 2012

Abadikah kejayaan manusia ?

Setiap kali kejayaan yang kita raih akan mendorong kita untuk terus meraihnya. Samada kejayaan atau kegagalan yang kita kecapi pastinya akan mematangkan kita. Matang merupakan suatu rezeki yang besar dan  anugerah tak ternilai kepada diri. Jangan pula terlalu asyik mengecapi hasil kejayaan yang telah kita capai, kerana ia akan merigidkan kita. Lihat dan telitilah apakah hasil yang kita telah perolehi itu bersifat abadi atau sebaliknya.....carilah sesuatu yang diharapkan hasilnya bersifat abadi, ingatlah keupayaan sesaorang manusia yang Tuhan kurniakan amat tinggi, sesuai dengan sifat mulia manusia kurniaanNya. Hargailah kurniaan Tuhan yang kita sebagai "manusia".

Sejauh mana matangnya politik rakyat Malaysia ?

Rakyat hanya ada satu hari sahaja untuk menentukan kepimpinan kerajaan, iaitu semasa hari membuang undi. Sedangkan pemimpin-pemimpin memiliki lebih kurang empat tahun, 364 hari x 4 tahun, iaitu 1456 hari untuk menentukan keadaan rakyat, serta hala tuju negara kita. Rakyat yang bijak akan mengambil kira semua pengalaman lepas bersama pemimpin mereka serta kepimpinannya. Tak terkurang pula melihat dan menilik visi serta misinya. Bijak atau lemahnya keupayaan memilih pemimpin bergantung kepada keampuhan senjata yang ada pada rakyat itu sendiri. Apabila rakyat merasakan mereka telah dipolitikkan oleh pemimpin, maka tidak salah jika rakyat pula mempolitikkan pemimpin mereka. Hari yang paling mendebarkan sesaorang pemimpin pastinya hari penentuan keputusan pilihan raya, dipilih atau dibuang. Sebagai rakyat yang bijak pastinya akan menentukan kepentingan awam diutamakan, terlebih-lebih lagi kepentingan setiap diri rakyat, bukan untuk kepentingan golongan atau individu yang tertentu sahaja. PRU ke 13 nanti akan menterjemahkan kepada kita dan dunia sejauh manakah matang dan bijaknya politik rakyat Malaysia. Selamat membuang undi dalam PRU 13.

Selasa, Mei 01, 2012

Tasbeh Kemuning hitam untuk perhatian rakan ...7073232

Tasbeh di sebelah kiri adalah yang diupload sebelum ini (33biji).
Yang sebelah kanan pula adalah 100 biji ( 33-34-33) yang saya bagi tahu tuan semalam.

Isnin, April 30, 2012

Melepas geram



















Mani Gajah jadi batu : RM 150

Mani Gajah : RM 200/pc-saiz besar























Bawah: Mani Gajah: RM 250/pc saiz besar


















Tasbeh Teras Gemunggal - atas : 33 biji- RM 200/utas
                                       - bawah : 99 biji - RM 150/utas

Sabtu, April 28, 2012

Kenapa dengan angka atau bilangan 13 ?

Apabila kita sedang segar atau gemuk dengan kenaikan gaji terbaru, kita semestinya bersyukur. Diharap kita bukan dalam golongan yang semakin menjauhi Tuhan, apatah lagi semakin dimurkaiNya. Dalam bersyukur perkara utama yang sepatutnya jelas kepada kita adalah menguatkan jati diri keislaman kita. Carilah dan perkukuhkanlah tauhid untuk kembali, semak dan perkukuhkan juga amalan hidup berdasarkan nilai hati yang jernih itu, agar kita juga akan dapat mengecapi kesenangan di alam yang satu lagi. Ingatlah bangsaku jika tidak melayu membela Islam di bumi tercinta ini, maka siapa lagi?. Diharap melayulah yang dimandatkan membela maruah agama, maruah diri, maruah keluarga, dan maruah negara Malaysia di masa orang lain dan negara lain dalam kancah kecamokan ekonomi dan sosial yang sangat membimbangkan.
Dalam masa persekitaran kita yang masih kotor dengan maruah kehidupan dan sampah sarap, diharapkan di dalam dan di taman rumah kita masih bersih, peranan kitalah itu!...

Selasa, April 24, 2012

SMS terganggu

Untuk makluman kepada beberapa rakan penghantar SMS yang bermula pada awal minggu lepas hingga kini, saya mohon maaf kerana ia tidak tersimpan (overloaded SMS).  Maka hal mengenai permata mani gajah dan lain-lainnya tak dapat saya membalasnya. Kepada yang masih sudi sila hantarkan sekali lagi SMS tersebut untuk tindakan saya. Sekian terima kasih

Isnin, April 23, 2012

amal vs cakap

Bila kita terlalu banyak bercakap, merangkumi hampir semua topik, mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin kita masih kekurangan sesuatu, terutamanya amal. Berilmu dengan amal akan memantapkan kita. Berilmu disertai banyak cakap akan menambahkan masalah/bacor kita. Amal banyak walaupun ilmu sedikit lebih afdal daripada ilmu banyak amal sedikit. Cakap mempengaruhi berbeza dengan cakap berpengaruh. Wallahhu'aqlam.

