Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat


Rujukan Yang Sesuai @ WikipediA

SILA AMBIL PERHATIAN

Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.

Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

FOTO

CINCIN//ITEMS YANG TELAH TERJUAL DAN MASIH TERPAPAR, IA ADALAH UNTUK CONTOH/DESIGN IKATAN Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, Januari 27, 2012

Ke dalam diri

Naluri keinsanan itu cantik dan indah. Teras atau intinya kesempurnaan. Ada orang perlu menyental keras dan lama untuk melihat atau mendapatkannya. Mungkin kursus intensif (menuntut) diperlukan bergantung kepada keperluan sesaorang. Ia seperti belajar beniaga dan mencari harta. Kita mungkin rugi sedikit, rugi besar, untung sedikit, atau untung besar. Cuma arahnya terbalik menongkah arus dunia.

Khamis, Januari 26, 2012

Rabu, Januari 25, 2012

Di antara peribahasa yang kerap disilap faham

1) Harapkan pagar, pagar makan padi.
Sepatutnya : Harapkan "pegar", "pegar" makan padi
(pegar atau pgar = burung pemangsa musuh padi , ejaan asal/jawi = Pa Ga Ra = pegar atau pgar)
Lagipun orang dulu-dulu tak buat pagar untuk lindungi sawah padi, dan pagar tak munasabah nak makan padi.

2) Melepas batok di tangga
Makna "batok" = gayung bukan batuk
Orang dulu-dulu meletakkan batok (gayung) dalam tempayang, untuk basuh kaki sebelum masuk ke dalam rumah. Namun ada pula orang yang buat acuh tak acuh akan meletak (campak) batok di tangga selepas gunakannya dan bukan dalam tempayang

Zamrud Colombia Asli AAA (Real Gentle Colombian Emerald Colour)






















saiz cincin no 16, permata 8.xx cts.....mahar RM 7999/= 
mini report disertakan. sila email jika tuan berminat... 
...Warnanya maTang...ofFerNya terlaRang...

Pengisian majlis

Kita harus meninggalkan suatu majlis yang penuh dengan gelak hilai dan ketawa. Apatah lagi jika tujuan kita ke majlis tersebut adalah untuk tujuan baik dan kebajikan, bukan pula untuk bergalak dan berseronok. Perlu kita ingatkan diri sendiri bahawa hiburan dalam naluri keinsanan adalah apabila hiburan itu dapat menambahkah rasa takut dan taqwa terhadap Allah S.W.T.
Gelak hilai dan ketawa akan menambahkan bilangan anak-anak setan tanpa kita sedar. Ini adalah salah satu sebab kenapa kita harus senantiasa sedar (kaba) tanpa alpa (lupa). Ketika kita ketawa lebih-lebih bila pula hati mampu ingat dengan zikir, bila pula kita mampu fikir dalam zikir, atau zikir dalam fikir. Bila lupa bagaimana pula Hidayah Allah akan kita kecapi. Kesimpulannya keadaan sedar ketika ramai atau bersendiri amat penting.

Selasa, Januari 24, 2012

Blue Ceylon Sapphire

Body Cincin AAAAA aloi emas putih Kelantan (bukan Platinum)
Saiz cincin = 16.5

Tambah kapsyen
RM 1450/= termasuk pos
Tambah kapsyen

Isnin, Januari 23, 2012

purplish wax (berlilin ) Ceylon Sapphire

Cincin aloi 985
Berlian Swiss 2.0 sisi kiri dan kanan
Saiz cincin = 16.5
Permata = 8.5 x 7.2 x 5 mm ( 2.87 cts)
sold


RM 900/=
termasuk pos

Khamis, Januari 19, 2012

19/1/12 : Jam ~ 11 malam Jumaat

Al-Fatihah...
Bapaku Ibrahim Bin Mamat kembali ke Rahmatullah...Semoga Rohnya dicucuri Rahmat Allah S.W.T
Selamat disemadikan di Kubur Beka', Wakaf Siku pada 20/1/12 ~ jam 11.40 sebelum Sembahyang Jumaat.

