Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

Khamis, Februari 14, 2013
Pengumuman
Jualan akik yaman belum sempat diedit. Saya minta maaf kepada sesetengah pengunjung yang mungkin sedikit kecewa kerana menganggap permata yang belum ditanda "XXX" pada keluaran tersebut masih di dalam stok saya. Terima kasih
Rabu, Februari 13, 2013
Perbandingan batu Alexandrite asli dengan tiruan, jenis "color change"
Nama Alexandrite adalah sempena nama Alexander the great atau Raja Iskandar Zulkarnain.
Asal negara batu jenis ini adalah Russia, Sri Lanka dan Burma.
Kekerasannya adalah seperti batu nilam iaitu di antara 9 - 9.5 (mohs)
Perubahan warnanya pula ada yang berubah seperti gambar -gambar ini, atau dari hijau ke "purple" bergantung kepada keadaan cahaya sekelilingnya.
Permata Alexandrite asli adalah di antara permata yang jarang dipakai oleh orang melayu. Ini kerana boleh dikatakan tidak ramai yang tahu mengetahui batu ini. Perkara kedua pula tidak ramai yang benar benar pasti tentang keasliannya. Faktor yang lebih penting ialah harga secara umumnya sangat mahal. Harga batu buatan seperti pada gambar ini adalah sekitar RM 550 (ia jenis buatan yang berkualiti), beratnya adalah sekitar 7 cts/beserta maklumat pengesahan. Harga batu asli ini pula akan mengejutkan pendatang baru dalam bidang ini, mereka mungkin terus lari jika diberitahu harganya. Beratnya ialah 5.37 cts/ tanpa sijil atau pengenalan.
Secara umumnya batu jenis buatan yang berkualiti adalah lebih cantik daripada batu asli. Lihat sahaja semua gambar ini sebagai perbandingan. Sengaja saya mengambil gambar ini di bawah banyak situasi. "color change" untuk batu buatan adalah hampir atau 100%, sementara "color change" untuk batu asli maksimanya ialah 80% sahaja. Biasanya batu jenis buatan kilauannya lebih tinggi/galak, dan tidak bersahaja seperti batu asli.
Ramai arif batu percaya warna dan perubahan warna pada batu asli milik saya ini berasal dari Russia, namun saya yakin ia berasal dari Sri Lanka berdasarkan tekstur batunya.
Sekian untuk kali ini sebagai maklumat kepada peminat blog cincin@rings. Terima kasih dan Wassalam.

Label:
Alexandrite,
Loose gemstone
Selasa, Februari 12, 2013
Kong Xi Fa Chai... barang lambat diterima, jangan salahkan saya
Kata seorang pembeli yang lambat terima barang yang saya pos..."tentang lambat tu biasa la raya cina. pos opis penuh limau. kah3..takpa bang saya faham". Apapun saya minta maaf kepada pembeli yang lambat menerima barang yang dipesan. Serta ribuan terima kasih di atas sokongan tuan-puan, rakan dan sahabat kepada saya dan blog cincin@rings selama ini. Tanpa tuan puan semua siapalah saya.
Bukti penghantaran sebelum raya cina:
Bukti penghantaran sebelum raya cina:
Isnin, Februari 11, 2013
Persidangan batu hijau
Pengesahan minit mesyuarat;
D terpaksa mengikut pemiliknya Tuan Zulkarnain, Kota Kinabalu, Sabah.
Ia berlepas ke Sabah pada 20/2/13 (SOLD) ucapan rakan "Selamat berpisah"
Sedikt maklumat sebelum persidangan boleh dirujuk @
http://cincin-rings.blogspot.com/2012/11/untuk-perhatian-en-zam-kl.html
Ahad, Februari 10, 2013
Berhat-hati
Enak sekali bercakap sembarangan atau kurang menjaga hati dan perasan kawan serta sahabat boleh mengakhibatkan diri kita muflis. Jangan ingat fikiran dan bodi kita sahaja nak dijaga dan dibaja. Kena ingat juga bodi dan perasaan orang lain, jangan sampai mereka berkecil hati dan terasa hina. Bersederhanalah dalam tingkah laku semasa berkawanan.
Jumaat, Februari 08, 2013
matohari tengoh sinar
Awal bule, hujong bule, maso gelap tok napok jale. Nok tunggu bule ceroh tengoh-tengoh bule jah!...
Bakpo tok sir tengok matohari ceroh jak pagi pah petei...Nga lapu muto tok rok dok...lapu besa datah nuh tengoh nyalo terang benderang! silakei....
Bakpo tok sir tengok matohari ceroh jak pagi pah petei...Nga lapu muto tok rok dok...lapu besa datah nuh tengoh nyalo terang benderang! silakei....
Isnin, Februari 04, 2013
Berkebetulan dah ambil gambar Yaman
Akik Yaman di atas berbentuk songkok atau hampir songkok.
Tanda XXX dah jadi milik orang KL (En. Sham) sekejap tadi....Alhamdulillah seronok dengan harga, itu kata beliau....Terima kasih En Sham.
Ini pula agak sedikit hitam
Jumaat, Februari 01, 2013
WAW....terpegun ambo dengan sahabat kita ni!
Ingatan
Syariat jaga 5 waktu
Tariqat jaga zikirmu
Hakikat jaga nafasmu
Makrifat jaga rahsiamu
namun jangan kau pisah-pisahkan orang yang empat. Jika kau tinggalkan syariat kau dituduh sesat, kau tinggalkan zikir kau lalai, andai kau lupa nafas hatimu mati, jika kau bozorkan rahsia kau celaka.