Ahad, April 22, 2012

Di antara Untung

9/10 sumber rezeki adalah daripada berniaga. Dalam perniagaan kita mencari sedikit atau sebanyak rezeki. Yang diusahakan oleh kita seeloknya diperhaluskan Ia termasuk jujur dalam berjualan. Orang berkenan dia beli, jika tidak laku jangan pula ditokok tambah aspek pengeliru. Jika berjualan ikan jangan bagitahu pelanggan ooh semuanya ikan segar dari Tok Bali, walhal kita dah tahu banyak juga ikan Tok Bali datang dari Siam yang bercelup ubat pengawet. Pelanggan kenal beza ikan merah mata dengan ikan segar....jika nasib tak baik nanti kopiah yang elok-elok kita pakai minta dibuangkan.
Rezeki ini termasuklah kebajikan lainnya. Termasuk senyum dan sabar, termasuklah bersedekah, termasuklah berzakat, termasuklah berzikir....lebih besar dari duit pitih carilah sedikit atau sebanyak kebajikan. Dalam berniaga banyak lagi yang boleh kita dapat. Berniaga adalah Sunnah. Majulah ummat dengan Sunnah Baginda!.

tasbeh kemuning hitam - untuk perhatian .....7073232

Syilling 5 sen diletakkan untuk tuan bandingkan saiz

Selasa, April 17, 2012

Tilik

Tiliklah apa yang kita pandang, apakah ia selari dengan keinginan dan kehendak kita, apakah ia juga selari atau seiring pula dengan kehendak Tuhan. Jangan dipandang sangat kehendak kita jika ia bertentangan dengan syariat atau akidah, terkadang terasa nipis kepada kita tetapi sebenarnya tebal di sisi Tuhan. Terdapat kehendak kita yang akan membinasakan diri, sedangkan kehendak Tuhan dan RasulNya adalah untuk menjaga dan memelihara kita. Daif hamba kerana sifat tuli dan buta yang disebabkan mengikut kehendak diri yang terlarang. Kata si arif-arifinbillah ada orang yang tiap-tiap hari kerjanya hanya menghancurkan diri sebelum tiba masanya lagi, malang ia kerana tidak mampu menghidunya. Wallahhua'qlam.

Rabu, April 11, 2012

Watak diri

Jarang orang boleh memegang semua watak. Ibarat pelakon tak sesuai jadi pengarah, begitu juga juru kamera dan penyunting filem tidak pula sesuai menjadi pelakon. Pendekar garang lagi bengis yang sukar menahan panas baran tak layak jadi pendakwah. Kenalilah watak kita sebelum terlalu jauh sumbangnya menyerlah

Isnin, April 09, 2012

ortodok

jika demo ortodok agama....tunggu ambo nok dengar, nok mikir-mikir, nok tupe renung...
jika demo ortodok politik....boleh blah!...

jahil, lebai, warak, tahu, arif.....hebatkah?

Bila dah terlalu banyak ilmu agama kita belajar, dari guru-guru tersohor, dari kitab-kitab yang biasa sehingga kitab-kitab tua tulisan tangan yang jarang didengar, wah....semakin berisilah kita. Sebaiknya kita menjadi rasmi padi. Bila perlu ajarlah kepada mereka yang memerlukannya. Bukan untuk semakin angkuh berbaur riak. Bukan untuk dijadikan modal berbahas di kedai kopi, apalagi merendah-rendahkan atau menghukum si anu dan si polan. Bila menyentuh pasal agama jangan ingat member semua plastik, hanya kita aje orang. Ilmu agama bukan untuk dimegah-megahkan tetapi untuk diamal. Jika kita dah beramal dengannya termasuk dalam tutur kata dan perbuatan pasti semakin ramai yang suka, pasti kawan memuji di belakang. Jika kita dipuji di depan tapi di belakang pula ramai yang kutuk, maka kita jauh dari alim dan arif. mungkin juga kita sebenarnya belum menyentuhpun kulit agama....carilah guru sebenar-benar guru, terkuncilah segala kehebatan diri....

Sabtu, April 07, 2012

Selasa, April 03, 2012

ikut hati mati.....

Malah wei ambo sehari duo ni....
campur denga tok de maso pulok....