Rabu, Januari 18, 2012

Penjual jarang berada di dalam kedai

Kebelakangan ini saya lebih sibuk di luar kedai. Bila balik rumah dan letih saya tidur. Sesekali ada idea saya menulis...Tapi untuk entri baru anggaplah penjual sedang bercuti sementara ini...Terima kasih

Apa yang kita cari

Berkatalah kepada Yang Mendengar bukan kepada yang tuli. Perlihatkanlah kepada Yang Melihat bukan kepada yang buta. Merayulah kepada Yang Sudi bukan kepada yang pembenci...dalam hidup ini apa yang kita nak buru, nak cari. Carilah yang Ada jangan dicari yang tidak ada. Rugilah kita jika rasional aqal ditolak ke tepi.  Mencari yang tidak ada memang sukar kerana sampai ke bilapun ia tetap tidak akan ketemu. Mencari Yang Ada diharap sekurang-kurangnya  kita dalam senaraiNya yang sedang mencari...Dalam mencari Yang Hidup bukan yang mati, bekalkanlah dengan kesungguhan (tohid)

Jumaat, Januari 13, 2012

Green Tourmaline

Tambah kapsyen
saiz cincin 18. body perak gigi suasa.
permata 8 x 6 x 4 mm
RM 360


Tambah kapsyen

Rabu, Januari 11, 2012

Delima Burma Asli body suasa

saiz cincin  17.5
berat batu 2.5 cts
RM 1400/=
NOT AVAILABLE 






Isnin, Januari 09, 2012

Perhatian.

Buat masa ini saya benar-benar kesuntukan masa untuk memenuhi permintaan beberapa orang rakan termasuk Cik Siti. Ekoran itu saya mohon maaf di atas kelemahan saya kali ini...entri yang terbaru yg telah dimuatkan inipun kebetulan kerana gambar-gambar items yg sudah diambil/edit. terima kasih

Delima burma asli body suasa

Tambah kapsyen



















permata delima burma  asli ~ 3 cts. body suasa pahat jawa saiz cincin = 19 RM 950
NOT AVAILABLE 


Sabtu, Januari 07, 2012

contoh ikatan dengan batu JJ
















Saiz cincin 19 berat batu ~ 15 cts RM 500

renung diri

Jika tanpa amalan semasa hidup, cukupkah dengan mengharapkan belas kasihan orang lain seperti hadiah Al-Fatihah dan ratib mereka apabila kita tiada. Kita ambil pedulikah dengan kewajipan beragama serta kebajikan lain seperti zikrullah dan perkara yang sepatutnya. Halal haram kerja buat kita ?, jarang insan mahu menegur, apatah lagi apabila mereka merasakan diri mereka juga serba kekurangan. Maka kitalah sebaik penegur kepada diri kita sendiri.

Selasa, Januari 03, 2012

Yatim

menyibuk memang bukan yatim, sibuk juga belum tentu yatim, tapi yang yatim pasti sibuk.

Sindir

semasa memandang, alam kerap menyindir
semasa tersindir, fikiran selalu terkeliru
semasa terkeliru, manusia kerap tertipu
semasa tertipu, kebenaran menyedarkan diri
ketika sedar.....kenalilah watak pak pandir kita, isihlah
semasa mengisih, perhaluskanlah
diharap dalam gagal kita masih lulus

Isnin, Januari 02, 2012

Naluri manusia dari sindiran secawan kopi


Manis itu adalah matlamat yang tidak kelihatan, Namun bayangnya ada di dalam gelapnya duniawi. Seperti bayang maya jernihnya gula dalam kopi. Dalam naungan kehitaman ada naluri kejernihan pada diri manusia. Intailah ia...Bermukimlah.

Ahad, Januari 01, 2012

Made In-Cherang, Kota Bharu Kelantan.

SEMPENA TAHUN BARU 2012
Pertama-tamanya oleh tukang melayu Kelantan !!!...
Semua permata Delima Burma asli ini adalah diikat dengan Aloi-stainless stell (rustfrei), merupakan "body" cincin yang keras dan tahan lasak. Mahalnya cincin ini bukan kerana harga bahan Aloi-stainless stellnya, tetapi upah ukirannya yang tinggi kerana kekerasan bahan. Gaya ikatan atau corak "body" ini juga adalah agak terhad kepada saiz permata kecil dan sederhana. Tukang atau pembuatnya meminta bayaran yang lebih berbanding daripada perak biasa. Harga (upah ikatan sahaja) boleh mencecah sehingga RM 350 - 400 tak termasuk harga batu permatanya. Tercalar (Menelah) tangan tukang jarang orang tahu. Untuk makluman rakan ini adalah yang pertama-tamanya oleh tukang melayu Kelantan, merupakan buatan tangan 100%. Sekalung Tahniah kepada Che Ba di atas inovasi terbarunya.........