Jangan begitu....
Dunia siber seakan-akan dunia sebenar. Jangan sesekali kita mengambil
hasil karya orang lain tanpa izin atau tanpa memberikan kredit pada
pemiliknya. Artikel, foto dan penulisan orang walaupun untuk mendidik
perlu keizinan pemilik, kalau kita ke rumah orang untuk solat minta izin
dulu. Walau diolah, diedit, dikerat dan dicincang pemilik asal masih
boleh mengenali karya miliknya. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang
sudi menelefon atau sms untuk guna foto dan artikel. Setakat ini tak
pernah lagi tidak diizinkan. Belajarlah menghormati hak orang lain.
Orang tidak menilai cakap, gaya dan lagak kita, tapi orang menilai
perangai dan perbuatan kita. Selamat menyambut tahun baru china.
Khamis, Januari 31, 2013
ALANG-ALANG
Alang alang menyelup perkasam, biarlah tengelam seluruh badan. alang-alang mengengam bara api biarlah seluruh tubuh menjadi arang...itulah BANDINGAN makna menuntut ilmu...
Selasa, Januari 29, 2013
Tak terlebih dari budi bahasa dan akhlak
Ada orang bercakap kerana nak tunjuk berilmu dan hebat. Orang yang nak mengumpan pula akan terlebih cerita dan ucap. Tak kurang yang menyindir kerana nak menasihat atau tidak sependapat. Ada pula yang terasa dialah sahaja tukang dakwah. Terlebih afdal jika kita menjadi tukang tadah telinga dan penilai, apakah sebenarnya yang mereka nak?. Kerap kali kita mengharapkan akhlak dan santun lebih diutama dari ucap.
Jumaat, Januari 25, 2013
Hairan bin ajaib
Kelakarnya politik melayu....
Orang PAS dan orang UMNO saling berdoa untuk kebaikan bersama.... Malangnya mereka saling membenci dalam rindu dan saling merindu dalam benci...Pelik !!!
Orang PAS dan orang UMNO saling berdoa untuk kebaikan bersama.... Malangnya mereka saling membenci dalam rindu dan saling merindu dalam benci...Pelik !!!
Nakal
Kenakalan sesaorang akan terhenti apabila telah memakan diri. Dalam hidup jangan cepat menghukum
orang, lebih baik menilik diri lagi best. Kata nan tua,
tiada angin masakan pohon bergoyang. Apabila kita melihat pohon
bergoyang, jangan pula ingat hanya satu arah sahaja anginnya, bahkan pemula
dan pengakhir bukanlah kita yang layak menentukannya.. Berdoa untuk orang lain termasuk
mendoakan kebaikan untuk pemimpin yang bersahadah tidak harus ditolak.
Jangan ingat berdoa termasuk nafsu berpolitik yang sempit. Lapangkanlah dada dalam mencari makna pengharapan....
Khamis, Januari 24, 2013
Dia
Berkawan dan berahabat biarlah ramai....
Dalam keramaian lihat dan tiliklah pada yang satu....
Segala sifat yang ada padamu dan pada mereka hari ini
Semuanya adalah milik Dia....
Tanyalah Dia...Ingatlah Dia...Rasalah rindu hanya pada Dia....
Esok bila engkau menyendiri hanya Dialah sahaja teman sejati. Tiada lagi yang lain selain Dia.....Hanya Dia.