Ahad, Mac 25, 2012

Milikku

Sepanjang hayat sejak datang ke sini...akhirnya apa yang telah aku miliki ?
Kerdil, fakir, hina, lemah, binasa, kosong, dan tiada
Skrip seterusnya hanya milik dan urusan Allah Rabbula'lamin

Sabtu, Mac 24, 2012

sekadar yang sempat utk permintaan rakan

cincin delima/ruby  dan batu petersite
 
                                                                                                                                                           





Jumaat, Mac 23, 2012

kesan tahu

Sesaorang yang benar-benar tahu bermakna tidak lagi mampu membuat apa-apapun. walau sedetik masa walau setitik ruang. setiap apa yang kita buat atau apa yang kita kata akan menjadi salah....salah di waktu budak berbentuk syirik besar, salah di waktu tua berbentuk syirik kecil pula, tetap syirik juga....Kosongkanlah....

Hukuman

Sarang tebuan jangan dijolok. tapi sesetengah dari "kome" suka cari pasal. bila dah terkena, walaupun kepada diri sendiri, mulut macam nak kata "kasihan"....Tapi hukum alam kata "padan muka"

Sabtu, Mac 17, 2012

Jaga stering bawa saja ke destinasi

jangan hafal berapa banyak bunga tayar kereta kita, jangan ingat cat kereta yang kita naik, jangan dibebani pada fikiran kita dengan semua aspek remeh-temeh kenderaan yang kita gunakan. paling penting kenderaan kita adalah "on road", dan destinasi utama adalah matlamat yang tak boleh dilalaikan. jika ada transit itu adalah sebagai tempat muhasabah agar perjalanan ke hadapan lebih sempurna lagi.....SELAMAT MEMANDU DENGAN SELAMAT...

Jumaat, Mac 16, 2012

Terima kasih Encik Azwan

Minta maaf kerana masalah perhubungan (talipon) dan terima kasih kerana En Azwan sudi datang ke rumah petang tadi untuk mengambil sendiri tempahan cincin yang telah dibuat. Hari ini talipon saya cukup sunyi daripada sebarang panggilan masuk atau keluar kerana masalah touch screennya dah sampai ke kemuncak. Itulah ibarat orang guna jenama Audi, kita guna jenama Suzuki...bukan mengeluh tapi dah sampai masa ia rosak.

Khamis, Mac 15, 2012

Selamat tinggal Streamyx...Terima kasih Telekom

Terima kasih Streamyx. Setelah menjadi pelanggan sejak  di Pahang tahun 2001 (dial 1515) sehingga pulang ke Kelantan (streamyx), saya melihat banyak jasa yang telah diberikan oleh pihak Telekom kepada saya. Apabila nak pindah ke rumah sendiri (Cabang Empat, Tumpat) barulah saya sedar bahawa saya tidak lagi boleh menjadi pelanggan Telekom/Streamyx kerana tiada line talipon buat masa ini... Kini saya terpaksa pula beralih ke Broadband (Celcom). Sayang-sayangpun kena tinggalkan juga. Begitulah juga Nyawa dan Badan bila sampai masanya...Bersediakah aku ?!!!.
Bersediakah dengan payung sebelum hujan ? , bersediakah dengan bahtera sebelum bah besar ?...

Muhasabah diri...

Bermuhasabah diri bermuhasabah untuk kembali...fikirkan kita sentiasa bersalah dan berdosa serta disusuli permohonan ampun dari Tuhan yang bernama Allah. dalam hidup ini apa yang kita mahu ialah keampunanNya, keredhaanNya, ibadat yang diterima, serta Syafaat RasulNya. Jangan sekali-kali kita mengiurkan hartaNya. Ingatlah mencintai Tuannya jauh lebih mulia daripada menginginkan milikanNya. Carilah diri dalam solat, dalam mengaji, dalam ibadah, dan dalam kerja buat kita sehari-hari....Nafas keluar masuk kita pasti berhenti suatu hari nanti. Lambat atau cepat, diperhati atau tidak, jangan sampai nafas di hujung kerongkong baru nak mencari, baru nak memandang...Terlewat bererti penyesalan tiada kesudahan...

Ahad, Mac 11, 2012

bila depan PC

Eei...tumpulnya...tak ada mood nak muatkan entry...nak menulis tak mai pulak idea...
Lepak depan PC kadang-kadang terasa satu kepuasan walaupun tak buat apa-apa....
dilema baru nampaknya...

Sabtu, Mac 10, 2012

Kembali ke negara asal

panau dan kurap dunia jangan pula disangka bunga. harumnya tiada di situ. jika terhidu angin nafsu, intailah buruk dan hidulah busuknya, agar dapat kita membeza dan mengisih, serta memilih laluan. kerana semua yang bernama kita, suka atau tidak, mesti kembali.

Siap Tuan..Jika terbaca sila hubungi saya sekali lagi...lost phone contact pula tuan