Murnikan

Dalam menjaga hati yang manis tidak terus ditelan, yang pahit tidak terus diluah, yang bisa dan berbahaya pula tidak terus dibunuh, sebaliknya ditangkap dan dibuang jauh-jauh dari kelompok ramai. Yang baik jangan dihitung-hitung, yang buruk disempadani. Yang banyak disatukan, dan yang satu pula diEsakan.

Banyak dan pelbagai adalah pada nama dan feal, seperti apa yang kita dengar dan lihat. Banyaklah berbilang  pada sifat, seperti wujud, hayat, qalam, samaq, basar dan lain-lainnya. Satu pada diri "Pemilik Empunya Diri". Sementara mengesa itu tugas hamba dalam urusan kembali kepada Tuhannya. Dengan berhipotesis dan berteori sahajakah?, tidak...tapi dengan tasdiq(niat), kata, dan buat, yang menjadi amalan sepanjang masa. Berpanduankah?, ya! bersandarkan Al-Hadith dan Al-Quran..

Untung baik dan untung jahat itu bagaimana pula?...itu urusan Tuhan!!!!. Janji kitakah yang benar ?, bahkan janji Tuhanlah yang Maha Benar. Urusan kita ialah melangkah kepadaNya...berlari, berjalan, bahkan merangkak sekalipun....

 Terserahlah kepada diri sendiri dalam mencari berkat dan kebajikan dalam bekalan kembali.

Jumaat, Disember 30, 2011

Lingkaran nafsu seorang lelaki

Salah satu lumrah dalam keinginan seorang lelaki normal bolehlah dikatakan berkisar dalam istilah nafsu sex. Sampai masanya ia menjadi tahap harus, bahkan tahap wajib berkahwin, bergantung kepada keadaan sesaorang. Perhatikanlah betul-betul keinginan ini secara adil dan jujur dengan diri sendiri. Apakah sebab paling baik kita kahwin serta sebab memilih pasangan mengikut syariat agama.
Sebaliknya ada pula bentuk keinginan berupa ujian yang juga melibatkan lingkaran nafsu ini.....perhatikan betul-betul...mungkin ia berupa lingkaran getah hitam biasa, atau silap-silap lingkarannya berbentuk ular yang berbisa. Bahang yang memanaskan belakang kita, Wanau'zubillah dan diharap kita dapat menaganinya dengan teliti. Wallahhua'qlam.

Blogger yang diharap sama-sama dapat kita tumpang wanginya...

Jika rakan belum pernah ke situ silalah bertandang ke
http://cikgunasir.blogspot.com

payah tapi lazat

Tanpa amalan yang betul sedikit ilmu yang kita miliki tidak dapat berkembang maju, dengan kata lain kita langgar hukum yang kita sudah sedia terima. Dahlah yang kita tahu cuma sedikit, tapi kita kurang ikut, memang sukarlah infrastruktur kondusif yang telah kita ciptakan. Namun kita tidak boleh terus biarkan ia begitu...Bodek-bodeklah diri kerana kita masih budak sekolah rendah (walaupun sudah berusia), takkan sudah tidak bertambah kemajuan dan kematangan...maknanya masa belum sampai untuk menjadi mantap. Terimalah seadanya dulu keadaan diri kita, tapi dalam keadaan tidak mengalah atau terus berazam memasuki tahap kondusif semula.... hanya kita menyedari keperluan diri kita sendiri...berilmu, beramal punca jaya.

Khamis, Disember 29, 2011

mencari makna....miskin , kaya, hina, mulia.... terjawabkah kita

miskin itu apa
kaya itu bagaimana
Miskinkah jika kurang harta
kayakah jika terlebih pula harta
miskinkah jika kurang ilmu
kayakah jika banyak pula ilmu
apakah miskin jika jiwa kita miskin
atau kayakah jika kita kaya jiwa
miskinkah jika rendah akhlak
atau kayakah jika sebaliknya
Apakah sebenarnya harta
apakah ia zahir
atau tersembunyi
yang pasti
ujiannya ringan semasa kita miskin dan susah
susah itu bagaimana pula
ujiannya lebih berat pula apabila kita kaya dan senang
senang itu apa pula
bilakah kita dikatakan miskin dan bila pula kita dikatakan kaya
tanyalah diri miskinkah aku atau kayakah aku...
apakah pengukurnya
lebih baik kita mabuk dalam cinta, daripada kita gila dalam buta.

