KOD: SL2A RM 200
Tak terungkap bertapa dekatnya di antara hitam dan putih matamu, namun ternyata Tuhan lebih dekat
SILA AMBIL PERHATIAN
Jika urusniaga telah berlangsung, dan saya telah terlepas pandang untuk editkan ruangan di blog ini sebagai "Sold" atau "Sold out", saya harap dapat dimaafkan. Takut-takut ada sahabat yang berminat, tetapi barang sudah terjual.
Pihak Kami bersedia mengubah saiz bagi cincin yang dijual sebanyak +- 2 drp saiz asal. Kos tambahan ialah RM 10 - RM 20 shj, keculi perubahan yg melibatkan saiz sangat besar dgn tambahan bahan yg banyak. bergantung kpd keadaan

Khamis, Februari 18, 2010
Rabu, Februari 17, 2010
Diam biarlah seperti ubi
Berisi, semakin lama semakin mantap, bertutur dan berbincang untuk faham perkara yang diminati adalah pada tempat dan masa yang sesuai, jika tidak perlu maka diam lebih berbaloi. Turutilah rasmi padi yang menguning dan matang sendiri bila sampai masanya, dan bukan lalang yang menyampahkan keadaan.
Selasa, Februari 16, 2010
Isnin, Februari 15, 2010
Ahad, Februari 14, 2010
Kelakarnya cara mandi wap (sauna) si PakCik.
Tengah hari tadi sempat berbual dengan En Bakri dari Tumpat. Mengenai seorang pak cik.
Ceritanya sebuah kotak peti sejuk besar diletakkan di belakang rumahnya, terjemur di tengah panas.
Dah lama dah!!!, bertahun-tahun dia telah amalkan duduk di dalam kotak itu apabila waktu panas.
Berpeluh-peluh....tapi air masak disediakan secukupnya untuk hilangkan haus
Bila ditanya....jadi macam mana pak cik buat begitu ?
"inilah mandi wap, sauna....jadi sihatlah!!!"
Balik dari Tumpat tadi, saya bersauna dalam kereta sahaja...apabila panas saya tutup air cond, buka satu dan sedikit sahaja cermin belakang kereta takut lemas tak boleh bernafas, saya pandu dengan perlahan sahaja...eh menjadilah, berpeluh-peluh!...Sauna baru tanpa kos, tapi harap tidak pengsan semasa memandu pulak.