Rabu, Januari 23, 2013
Isnin, Januari 21, 2013
Sabtu, Januari 19, 2013
Rabu, Januari 16, 2013
Kadang-kadang saya tak tahu nak jawab dengan solan terlalu ringkas...Nak tempah cincin boleh ? Berapa harga?
Jika memang berminat nak buat tempahan cincin, memang boleh. Tapi saya harap rakan dapat menjelaskan dengan baik mengenai maklumat atau kriteria tempahan yang diingini.
Ini termasuklah:
1) Jenis permata yag hendak digunakan
2) Permata sendiri//dalam blog saya
3) Jenis bahan cicin, samada perak aloi atau bahan lain.
4) Saiz cincin Jika tak pasti, bolehlah rujuk bahagian bawah blog, iaitu kaedah mengukur saiz cincin.
5) Maklumat lain jika perlu
6) Anggaran harga biasanya ditentukan setelah saya berbincang dengan tukang, kecuali yang memang biasa telah ditempah.
Sekian untuk makluman rakan. Terima kasih.

Selasa, Januari 15, 2013
Akik Yaman pilihan sahabat
Sabtu, Januari 12, 2013
Terima kasih Majalah Niaga
SELAMAT...SELAMAT.....SELAMAT
Terima kasih kepada Team FlareBiz @ Majalah Niaga & Komik Niaga di atas nasihat dalam talian...
Sekarang saya cuba untuk tidak main sembunyi-sembunyi dan melawan rasa segan.
Terima kasih.
Nama Syarikat :
KHMGoodEnt.
No. Pendaftaran: kena semak dulu...belum jumpa sijil yang telah didaftar pada dua tahun lepas
KHM adalah ringkasan daripada Kelatan Handmade, khususnya pembuatan cincin oleh tukang Kelantan. Setakat ini dulu pembuka tirai untuk kali ini. Terima kasih tak terhingga kepada sahabat, rakan, pengunjung dan pelanggan setia ambo.