Zzuup...angin masuk akibat perangai mulut

Puji kawan atau sahabat kerap menimbulkan rasa kurang senang hati, tapi kerana rakan juga dah tahu itu "pam"..kata orang, asalkan sedap didengar....biarlah, he he!.. namun perut tetap lapar kerana tak kenyang dek angin "pam". Hidung kembang hanya kerana kurang mengaji atau mengkaji, fikiran taa'kluk setan memang akan membuatkan kita rasa hebat bila termakan pujian, sebaliknya hati dan jiwa pula punah ranah. Nak buat macam mana bila dah kawan atau sahabat tak reti jaga kawan...Sebaiknya berilah penghargaan bukan pujian, kasihan member..juga kasihan diri kita sendiri!!!.

Rabu, Disember 28, 2011

Semeja satu kepala

Cakap tinggi bukan bererti di atas, cakap rendah bukan bererti di bawah, diam bukan bererti kosong. Tinggi dalam aras kerana memuji Qadim, rendah dalam bahasa kerana di maqam rasa, senyap bererti sedang mengisi seperti rasmi ubi. "Sakinah" dituai dalam budi bahasa bicara beradab, hormat dan saling menghargai. Tidak terlerai kasih kerana masing-masing tahu tempat duduk. Tiada meninggi tiada mengangkat tiada pula menjatuh. Begitulah kasih di antara sahabat, guru dan murid.

Isnin, Disember 26, 2011

Ahad, Disember 25, 2011

hamba....

tidak ada sempurna....
tiada gah.........
tiada apapun dapat dibanggakan..
melainkan rasa daif, fakir, miskin, hina..
dan segala yang lemah itu milik hamba...

Nilam Ceylon untuk perhatianj rakan

 tanpa flash = lampu floresen
 dengan flash

Tambah kapsyen



Tambah kapsyen

Khamis, Disember 22, 2011

Perhatian

Salam untuk rakan yg bertanyakan pasal nilam Ceylon. Sebab sy belum sempat masukkan gambarnya.harap bersabar dulu. Terima kasih kerana sudi berurusan.

Manusia

Berpijak biarlah di bumi yang nyata. Makanlah nasi dengan lauk, jangan makan kayu dan besi. jadi manusia tak perlu terbang macam burung, tak perlu memanjat macam kera. Nak pakai stokin berjalur warna floresen tak apa jika sedia tadah telinga dari gelak sakan. Jika tak sanggup jangan buat yang pelik-pelik.

Zamrud Colombia cutting -+ 4 cts




HOLD

dibuka kepada rakan yang bertanya;
0139.......6788.
Untuk makluman, saya boleh berurusan pada petang 28/12/11 - selepas asar
Terima kasih.
SOLD
(En. Muhamad Khuzaifah - Kuantan)
Diharap Encik berpuas hati, terima kasih.








Maaf warna permata menjadi agak pudar akibat flash. saiz cincin = 17.5



Rabu, Disember 21, 2011

kabel on-line

Bila online streamyx ada masalah, pesan seorang rakan seperjuangan dari daerah kaya "kemaskanlah kabel yang lebih penting, ia ada di dalam"...kita masih terkial kial mencari suis...Eei..malunya!!!

Vs

Apa yang kita lihat
Apa  yang kita dengar
Apa yang kita fikir
Apa pula yang kita rasa
Adakah semuanya serupa?

Jarum Emas @ Rutile offer untuk rakan RM 60/pc

Alhamdulillah...

Streamyx dah berfungsi... Terima kasih kepada Syarikat Telekom yang perihatin dengan masalah talian...
Kali ini diharap betul-betul pulih...

Jumaat, Disember 16, 2011

Melepas geram di siber kafe....

 Malam ini rasa rindu nak menaip, tapi tak ada idea pula...streamyx di rumah selalu bermasalah sejak dua minggu kebelakangan ini. Tak apalah ambo lepas geram dengan mengisi gambar sarong pisau yang dibuat semasa tunggu line streamyx, hidup segan mati tak mahu...dua hari terakhir ni ia terus buat onar...phone line terus Zzzzz...tido'q...apa boleh buat...terasa juga bersalah apabila blog lama tak terisi yang baru.

Cuma nak tunjukkan gambar untuk  langkah/step ringkas shj..maaflah jika langsung tak menarik mata rakan memandang.


















Yang ini sarong sangat ringkas, dan dibuat dengan barang terbuang sebelum ada masalah streamyx














Jumlah semua sarong pisau yang dibuat sambil main-main ...

He he...ini adalah jenis sarong pisau entah apa-apa, sekadar untuk memudahkan ia disimpan....saya fikir tuan dan rakan boleh buat jauh yang lebih baik dari ini....