Sabtu, Februari 13, 2010
Khamis, Februari 11, 2010
Rabu, Februari 10, 2010
Di manakah silapnya kita
Sering membicarakan dan mengutamakan diri yang "adami" walaupun sedang di dalam solat, kering dan beratnya pandangan kita kepada Diri yang memiliki sifat-sifat yang kekal dan abadi, sedangkan Ia yang paling tersohor. Kurang air takkan benih mudah tumbuh, kurang baja kering gersanglah fasa akhirat kita. Tujulah dulu persoalan ini kepada diri sendiri, dan seterusnya kepada diri sendiri....di situ lagikah aku?
Ahad, Februari 07, 2010
2 minggu tukang bercuti
Kuala Lumpur merupakan destinasi utama tukang saya kali ini. Selama 2 minggu beliau di sana diharap akan dapat membuang segala kusutan fikiran. Balik daripada cuti panjang nanti diharapkan dapatlah dimulakan tugas
sebagai "silversmith" yang lebih komited
sebagai "silversmith" yang lebih komited
Khamis, Februari 04, 2010
Rabu, Februari 03, 2010
Bertanyalah diri berkali-kali
Amalkanlah bertanya kepada Diri Tuhan kita dalam hati....kerana berdasarkan kajian seorang ilmuan dari Barat keupayaan sesaorang adalah 40 kali ganda daripada kemampuannya yang biasa. semoga dengan cara itu kita sering mengingati Allah, Tuhan Rabbula'lamin.
Selasa, Februari 02, 2010
Isnin, Februari 01, 2010
Ahad, Januari 31, 2010
Sabtu, Januari 30, 2010
Zamrud KalimantanRM 100
Dulu saya ingat ia adalah asli, tetapi selepas diuji dengan Thermal memang sah ia adalah bukan batu asli...MAAF mengenai hal ini kepada yang berkenaan...
Selasa, Januari 26, 2010
Isnin, Januari 25, 2010
Ahad, Januari 24, 2010
Khamis, Januari 21, 2010
Isnin, Januari 18, 2010
Firuz tembaga (hijau) - HOLD
Firus tembaga bukanlah bermaksud warna kuning itu terdiri daripada logam tembaga, tetapi ia juga jenis sebatian batuan. Kekerasan bahagian kuning batuan ini hampir sama dengan batu aquamarine atau topaz. Tempat bewarna hijau pula adalah sama dengan kekerasan piawai firuz.
Berat batu = 9.0 cts
HARGA RM 250
Sabtu, Januari 16, 2010
Kerasnya kulit amarah
Menongkah arus diri amarah amat memeritkan, tersilap langkah tanpa pedoman akan menimbulkan fitnah yang dashat. Mudahnya sifat amarah seperti dendam, irihati, dengki, khianat dan banyak lagi yang tidak di sebut di sini mempunyai suatu kulitnya yang tersendiri. Jika di bawah kulit tempurung amarah ini akan mengacau bilaukan diri sendiri dan orang lain setiap masa. Berbaloikah hidup kita?
Mengenal sifat dan feal perangai hati dan fikiran kita serta mengubahnya tidak boleh dibuat oleh orang lain. Jika ada orang yang arif di sisipun, dia hanya mampu memberitahu dan membimbing, Tiada "copy" and "paste" dalam hal seperti ini. Seperti berani tidak boleh diajar.
Menyelami diri sendiri dengan tubuh rasa dan melihatnya dengan kehalusan hati, teluskanlah ia dengan link zikir yang mampu menembusi tempurung ini. Bukan senang melatihnya, namun Tuhan sentiasa memerhati hati hambanya. Kenapa pula harus berputus harap !. Persoalannya berapa lama lagikah kita mahu tetap rigid di bawah tempurung ini ?.
Keruankah kita dengan hidup sedemikian sedangkan mati menjemput dengan tiba-tiba. Amat malanglah hidup sesaorang dan tiada yang lebih paling menyesal jika apabila nyawa di hujung kerongkong, kita dapati diri kita sudah tidak akan wujud lagi!....Binasa.

Sabtu, Januari 09, 2010
Jumaat, Januari 08, 2010
Rabu, Januari 06, 2010
Balik kampung vs balik ke negeri kekal
Rasa seronok akan timbul jika kita nak balik kampung. Apakah agaknya yang akan kita rasa jika nak balik ke negeri akhirat, atau dengan kata lain "mati" ?.
Sesaorang yang saya anggap arif pernah berkata bahawa tiada saat yang lebih mengembirakan dirinya melebehi saat kematiannya nanti. Kini beliau telah tiada. Ternyata apabila saya melihat mayatnya seolah-olah ia sedang tidur sahaja, seolah-olah ia tidak matipun.
Seorang yang lain pula berkulit hitam seolah-olah India. Semasa hidupnya yang saya tahu beliau selalu berzikir, Apabila mati, Saya lihat mayatnya berwajah mengukir senyum, serta jernih kekuningan.Wallahua'lam.
Bagaimanakah hidup kita hari ini yang kita pandang ?
Bagaimanakah mayat kita nanti yang akan orang pandang ?
Nota: Sebagai hamba kita tidak mempunyai pilihan. Kerana hak sesaorang hamba hanya satu.....Redha

Bumi, langit, dan aku
Aku pernah memberitahu langit
Bahawa kakinya tidak menyentuh bumi
Namun aku disumpah maki
Aku cuba dihalau pergi...
Hai langit!, matahari itu kawanku!
Suluhannya terang, menerangi hatiku dan hatimu
Sehinggakan tiada apa yang tersembunyi
Ku bisa melihat hati mu di sana
Walaupun kau memandang aku kerdil di sini
Suluhanmu matahari, memperlihatkan aku kepada muka suratNya bahawa
"Tidak akan berganjak walaupun sebesar zarah tanpa izinNya"

Pengajarannya:
Jika sesaorang itu bekerja dengan kaedah yang betul, jujur, dan ikhlas akan disayangi Tuhan walaupun dibenci majikannya sendiri. Sebagai majikan pula selamilah dulu perasaan, dan hayatilah dulu tindakan orang bawahan Tuan sebelum menggunakan autoriti agar akan lebih dihormati.
Langgan:
Catatan (Atom)