Jumaat, Januari 11, 2013
Watak orang vs watak kita
Bila kita rasa nak tergelak kerana mendengar orang sedang mengilai, bermakna kita telah terlupa yang kita juga pernah mengilai...siapa kita ?.
Dunia oh dunia!
Mungkin kita tidak mampu membenci keduniaan. Namun bagaimana kita mahu mencintainya ?, sedangkan kecantikan hilang dimamah usia, yang gebu dan terik jadi berkedut, hitam rambut bertukar putih. Pandangan semakin kabur, pendengaran semakin kurang, selera semakin hilang, hidup bertemu mati.....
Apakah yang sedang berubah dan tidak kekal itu?.
Jawapannya: Dunia yang pernah kita kejar....
Apakah yang sedang berubah dan tidak kekal itu?.
Jawapannya: Dunia yang pernah kita kejar....
Selasa, Januari 08, 2013
Eh...Eh...
Hidup ini sekejap aje....
Buktinya, bila dah meninggal dunia..... "Eh..eh...dah mati aku!....cepatnya!"...macam 2 minit setengah...
Buktinya, bila dah meninggal dunia..... "Eh..eh...dah mati aku!....cepatnya!"...macam 2 minit setengah...
Jumaat, Januari 04, 2013
Memang ada-ada saja hal.....
Ada e-mail tak terjawab, ada sms tak terurus, memang saya akui dan saya minta maaf kepada semua penghantarnya, kerana kurang kesempatan masa dan terlebih masalah. Selepas satu hal, timbul pula satu perkara. Memang tak tejengok blog sendiri, terutamanya pada Disember 2012. Maka itu saya terpaksa lanjutkan ke tahun 2013 untuk mengisi "back dated" yg telah tertinggal dalam OFFER DISEMBER 2012, Doh nok buat guano Guuu ? Kelemahan ambo, ambo akui...Akhir kata ambo minta Maaf Zahir Bathin....Selamat menyambut Tahun Baru 2013...Semoga semua pengunjung blog cincin-rings dan pengurusnya lebih maju dan lebih berjaya, serta lebih MENGESAKANNYA.......... ..AMIN.....Terima kasih.
Ahad, Disember 23, 2012
Bacalah...
Jika tak mampu baca yang panjang bacalah yang pendek. Jika langsung tak boleh baca cubalah belajar meneka. Pengalaman meneka dan membaca akan menajamkan kita pada bidang yang kita ceburi. Jika tak mampu memberitahu maka jadilah orang yang diberitahu. Jika tak mampu mengajar maka jadilah murid dalam pelbagai hal dan rahsia....
Selesai Masalah
Rupanya Broadband ada yang slow ada yang laju. Kawasan yang diliputi dan kawasan yang tidak diliputi...Berikat kontrak lama atau lebih singkat....Terima kasihlah kepada Celcom kerana memang pandai berniaga....(pak)
Selasa, Disember 18, 2012
AKIK YAMAN
Gambar atas utk muka atas batu, dan gambar bawah utk muka bawah batu
DAH DIJUAL BERTANDA "X"
Isnin, Disember 17, 2012
Ahad, Disember 16, 2012
Offer Petersite mentah asli Brazil
Keadaan batu mentah ini adalah kering dan tidak dibasahkan. Dalam hal ini saya lebih suka tunjukkan yang natural kering.
Petersite asli sebelum canai ini berasal dari Brazil.
Gambarnya
diambil dari pelbagai posisi. Beratnya juga saya tak pasti kerana
kedua-dua alat penimbang saya telah rosak. Saya hanya dapat letakkan
pembaris dalam unit mm/cm untuk anggaran peminat.
Harga satu batu mentah ini ialah
RM 40/= shj. Namun saya berhajat menjual set 3 pcs,RM 120/=
RM 100 sahaja
SOLD
Petersite asli sebelum canai ini berasal dari Brazil.
Harga satu batu mentah ini ialah
RM 40/= shj. Namun saya berhajat menjual set 3 pcs,
RM 100 sahaja
SOLD
Sabtu, Disember 15, 2012
OFFER MENTAH-MENTAH NILAM ASLI
Keadaan batu mentah ini adalah kering dan tidak dibasahkan. biasanya jika basah ia akan kelihatan lebih cantik seperti selepas siap dicanai. Saya lebih suka tunjukkan yang natural kering.
Nilam asli sebelum canai ini saya tak tahu asal negaranya. Tolong jangan tanya apa yang saya tidak tahu
Beratnya saya tak pasti kerana kedua-dua alat penimbang saya telah rosak. Saya hanya dapat letakkan pembaris dalam unit mm/cm untuk anggaran peminat.
Harga satu batu mentah ini ialah
RM 70/= shj. Namun saya berhajat menjual set 3 pcs, RM 210/=
Jumlah batu spt ini dalam stok saya mencecah bilangan ratus.... Jika rakan berminat untuk membeli secara borong, InsyaAllah harganya masih boleh dirundingkan sedikit lagi.

Jumaat, Disember 14, 2012
OFFER LAGI
Jika 1 RM 90. Jika nak borong semua 10 pcs x RM 70 = RM 700/=
Julat saiz cincin daripada 16 - 20, permata kecil delima burma 7 pcs (merah/pink), amethist cut 3 pcs.
Julat saiz cincin daripada 16 - 20, permata kecil delima burma 7 pcs (merah/pink), amethist cut 3 pcs.
Khamis, Disember 13, 2012
OFFER
Saiz cincin 17
permata 7 x 5.5 x 3.5 mm
Offer RM 250/=
Saiz cincin 20
permata 11 x 8 x 6 mm
Offer RM 300/=
permata 7 x 5.5 x 3.5 mm
Offer RM 250/=
Saiz cincin 20
permata 11 x 8 x 6 mm
Offer RM 300/=
Rabu, Disember 12, 2012
Alahai zamrud offer nak ambik modal
Langgan:
Catatan (Atom)